Friday, 3 April 2015

INSTASHOP WOMAN CLOTHING AND SILVER ACCESSORIES

Hai! Ni nak update sekaliansekalian followers ni. Ecehhh :P

Saya ada INSTASHOP ! Seriously harga memang berpatutan dan mampu milik laa sebab barang-barang saya jual semua amik DIRECT KILANG dan bukannya dari agen atas agen si fulan si fulan. Dulu, terus terang, memang jadikk dropshipper orang je kan, mana laa nak tahu orang tu agen atas agen so makin lama, harga saya dapat makin tinggi so sale susah gila nak dapat sampai terpaksa quit. (ouh senangnya putus asa) Akan tetapi, disebabkan masih ada yang berminat (sebab kita tak closed instashop saya) jadikk, saya berniat nak sambung balik laa. Bila saya contact balik dropship saya, alangkah kecewa nya saya kerana mereka tidak lagi open dropship )); Sedih, maka saya pun merayau laa cari supplier yang baru. Akhirnya saya jumpa satu medan yang boleh saya dapatkan stok dari kilang so harga saya memang harga kilang!

Tapi, dok berceloteh nii, saya jual apa? Hihihi. Psstt, saya jual pelbagai jenis pakaian wanita seperti JUBAH , DRESS , CARDIGAN , SWEATER , BLOUSE , JACKET AND MUCH MORE ! Harga memang semestinya mampu milik dan murah dari orang lain ;) Selain itu, saya jugak jual pelbagai jenis AKSESORI SILVER 925 DAN GENUINE STERLING SILVER 990 SEPERTI RING, BANGLE, EARRING, NECKLACE AND BRACELET !
So, kalau nak tengok barang-barang kita jual, boleh lah follow saya kat IG LEEYONSHEARTWARDROBE ((;



Nanti kalau ada kelapangan saya update stok kat blog saya yea dearies. Terima kasih ((;

Pssttt, I’m looking for DROPSHIP AGENTS. If interested, kindly whatsapp me, okay?


WHATSAPP : 01123728991

* STRICTLY FOR BUSINESS PURPOSE ONLY!

Monday, 26 May 2014

Kasih Jangan Pergi

Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu
Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cinta ku ini abadi untukmu

Kasih jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Kasih jangan jangan jangan kau pergi
Jangan perngah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi

 * * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *

Hai! Tak larat dah nak tiup habuk kat blog ni. Sawang dia tak payah cakap lahh kan. Ni lahh jadi nya bila kemalasan menghantui diri. Indeed diri sendiri pun tak berapa nak terurus sebenarnya bhahaha XD Wrap it all! Kenapa dengan lirik lagu atas nii?

Eh, lirik lagu ke? Lagu apa?

Yaa. Lirik lagu lerr. Lagu KASIH JANGAN PERGI , Pria Band ((:

So, kenapa dengan lagu nii? Well, to be honest.. Lagu nii sangat bermakna bagi diri saya. Why? Why on earth I chose this song? Well, at the first place it wasn’t me who chose this song but my sayang yang pilih. Dulu, zaman dulu kala masa barubaru nak terbit rasa sayang nii kononnya..he sent me this song and that midnight, while listen to this song.. I cried.

Ehh minah nii. It just a song, why nak nangis bagai. Emo lahh konon.

Ahh, biarlah saya nak nangis pun. Tak guna setitis airmata awak pun!

Entah lahh. Masa tuhh rasa lagu tu sangat dekat dengan diri dia. Yes, the whole lyrics pictures and reflect my situation with him.

Kerna kau yang membuat aku menyayangmu

Yes. Thanks to him, I started to let almost 3 years pain in my heart. The pain that someone gave me when he dumped me for stupid and so low-class excuse but actually he was cheating on me. Ahh biarlah dia. Maybe I wasn’t good enough for him that time so adios cuz now I’ve found the only apple of my eyes, Dzul Hilmi bin Basori ((;

Yes, lagu tu kind of lagu tema kitaorang laa kununnya. Siap set ringtone for each other lagi.

Ouhh. How sweet.” :P

Hmmmm. Lately, I feel something. Well, girls..we actually notice when something goes wrong. Walaupun tak tahu dan tak pasti..but yet I noticed something is not right. Apa dia, maybe myself. Maybe saya yang berubah. Mungkin saya yang buat dia berubah. ))’;

Dulu, saya boleh ceriakan dia bila dia bad mood. Dulu, saya selalu buat dia senyum..senyum lebar sampai nampak lesung pipit dia yang precious tuhh. Susah woaahh nak cari lelaki yang ada lesung pipit. Duadua belah pulakk tuhh ((: Tapi sekarang, saya dah tak boleh buat dia tersenyum ))’; Saya dah tak mampu ceriakan dia. Mungkin saya dah berubah. Mungkin cara saya dah lapuk. Mungkin saya penyebab masalah dia. Hmmmm.. So, it was me yang berubah. Not him.. All blame should be on me.

