Hai. Haa,
kali ni nak cerita pasal teknologi canggih. Haha padahal bukannya tahu
sangat
pun pasal IT ni saja memoyokan ayat. J “Ini Semua
Poyoo” Haa korang mesti
ada laptop kan..tapi budak sekarang nak glamour panggil
lappy pon boleh J Ni nak
share dengan korang pengalaman saya berhadapan dengan masalah laptop ni.
Masalah apa? Hee~
* * * * * * * * * * A L – K I S A H * * * * * * * * * *
Haa. Ni nak
cerita pengalaman saya berhadapan dengan skrin laptop yang pecah!
Pernah
terjadi kat korang tak? Kalau korang pernah alami benda ni, mesti korang
tahu
macam mana saya rasa.
Masa awal-awal discover skrin pecah. Nampak garisan kaca tu sebelum on laptop!
Beberapa hari selepas skrin pecah. Liquid mula keluar di bahagian yang pecah
Bahagian kanan, bawah skrin yang pecah
Ramai yang kata bentuk peccah ni macam daun
Close up skrin pecah bahagian kiri
Close up bahagian kiri
Close up bahagian kanan. Liquid pecah ke atas
Bahagian kiri, bawah yang semakin teruk
Close up bahagian kiri
Haa, nampak tak daunnya?
Bahagian kiri
Bahagian kanan
Bahagian kiri yang semakin teruk
Beberapa bulan selepas pecah. Ni liquid dia dah kurang tetiba. Kalau tak memang hitam kawasan pecah tu
Close up
Haa, nampak liquid dia makin banyak yang keluar san semakin teruk!
Ni akibat saya geram..saya tekan sampai liquid tu tak berhenti keluar
Ni dah elok balik dah.
Bahagian kiri yang semakin elok untuk beberapa hari. Kemuadian tambah teruk
Ceritanya
begini. Saya beli laptop jenama Toshiba dalam bulan Disember 2011 sebab
nak
memudahkan urusan saya dalam membuat assignment. Gembira memang lah
gembira
sebab memang dah impikan selama ni nak beli laptop dan akhirnya
kesampaian
juga. Saya jaga laptop baru saya dengan penuh kasih sayang tau. Walau
ada habuk
sikit pun saya akan bersihkan apatah lagi kalau ada orang dok cap jari
dia kat
skrin kan. Haa. Tetapi kegembiraan saya mempunyai laptop hancur berkecai
bila
skrin laptop saya pecah akibat kecuaian adik saya! Dah lah beli tak sampai dua
bulan..dah pecah skrin. For your information, warranty tak tanggung bahagian
kecuaian kita. Korang kelentong la macam mana pun takkan terpedaya punya yela
dah dua bulan beli..tetiba pecah..logik tak? Haa, sedih laa saya. Saya tanya
kedai
“Well Com PC” dekat Wangsa Walk tu sebab saya beli kat situ.. Kalau
betulkan
berapa.. Dia kata RM 900 kalau Ori, kalau pirate RM 600! Saya tanya
dia apa beza
Ori dengan pirate. Dia kat skrin ni pakai lifetime. Kalau Ori..
10000jam lifetime.
Kalau pirate 6000 jam sahaja. Mak aihh! Takkan mahal bebeno.
So, adakah saya
setuju? Dah tentu lah tak. RM900 macam-macam boleh buat tau. So
saya kata saya
fikir dulu.
Saya ingat
nak tunggu duit PTPTN masuk baru betulkan tapi bila duit tu dah
masuk.. Saya
tak betulkan jugak sebab saya rasa membazir sangat Rm900 dekat
skrin laptop tu.
Oh ya, lepas skrin tu pecah.. haa dah takde saying-sayang kat laptop
dah buat
tak tahu je kalau ada 10 cap jari pun kat skrin tu.
Saya try
tanya kedai Ashashi depan Well Com PC tu berapa harga kalau diaorang
betulkan.