That’s why I keep on listen to this song again and again lately. Sebab saya taknak lupa why I chose him.. How sweet we are back before. How I make him happy before..but yet, I can’t find the reason.

So, I was thinking maybe after all it wasn’t me who make him happy. It wasn’t me who put a smile on his face. It wasn’t me who be with him when he need someone to talk to.

And it was me who make him down. It was me who let his smile gone. And I never be there for him to be his listener. It was me, I am his problem. What should I do?

Sayang, I’m really sorry for be the reason your smile now gone. I realize it now.

Selalu sangat minta maaf, sampai dah rasa maaf tuhh senang sangat.

Dzul Hilmi, saya sayang awak. Sayang awak sangatsangat. I don’t wanna lose you. Please be mine till forever.

Ehh? Selfish gila. Dah la tambah masalah orang tuh, elok pulak nak tambah serabut dia minta dia bersama hang selamanya!

Entahlah. I just need him. Dia terlalu berharga buat saya. (maybe dia pakai loreal kott. Itu yang ‘DIRIMU BEGITU BERHARGA!’) bhahahaha XD

 * * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


Hampir setahun ((; Bermacam ragam dikenal pasti. Adakah kami semakin mengenali satu sama lain ataupun sudah terserlah perangai sebenar?

*Maaf laa banyak sangat monolog kali nii.

Friday, 3 January 2014

31st December 2013, Pizza Hut Wangsa Maju ((;

Hihihi ((; Happy belated birthday to myself ((; Princess of 31st December ((: Well, now I’m officially 20 years old ((; but still, perangai is always the same. Ouh, Happy New Year of 2014 ((;



What’s up? Hihihi of course nak coretkan kenangan masa 31 haribulan tuhh. Saya nii kann selalu sangat makan semut, so cepat lupa. Nii pun tak tahu ingat ke tak lagi detail nyaa ((; Enjoy ((:

  * * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *

Well, since 25th December saya dah cuti sampai laa 29th haribulan, do enjoy? Haa, sampai dah nak mati kebosanan kat rumah tak tahu nak buat apa. Yelahh, dah biasa kerja tetiba dapt cuti sampai lima hari. Nak balik kampung, parent kerja so menggemukkan lagi badan di rumah laa. Yang si Dzul pulakk cuti 27th sampai 29th tapi takde kat sini. Ceitt, baru nak dating satu hari suntuk! Bhahaha XD Dia pi Johor and Singapore. Hmmm, and I was like “Enjoy, tapi jangan lupa amik gambar tunjuk kat saya ouhkayy?” Rindu? To be honest, sikit jelaa. Sebab apa? Oii, dia buat kita terasa, sakit hati tahuuuuu! Heyy, gigit gakk karang!

Pasal apa? Hmm malas nak ingat dah, so let it be sebab dah settle dah pun ((; Tapi yang tak puas hati.. Kitaorang rancang nak keluar 30th haribulan tu lepas saya balik kerja, konon nak sambut birthday saya laa padahal tak rasa nak sambut pun.. Tetiba, 29th tuhh dia cari pasal pulakk dengan saya so saya memang tak kisah dah laa nak keluar and the best part is dia kata dia balik malam 30th haribulan tuhh. Haa, memang dah sah-sah laa tak jadikk tapi honestly takde nak marah ke apa sebab memang dah niat tak nak keluar.

So, malam birthday saya tuhh, sah-sah saya tido sebab esok tuhh keje pagi. Tapi, terbangun sebab my lovely atuk wish my birthday so I was waiting for him to wish my birthday but there’s not even a single text or message from him. Bila call, off handphone so bertambah marah laa. Elok-elok dah maafkan, terus nak tarik balik. Senonoh sangat perangai cenggitu! Bhahaha XD So, bangun pagi tuhh baru dapat text from him wishing my birthday ((; wide smile ((; Tapi, dalam hati marah lagi. Bhahaha XD Dia call dan surprise! Dia kerja pagi masa 31st tuhh.. Terkejut gak laa masa dia cakap dia nak jumpa before masuk kerja. So, bila jumpa pepura tak layan. Kesian dia, ego kann?

Petang tuhh dia balik kerja dia tunggu saya habis kerja. Konon ajak keluar. So, saya pun macam nak tapi entah. Sebab dah dua hari tuhh penat sangat sebab tidur lambat dan ramai customer. Tapi, sebab dah nak berbaik semula punya pasal, keluar laa ((; Seriously, honestly memang tak terniat nak celebrate my own birthday sebab sebelumsebelum nii pun memang tak pernah kecuali masa darjah dua dulu. So, balik tuhh ayah amik.. Dia ikut sekali ((;

Dalam pukul lapan lebih dah siap so nak keluar ayah sempat pesan.. Jangan pergi KL, ada operasi and I was like.. “Tak terfikir pun nak pi sana.” Serious, makin meningkat umur nii makin takde perasaan nak sambut apa-apa termasuk raya! Haa, pelikpelik. Tapi, yang peliknya, dia macam rushing sangat! Geram tahu. Birthday saya suruh saya rushing, saya cuti pun suruh saya rushing! Geraaammmmm!

So, decide nak pergi beli kek untuk Mama dia kat Secret Recipe Wangsa Walk since 1st January tuhh birthday Mama dia and masa tuhh pun dah nak pukul 9. Tapi dia berdegil..Dia cakap pergi Pizza Hut Wangsa Maju dulu. Geram tahuuu. Dah bergaduh balik dalam kereta padahal baru je baik petang tuhh. Mana tak geram, saya suruh beli kek untuk Mama dia tapi dia degil sebab saya takut tak sempat dan paling best memang tak sempat pun. Tutup awal katanya! Haihhh.

So, pergi laa masuk Pizza Hut Wangsa Maju and I was like “Ramainya manusia Ya Allah!  Memang takde chance laa nak duduk kann!” Tapi, tak, ruparupanya dia dah booking awal-awal! Padan laa rushing! Bhahaha XD So, order yang sesimple sahaja sebab masih kenyang masa tuhh. So, lepas order dia cakap dia nak pergi belakang jap. Ingatkan dia nak pi toilet rupanya ada rancangan lain yang saya tak tahu. Bila dia datang balik, saya pun yang tak tahu pape nii dok keluarkan laa kad yang saya belikan untuk Mama dia dan dia. Minta tolong dia bagi idea nak wish cemana. Tengah dok menulis sambil memerah idea.. On my left side tutup lampu sebab ada nak sambut birthday.. Hihihi ada juga geng 31st December nii. Serious, macam best je lagu HAPPY BIRTHDAY kat PIZZA HUT WANGSA MAJU and staff pun cam sporting je malam tuhh. Tetiba dia cakap “Bukan awak sorang je birthday hari nii tau.” Hahaha so I reply “Tahulaaaa!” Yelaa, macam laa tak tahu! Hahaha XD

Tengah menulis lagi, dah dapat idea.. Tetiba ada lagu HAPPY BIRTHDAY lagi so nak tengok laa siapa punya birthday.. Maka, ternampak laa staff tuhh pergi bahagian belakang saya dan saya tak nampak so teruskan menulis tetiba dah berkerumun staff pizza kat meja kitaorang. So, pandang laa kat Khairil haa dah bawak kek comel dah.. Pandang dia, dia buat muka tak tahu! Ya Allah, malunya saya masa tuhh segan tahap tak tahu nak kata cemana. Hadoii! Segannya sampai tak ucap terima kasih pun kat staff pizza tuhh. Well, dekat dia later on lepas soal siasat bila dia arrange semua tuhh. Dia arrange dengan Restaurant Manager Wangsa Maju masa dia pergi belakang tuhh. Haihh! So, suruh dia makan sekali kek comel tuhh sebab jenis saya tak berapa suka kek sangat, cepat muak. Hihihih XD

Tetiba dia bagi satu lagi surprise. Dia bagi hadiah untuk saya. Well, appreciate sangat masa tuhh. Bila buka, ada dua bentuk cincin yang sama pattern a.k.a Cincin Couple. Hihihi XD So, padanlaa dia tanya saiz jari dulu. Padahal dah cakap saya nii jenis tak memakai aksesori except for earing. So, pakai laa and sho shuwittttt! Bhahaha XD



Then, masa makan dia suruh rushing lagi sebab dia nak ajak tengok wayang tapi saya bantah sebab tak terasa nak tengok wayang pun.. I just want to spend time with him, talk to him blablabla.. So, dia ajak pi NZ on opposite side of the road. Paham laa sebab dia tak makan nasi lagi so ikutkan jelaa hihihih XD Habis makan, balik ((; So, New Year saya di rumah ouhkayy! Balik je rumah terus mengarang ayat kat SMS untuk wish birthday Mama dia padahal ayat dia sama je dalam birthday card tuhh ;P Hihihih XD



* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * * *

Terima kasih kepada my sayang, Dzul Hilmi b. Basori for those surprise. Saya sangat menghargai segala yang awak lakukan untuk saya selama nii ((; Terima kasih sayang, from your michievious troublemaker, Nur Hidayah Rahim ((;


For semua staff Pizza Hut Wangsa Maju, terima kasih sebab take part dalam sing me a birthday song. Walaupun korang penat, still smiling ((; Respect! 