Diaorang cakap RM500 warranty 3 bulan. Siap seminggu. Saya tanya laa
berapa
lifetime dia. Dia buat muka pelik. Dia cakap mungkin saya kena tipu. Mana
ada
skrin ori ke tak Cuma beza dia warranty berapa lama je. Haa, saya pun percaya
la dekat dia.. Tetapi seminggu tu mana tahan. Saya cakap cepat sikit tak boleh
ke?
Dia cakap boleh..dia buat sendiri tak guna barang kedai tapi kena tambah
duit lah.
So saya pun cakap saya fikir dulu.
Sudahnya
bulan 1/2012 pecah.. bulan 6/2012 baru betulkan. Teruk tak saya dan
lihatlah
tahap kesabaran saya. Saya bersabar dengan laptop yang skrin dia entah
macam
apa dah selama enam bulan. Terbaik wok! Haha. So kat mana saya betulkan
dan
berapa? Mesti korang ingat saya pergi dekat Ashashi kan? Mana ada! Dia pun
tipu
jugak!
Saya survey
harga kat internet jauh lebih murah. Harga dalam RM280 sahaja! Jauh
beza weh!
So saya pun call la orang tu nak tanya dengan lebih lanjut. Katanya
warranty
tiga bulan. Kalau skrin tu bermasalah dalam tempoh tiga bulan..dia akan
gantikan dengan yang baru secara percuma. Saya tanya dia berapa lama dia boleh
buat? Dia cakap pilih satu tempat..bawak laptop tu dan dia akan betulkan laptop
tu depan mata saya sendiri. 10 minit boleh siap dah! Haa. Itu yang nak dengar
tu
sebab saya boleh lihat dengan mata kepala saya sendiri macam mana kerja
diaorang.
Cuba fikir.. Kalau hantar kat kedai yang konon seminggu tu..
macam-macam
diaorang boleh buat. Tak mustahil diaorang amik part laptop yang
ori ni diaorang
ganti dengan yang local punya..saya yang tak tahu apa-apa ni
pun angguk je padahal
barang ori dah lesap. So saya pun set la dengan dia.
Malam tu kiatorang jumpa
dekat Kopitiam. Yela, precaution, mana laa tahu dia nak
tipu kea pa.. Ada jugak my
yayang kat sana kan. So bila dia sampai dia terus
betulkan. Saya tengok skrin asal
dia MADE IN CHINA! Haa! Orang Well Com PC kata
dia akan order part Ori dari
Jepun..banyaklah kau..yang ori pun CHINA mari kau
nak kelentong aku! Sepak
kang! So saya cerita la kat dia semua.. Dia cakap
biasa laa orang nak untung cepat.
So, bila dia pasang skrin yang dia bawak tu..
Skrin yang dia bawak tu tetap pecah
so dia cakap tak payah bayar dulu. Dia bagi
saya resit.. Dia cakap esok pergi tempat
dia bawak laptop kat sana boss dia
akan settlekan. So, I agree.
Saya pun
pergilah Plaza Imbi bawak laptop dengan hasrat nak betulkan skrin.
Sampai sana
boss diaorang Syed Ibrahim betulkan.. Lepas saya puas hati dengan
kerja
diaorang.. Saya pun bayar RM280. Haa, lega rasanya. Bila keluar dari Plaza
Imbi
tu kami terserempak dengan anak buah my yayang yang kerja kat situ jugak.
Guess
what? Kalau saya jumpa dia lebih awal..saya hany perlu membayar harga asal
skrin tu dengan harga RM150! Haha! Sumpah bila dapat tahu hanya mampu gelak
sahaja. Nak buat macam mana, redha jela. Tapi, lepas je dapat tahu yang anak
buah
my yayang ada bukak business kat situ..apa-apa yang berkaitan dengan
laptop saya
akan beli dan tanya pada dia sebab saya akan dapat harga yang murah
J
Bahagian atas skrin asal. yang bawah skrin yang Vicky bagi free sebab pecah
Atas yang asal, bawah yang Vicky bagi tapi dah pecah
See, Ori pun Made In China. Nak amik sampai seminggu pulak tu!