Saturday, 28 December 2013

Dzul Hilmi, My Sayang ((;

Hai! Okayy, ini entri sudah lama bersarang dalam draft dan hanya sekarang mampu meng-edit balik entri nii setelah berbulan lamanya. Hahaha, kepada my dear, DZUL HILMI.. Maafkan saya sebab mengambil masa yang lama untuk meng-update status diri ini daripada Single to In A Relationship with DZUL HILMI b BASORI, nombor kad pengenalan 930809-**-**** bhahahaha XD



 * * * * * * * * * *   A L – K I S A H  * * * * * * * * * *

Oh. Setelah hampir empat bulan diri ini menjadi teman / kekasih / troublemaker / penghilang bosan / budak gedik kepada Encik Dzul Hilmi.. baru kini saya mampu menghapdet (haa amikkkk) pasal awak. Ehh? Pasal awak? Apa yang istimewanya awak nii di mata saya yang bulat beso (as you always said) sampai saya nak canang kat blog saya nii? Well, banyak. Setiap orang itu istimewa di mata seseorang. Begitu jugalah awak di mata saya ((;

Well, kepada anda yang rasa nak termuntah baca entri nii, mohon amik baldi cecepat okayy. Kang termuntah depan keyboard lappy dah naya nak repair, Maaf, saya tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerosakan yang dialami oleh anda. Bhahaha XD

My Sayang, Dzul Hilmi b. Basori ihihihi XD saya tak tahu nak cakap (taip?) apa. Okayy dapat ilham dah. Ahahaha XD okayyokayy serious. Ingat kan kita kenal dari mana? Haa, kami kenal dari WeChat. Well, to be honest memang tak sangka akan jatuh hati kat sesiapa dari WeChat ke, FB ke Twitter blablabla sebab for me.. Mereka yang saya kenal dari sitesite cenggitu macam tak berapa sesuai nak dibuat pasangan.. termasuklah diri ini. Ahahaha XD Tapi tu laa, yang tak sangka tu laa menjadi pujaan hati hari ni. Ouh yaa, harap maklum.. Kami berdua sudahpun UNINSTALL WECHAT dari handphone kami. Sebab? Taknak kenal dengan orang lain? Ehh, tipu. Sebab buat berat memori telefon je tahu? Ahahaha XD Kita perlu jujur. Hihihi :P

He started all this. He added me through WeChat on 10th July 2013. Well, yang kelakar? Another 2 of his staff do add me as well. Tapi masa tuhh memang tak tahu apa lagi. Dah lama, bila dok tanya kerja mana kat dioarang bertiga ni, baru suspicious sebab tiga-tiga orang cakap kerja dekat tempat kerja yang sama. Haa, masa tuhh memang dok pikir diaorang bertiga ni merancang sesuatu. So, hantar laa WeChat ID memasing kat dorang bertiga ni nak tahu kenal ke tak dan terbukti memang diaorang kenal satu sama lain. Masa tuhh memang dah fikir “SAH AKU (sayaaaa) KENA TROLL DENGAN DIAORANG!” Tapi, bila ditanya.. memasing pun tak tahu yang diaorang mesej dengan orang yang sama iaitu saya. HAHAHAHA XD Lawak pulakk bila ingat balik.

So, we keep on WeChat like before until one day dia mintak num saya. Haa, memang tak laa kann nak bagi. Tapi, dia ni duk “Alaa, boleh laa” , “Nanti senang nak contact kalau handphone ni rosak.” , “Janji tak bagi num u kat diaorang.” Blablabla. Nak dijadikan cerita masa dia ni dok mintak, masa tu pulakk tengah keluar dengan mak.. Haa, serabut dia time tuhh sampai tak tahu nak bagi excuse apa dah so bagi jelaa. Ahahaha XD malam tu juga dia call saya. Perkara yang menjadi trademark dia masa tuhh ‘bunyi kasut’ Hahaha ((: Kelakar bila ingat balik. Tapi sekarang, dah tak ada bunyi kasut sebab kasut yang sekarang nii ada silent mode. Ahahaha! XD

So, keep on texting until one day dia offer saya Pizza. Well, rezeki jangan ditolak kann? So, decide laa nak Pizza so ingatkan Dzul Hilmi ni sendiri yang akan hantar pizza tuhh dekat saya tapi TIDAKKKK! Dia suruh budak lagi sorang tuhh yang hantar. Time tuhh memang rasa macam “Ehh?” Kenapa?” haihh geram tahu, Dah laa dekat WeChat tak letak gambar sendiri.. Kira beruntungla saya masih melayan kalau tak jangan harap laa nak layan. Bukan memilih rupa ke apa.. Mana tahu bangla ke, Nepal ke hahaha XD Terkejut pulak mak ayah bila kenalkan nanti bhahaha XD sesilap haribulan, security guard ayah saya! Haaa ampun, taubat laa!

Back to story. Kat WeChat tak letak gambar sendiri, bila mintak gambar taknak bagi.. Tanya FB, tak ada.. masa cakap FB tak ada tuhh rasa macam “TIPUUUUU! Zaman sekarang semua ada FB!” tapi, memang betul dia takde FB.. So, the only hope that time is TWITTER. Nasib baik ada. Itupun kemain payah nak dapat Twithandle. So, search and follow. Okayy laa, that time cakap “Muka dia cam bebudak” sampai laa dok sedar yang itu gambar dia zaman tok kaduk dulu, tahun 2008. Bhahahaha XD kelakar, tahuuu? Hahaha XD so, dari situ saya dapat rasakan yang dia nii jenis tak yakin dengan diri sendiri, like myself sometimes.

So, bila budak tuhh dah bagi pizza, tanya mana Dzul? Budak tuhh cakap dia busy. Okayy, FINE! Terus call dia time tuhh cakap “Since u taknak jumpa, means u memang taknak jumpa I..so takpayahlaa jumpa sampai bebila.” Terus end call camtu je masa tuhh and I meant it. Masa dah nak pi kat kereta, nasib baik tak bayo parking lagi dia call.. Berkalikali gak baru angkat.. Dia ajak jumpa. Okayy laa cakap kat dia jumpa dekat sekiansekian tempat. Dupdapdupdap? Macam tak je. Sebab masa tuhh rasa cam “Dia pun taknak jumpa saya, asal nak dupdapupdap pulakk?” So, dia pun sampai dengan yang lagi sorang tuhh. Okayy, dah jumpa, dah puas hati.. saya pun balik. Ingatkan terus berhenti contact cause itu yang selalu terjadi lepas jumpa.. tapi tak.. Terus juga call malam tuhh..

Rasanya ada laa tetiap malam onthephone masa puasa. Part paling kelakar? Dia yang kejutkan saya bangun sahur. Kahkhakhakah! Tak senonoh perangai masa tuhh. Nampak sangat liat bangun makan sahur. So, tak tahu bila perasaan suka dan sayang tuhh timbul sampai laa saya sakit hati bila dia buat pengakuan yang saya nii macam eksperimen untuk dia tengok perangai perempuan cemana. Haihh, sakit hati tak terkata masa tuhh. Tapi, padan muka.. Saya rapat dengan dia pun dengan niat yang salah. Masa saya tengah rapat dengan dia tuhh sebenarnya saya nak lupakan someone and everytime / since with him memang lupa dan dah boleh move on dah pun ((; *Terima kasih sayang* So, dia call memang tak angkat la kan. Petang tu pulak, saya dah bagitahu si ILI pasal apa yang saya rasa kat *abang* dia tuhh. So, bila si DZUL ni confess cenggitu rasa cam kena penampo kat pipi pun ada. Hahahaha XD

So, angkat jugakk call. Well, we confess that night, on 16th August 2013. Yelaa, sebelum ni dok tweet tanpa mention cuma memasing masa tuhh tak bagitahu tweet tu ditujukan kat siapa. Hahahah XD Yang kelakar, si ILI perasan perangai kitaorang dekat twitter hahaha XD. So, dia ajak jumpa konon nak minta jagakan pou dia. Yelaa, tahu install tapi tak jaga pou. Geram pulakk tengok pou dia penuh dengan **** . Boleh pulakk dia kata “That’s not poops but pets” Hahaha XD senonoh sebenarnya. So, jumpa kat Pizza Hut Wangsa Maju. Terkejut tahu! Kenapa? Tak pernah orang tanya soalan or ajak declare secara berdepan sampai saya masa tuhh pun speechless and malu tahap tak bleh nak sorok muka. Dah laa sejuk, hoii dia tanya and confess lagi sekali bertambah sejuk tahu? So, on 17th August 2013, I’m officially taken by Mr Dzul Hilmi b. Basori , NRIC 930809-**-**** hahaha and Mr Dzul Hilmi b Basori also be mine, Nur Hidayah binti Rahim, NRIC 931231-**-**** . So now, dah empat bulan together baru dapat update pasal kita dan setelah empat bulan jugakk baru dapat official date with you on 29th NOVEMBER 2013!