Skrin yang pecah
Now my lappy dah okayy.
Kalau
korang nak betulkan laptop korang, nak beli aksesori laptop macam screen
protector, laptop sticker, fan, mouse, antivirus, internet security, update
windows, format laptop.. Korang boleh pergi dekat Plaza Imbi.
MASSYURIIT
Encik Samri
G18, Ground Floor, Imbi Plaza, 55100 Kuala Lumpur
+6019 538 5818
+6012 524 5808
Sama-sama lah kita menolong sesama Melayu sebab kat Plaza
Imbi ni rasanya kedai
dia je yang orang melayu selebihnya warga Pakistan :’(
* * * * * * * *
* * T A M A T * * * * * * * * * *
Sebelum membuat keputusan, fikirlah beberapa kali dan
cuba cari alternatif lain.
Saya mungkin tertipu sekiranya saya tidak mengambil
sikap suka tangguhkan dahulu.
Yang anak buah awak tu betulkan kat mana rm150? nak number kedai tu boleh?
ReplyDeleteMASSYURI IT
ReplyDeleteEncik Samri
G18, Ground Floor, Imbi Plaza, 55100 Kuala Lumpur
+6019 538 5818
+6019 524 5808
number office tawu x? sbb kol xdpt pun dua2 number ni. boleh confirm dpt murah kee...
ReplyDeleteTakde pulakk num office.Selalu whatsapp je Abang Samri tuhh.Mugkin dia busy sekarang nii.Murah juga laa berbanding yang lain ((;
Deletesalam.
ReplyDeletelaptop saya pon sama nasib dengan awk jugk. tapi npe jauh sangat. tade cwangan dekat perak ke . hehee :) thanks kalau reply ye.
Salam. Perak? Adoii. Tak ada laa pulakk. Try survey kat internet, mana tahu rezeki awak dapat murah ((;
Deleteowh mksudnye tkar skrin laptop yg rosak x mahal la.....
ReplyDeletekalau ikutkan tukar skrin rm180 je. tukar lappy mahal laa yunk uii ~
Deletemkudnya tkar hrga laptop x mahal la ea....
ReplyDeleteSalam. Maaf lambat reply. Saya kurang faham maksud awak.
Deleteni dikira normal lg skrin dia. hahaha. i punya gelap smua.. crack bukan main terok.. tnya kedai ckp 300++ dh setahun lebih xbaiki.. mahal sgt.. pasang extntion dgn skrin pc je. haha
ReplyDeleteHahaha tu lahh. Sempat lahh siapkan beberapa assignment kann. Tu lahh, nasib baik kenal dengan abang Samri nii kalau tak mahu melayang 900 hengget camtu jea.
Deleteno fon tak same dgn dlm kad.
ReplyDeletedlm kad 012, tulis 019.
Ouh, maafkan saya. Dah dibetulakn. Terima kasih kerana bagitahu
DeleteSalam 1 malaysia saya gigahertz. Saya menyediakan perkhidmatan menukar skrin laptop atau netbook di selayang pada harga berpatutan.
ReplyDeleteStok skrin adalah terhad,screen bersaiz 10.1 inci,14 inci dan 14.1 inci. jika berminat hantarkan jenis dan model laptop/netbook anda
ke email saya bagi memudahkan saya memastikan saiz screen anda.
Jenis Laptop: Lenovon G405 ,Acer Aspire ,Compaq Presario , Asus A43s , Dell
Jenis Skrin: ORIGINAL 14.0" inci LCD High Definition (HD)
Untuk masalah : Skrin Putih , Skrin bergaris , kabur , tidak jelas , warna kuning
Punca Kerosakan: Penggunaan Melebihi Jangka Hayat (3000 jam) , ditimpa sesuatu ,
Tempoh Pembaikan: 10 minit +-
Tempat: Lot 1.38 First Floor Selayang Capitol Complex 68100 Selayang jaya Selangor
Kami menyediakan khidmat repair skrin di tempat anda di sekitar Lembah Klang.