muka baru lepas naik DNA MIXER. Bhahaha XD


Ni namanya muka mengantuk tapi digagahkan jua mataku demimu sayang! Bhahaha XD

Credit goes to Kak Ita ((;

Muka kami dah comot setelah seronok bermain di Cosmo World!

Comel lah my ayam goreng, ehh salah baby PANDA!

Senyum, tak perlu kata apaapa

Yeahh! Rambut panjang! Potonglah sebelum saya yang tak bertauliah ni tolong potong!

Bersusah payah membetulkan sesuatu kepunyaan saya! Terima Kasih Sayang ((;

Muka FOKUS! kita perlu FOKUS!

Hihihi. Promosi air sat nahhh XD

AyamGoreng mengamuk tak dapat amik gambo! Bhahaha XD

Ehh? Ada juga dia ni. Saya nak amik gambar snowman tuh je. -.-"

((; The apple of my eyes ((:

Kanakkanak riang, itulah saya ((;

Both ((;

Yeayy! My Baby Panda dah potog rambut, Now, pls take care of yourself kayy ((:



Sayang, kita memang baru empat bulan bersama.. Tapi, saya harap kita akan terus bersama. Kita memang tidak tahu siapa jodoh kita tapi saya berharap awaklah orang yang ditentukan olehNYA untuk saya ((; Saya sayang awak, and hope you will be my last one..The last one that I’ll love until my last breathe. Saya harap jugakk saya menjadi yang pertama dan terakhir yang memiliki hati awak. Saya sayang awak, <3

* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


*Kepada sesiapa yang geli or menyampah, terima kasih kerana menyibukkan diri dan mata anda untuk membaca. Jika ingin mengutuk, well itu hak anda. Memang semua orang pun ada kekasih, saya juga ada. Well, this is my blog and I’m free to write anything about me. Thanks and much love <3

Ragam Manusia Di DAISO AU2

Hai ! Assalamualaikum ((; Lama juga tak update blog. Fuhh, tiup semua habuk nii. Hihihi ;P Okayy, kali nii nak cerita laa pasal perangai manusia yang saya dapat lihat sepanjang saya bekerja di Daiso AU2 ((; Enjoy (:

 * * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *

Dah nak masuk empat bulan saya bekerja di Daiso AEON AU2. Yaa, Daiso di AEON AU2 adalah di bawah syarikat AEON ((: Kenkadang penat gak nak cakap dekat customer. Hahaha XD mungkin diaorang nakkan kepastian laa kot. Yelaa, Daiso.. Tapi pakai tag dan ID AEON. Sampaikan ada beberapa orang customer sampai ingat kitaorang ni bukan staff Daiso tapi AEON Shopping Center. Paling kelakar? Uniform Daiso, pakai apron terangterang DAISO, tengah display barang dekat rack.. ada customer tanya “Eh, adik kerja sini ke?” Hahaha XD time tuhh rasa nak gelak tapi tahan jelaa ((:

Well, Daiso AU2 bagi saya memang agak kecil dan susah nak menyelit kalau time ramai orang. Stor pun alahaii comel je. So, everytime kitaorang receive barang mesti tumpang dekat lane belakang. Kalau kitaorang sendiri rasa rimas dan sempit.. Inikan pulakk customer. Hahaha XD mohon maaf jela mampu kalau customer complain. Nak buat achano? Senior Manager pun sound tepek “Jangan jadikk macam AU2, selling floor pun macam stor!” Hahaha XD

Well, bab barang pula yaa? Selalu bila customer nak tanya pasal barang.. Bila cakap tak ada, mesti diaorang cakap “Ehh, kawan saya cakap dia beli dekat Daiso!” Haa, kalau gitu jawapannya, maka kami akan tanya semula “Daiso mana eh?” Haa, kalau mereka menjawab “Daiso …. (selain AU2)” maka kami akan menerangkan bahawa “Walaupun barang yang akak/abang cari tuhh ada dekat Daiso lain, tak semestinya Daiso sini ada.” Kenapa? Sebab, pilihan ordering depend on that store itself. Kalau Taman Maluri/Kulai/Ayer Keroh/Seri Manjung/blablabla ada order barang tersebut, tak semestinya AU2 pun order. Faham dah?

Lepas tuhh.. Mungkin ada sesetengah customer yang kurang daya penglihatan nya atau tidak peka dengan signboard yang diletakkan di sesetengah rack/shelf “Please do not open the item. Kindly approach our staff blablabla”still berdegil bukak juga. Ouhkayy, bagi kami nak buka bergantung pada customer/produk itu juga. Kalau dah terangterang dekat packaging boleh nampak luaran, kenapa nak buka lagi? Tak pernah tengok? Ahaa, kelakar. Okay laa. Katakan customer tu sendiri yang buka tanpa izin.. Kalau dah buka, buka laa dengan cermat dan tidak merosakkan packaging mahupun produk itu sendiri dan minta jasa baik masukkan semula kerana dah banyak sangat kes jumpa packaging tapi barang tak jumpa , vice versa.Kalau dah buat PA, pastu jumpa balik.. ehh, sakit pulak hati kann? Itu namanya memang customer yang mintak maki laa.

Lagi? Haa, tak suka jadikk cashier! Pasaipa? Pasal, kalau dapat customer yang jenis ‘macam bagus’ ehh next customer terus susah saya nak senyum tahu? Kang naik pulakk nama saya orang complain tak ghetigheti nak senyum. Haihh. Macam mana perasan bagus tuhh? Haa, macam “Dik, tak ada plastik lagi besar ke?” Ikut hati nak je cakap, “Akak/abang. Kalau ada plastik lagi besar..buat apa saya ni susah payah nak sumbat barang besar ni dalam plastik kecil?”Tapi, angan-angan jela nak cakap camtu. Paling common kitaorang akan senyum “Maaflah akak/abang. Ini je plastik besar yang kitaorang ada. Haa, satu lagi. Cakap pasal plastik beg, kann AEON mengamalkan “Hari SABTU adalah hari TANPA beg plastik.” So bagi memana customer yang menginginkan plastik beg juga, akan dicaj 20 sen/piece tak kira besar atau kecil. Time hari sabtu ni laa kitaorang dapat tengok customer mana yang berkira. Selalunya, hari biasa barang kecik yang boleh simpan dalam beg sendiri pun nakkan plastik beg pastu simpan jugakk dalam beg.. HAHA rasa macam terlebih kelakar pulakk orang cenggini. Tapi, masa hari sabtu nii selalu kitaorang tengok memang 20 sen pun berkira.. Sempat pulakk cakap, “Adik, tolong muatkan satu beg plastik je ehh?” . Padahal hari biasa “Dik, jangan sumbat, nanti cemana nak bawak?”Hahaha situasi dah hampir sama Cuma membezakan yang percuma dan berbayar sahaja. Apa nak buat, redha jela ((:

Lagi apa yaa? Haa, kalau dapat jenis customer tak reti bagi duit kecik.. Kalau kitaorang bagi duit terlampau kecik sebagai baki..hendaklah anda senyum dan jangan sesekali menarik muka kerana kami juga teringin menarik muka di saat anda membeli satu barang yang berharga RM 5, tetapi bagi RM 50. RM 50 boleh terima lagi, kalau RM 100, achano? Mohon pupuskan spesis cenggini. Dah kalau kitaorang cakap TAK ADA DUIT KECIL, we meant it! Pastu, boleh lah tengok next customer akan bagi duit cecukup je. Hihihihi ((:

Spesis dah makan/minum pastu biar bersepah kat kedai pun ada jugakk. Sampai pernah terfikir “Ini kedai makan ke apa?” Ada jugakk anak customer yang sangat tak tahu nak cakap cemana.. Dah laa cicirkan bahan buangan kat kedai, elok pulakk diam cenggitu. Mujur, cashier terbau so memekik pulakk dia cari kitaorang dalam stor suruh bersihkan. Ahh, memang memasing geli laa kann. Minta tolong Malaysian Harvest memang sahsah takkan nak punya diaorang tolong pasal itu di luar bidang kerja mereka! Haihh, maka saya dan Kak Zana juga yang paksarela membersihkan semua sisasisa yang ditinggalkan oleh anak customer itu. Harap maklum yaa, saya tak marah anak dia.. Budak kecik, apa tahu? Tapi, sebagai orang dewasa yang mampu berfikir dengan waras.. kenapa tak approach kitaorang cakap pasal tu, minta maaf? Kitaorang pun boleh segera cari alternatif. Ini tidak. Dah hampir setengah jam rasanya.. baru kitaorang sedar yang DAISO dah bertukar menjadi tandas! Siap ada orang pijak dan ‘BAWA’ keliling kedai! Hoii, bertambah pulakk kerja kitaorang hari tuhh. Well, ragam manusia kann. Time tuhh memang dah mencarut bagai tapi bila fikir balik, kelakar pun ada.