Sama ada di pejabat atau di rumah anda.
McDonalds, Pertronas, Caltex, atau di mana-mana sahaja, janji anda berpuas hati!
-------------------------------------Info mengenai Screen laptop----------------------------------------------------
Screen merupakan perkara penting untuk sesebuah laptop. anda setuju?. Apabila menghadapi masalah LCD / LED screen anda rosak, diminta untuk anda berhati-hati untuk membeli atau menukar LCD/LED screen baru.
----------------------Bagaimana screen LCD/LED boleh rosak-------------------
Setiap screen mempunyai jangka hayat yang telah ditetapkan bagi sesebuah LCD/LED screen. Selalunya dalam 3000 hingga ke 4000 jam (bagi screen baru dan original).
Bila sampai jangka hayatnya, dari situ lah bermulanya screen menjadi kabur, berbelang-belang, tidak mengeluarkan gambar, berwarna putih, ada gambar tapi tiada lampu, green screen, blind screen dan macam-macam lagi.
Pengalaman kami telah mendapat 70% customer yang screen-nya pecah kerana berlaku insiden-insiden yang tidak disengajakan. Contohnya letak objek-objek yang keras di antara screen dan keyboard dan akibat cuai, terus lipat laptop kemudian screen menjadi retak.
Selain dari pada itu terjatuh, kanak-kanak kecil bermain dan banyak kemungkinan lagi. Jadi apabila sudah rosak, pastinya perlu di tukar.
-------------Kenapa anda perlu tukar kepada screen yang original---------------
Disini kami menegaskan pada anda, jangan sebab nak tukar screen anda tidak fikir tentang kualiti screen itu.
Sebab screen amat penting bagi sesebuah komputer atau laptop. Tiada screen tidak bermakna bagi komputer atau laptop.
Jangan mudah tertipu dengan screen yang berharga murah. Kerana anda akan tertipu dengannya. Gejala penipuan screen kini sudah beleluasa.
Ramai orang di luar sana telah tertipu. Screen yang di tukar itu bukannya screen yang baru sebaliknya, screen yang telah rosak secara halus yang tidak mudah untuk di kesan. Ianya kedengaran too good to be true. Screen tersebut seperti;
-Screen refurbish , Secondhand , Kualiti rendah-
Banyak syarikat atau kilang yang boleh membaiki screen tetapi, screen akan mudah untuk rosak. Mereka hanya mengambil kesempatan kepada pengguna.
-----Call /Whatsapp / SMS 0163149620 - Gigahertz Sekarang!-------------
-----lawat www.gigahertzcs.com.my-----------------------
Thz for the good info..
ReplyDeleteSo , dia boleh baiki screen laptop depan mata kita ?
ReplyDeleteKlu mcm skrin tu pecah. N then skrin tu black. Xkuar pape pom. Dorg leh repair gk eh?
ReplyDeletesalam 1 malaysia. Saya Gigahertz. Kedai saya di selayang. beralamat di Lot 1.38 First Floor selayang capitol complex 68100 selayabg jaya selangor. saya boleh membaiki screen laptop pecah pada harga serendah rm200 sahaja. waranti dan resit juga akan diberikan. saya sudah repair pelbagai jenis screen laptop seperti
ReplyDelete* acer aspire * * acer aspire one *. * hp mini * *compaq CQ presario*. *hp pavillion* *asus notebook*
dan bermacam macam brand lagi.
sebarang pertanyaan atau persoalan saya boleh dihubungi di talian 0163149620 (boleh whatsapp sms)
anda juga boleh masuk ke website saya - www.gigahertz.com.my
Tahan smpai sekarang ke screen tu ??
ReplyDeleteyup, tahan Alhamdulillah. Tak ada masalah apapa sampai hari nii
DeleteSo ... screen tu tahan sampai sekarang ke ???
ReplyDeleteyup, tahan sampai sekarang. Alhamdulillah tak ada masalah
Delete