Kes customer menipu pun ada. Well, kes ni pernah jadi dekat saya laa. Ada makcik ni nak plastic tray around 90 pcs tapi masa tuhh ada 10 pcs je.. Bila cakap kitaorang tak simpan stok cenggitu dalam stor.. Makcik tuhh kata nak order. Tanyalah berapa banyak. Well, makcik tuhh nak 90 pcs. So, saya dan Kak Zana menerangkan bahawa kami boleh amik order sebab kuantiti agak banyak tapi itupun kalau makcik tu sanggup tunggu PALING CEPAT DUA BULAN! So, makcik tuhh berfikir dan setuju. Tapi masa tu memang tak sedap hati and terfikir makcik nii betul ke. Yela, dari gaya macam nak pakai tray tuhh untuk event dalam masa terdekat..tetiba sanggup tunggu untuk dua bulan. So, okay laa. Cakap dengan my manager, dia pun call makcik tuhh untuk confirmation. Well, makcik tu pun setuju maka dengan gembiranya my manager order 100pcs. Ekstra 10pcs. Well, tak sampai dua bulan barang tu sampai..call makcik tadikk tuhh. Tahu dia cakap apa? “Saya tak cakap nak order pun. Saya tanya jehh!” ehh ehh? Cenggitu pulakk yaa makcik? Maka disebabkan makcik laa kami di DAISO AEON AU2 telah menutup segala CUSTOMER ORDER walaupun untuk REGULAR CUSTOMER. Kalau nak jugakk barang tuhh, cari laa kat DAISO lain, ouhkayy?

Tapi, nak cakap customer semua okay tak juga. Ragam manusia kann. Kalau dapat yang okayy, maka okayy jugalah kami melayan. Kalau dapat yang poyo or perasan bagus nii haihh susah pulakk kami nii nak layan sampai five stars. Well, to pleasing everyone is impossible but to pissed someone off, is easy.. ALWAYS EASY. Enough said. Thank you for reading ((;

 * * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


*Kak Ita,my beloved sis nak berhenti dah. Hmm sedihnya hati ))’;

Thursday, 14 November 2013

Hampir Setengah Tahun Kehilangan Hunnybunny kesayangan ))';

Hai! Lama rasanya tak update pasal hunnybunny saya ))’; Entah kenapa belakangan nii asyik dok teringat kat Leeyon, BB, Acik Momot, Chaton dengan si Kentot. Rindu semakin membuak bila asyik terfikir pasal dorang. Paling rindu dekat Leeyon dengan Bb. Yelah sedih sangat bila fikir apa yang diaorang tengah buat, apa yang diaorang makan, kat mana diaorang tidur.. sihat ke tak dan yang paling penting.. Adakah diaorang telah dipelihara oleh insan yang bernama manusia.


Leeyon. Rindu sangat kat cucu nenek yang satu nehh. Risau bila dok fikir pasal dia. Mana tak nya.. Dah laa ‘istimewa’, penglihatan terhad dan paling penting dari kecik memang semua berhidang kat dia nii. Kesayangan saya kann, harihari nak panggil nama dia. Sampai sekarang, serious.. setiap malam mesti dok panggil nama dia.. dok tengok video dia datang bila kena panggil. Video dan gambar jelah pengubat rindu pada Leeyon. Tak tahu kenapa memang hati nii tak boleh nak ikhlaskan kehilangan dia. Terasa bersalah sangat diri nii sebab cuai, biarkan pintu rumah terbukak sampai dia keluar sampai hari nii tak jumpa. Lagi bersalah bila dok fikir masa dia hilang tuhh dalam keadaan tak sihat. Memang tak pernah dan tak akan pernah hilang rasa bersalah dalam hati nii. Tak pernah berhenti berdoa untuk dipertemukan dengan kesayangan saya nehh. Saya percaya dengan kuasa doa. Allah itu Maha Mendengar, pasti Allah tahu yang saya sangat, tersangat merindui Leeyon cuma mungkin saya perlu bersabar. Ya Allah, lindungilah kucing-kucing saya walau dimana mereka berada, Biarlah orang yang melihat mereka, menjaga mereka menyayangi mereka lebih dari saya menyayangi mereka ketika saya menjaga mereka dahulu. ))’;