Tuesday 29 January 2013

Kenapa Perempuan Melayu Selalu Kena Rasuk?


Hai. Masa dok selongkar blog orang lain.. Saya tertarik bila 

melihat satu artikel di blog mana entah..tak ingat. Entri dia 

pasal RASUK! Kenapa saya berminat dengan artikel tu? Jom 

baca.



* * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *



Haa. Saya tertarik dengan entri tersebut sebab entri dia 

bertajuk “Sebab perempuan melayu dirasuk”. Saya pun nak 

jugak tahu kot boleh tambah ilmu kan..bolehlah juga 

mengelak dari berbuat sesuatu yang boleh membuatkan diri 

saya ni dirasuk. So saya klik. Intro entri tersebut pasal kes 

budak sekolah yang dirasuk. Haa, korang nak tahu sebab 


apa? Berikut saya COPY AND PASTE dari blog seseorang 

yang saya tak ingat, harap maklum J



Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan 

tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan 

india. Di mana salah nya... ... ..Kita ikuti percakapan 

antara bomoh melayu dan syaitan.



Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri 

terjawab!



Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani 

hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di 

asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek 

itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun 

membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, 

ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu 

pun datang engan menunjukkan wajah rupanya yang begitu

 hodoh dan jijik..



Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun 

hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun

 lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh

 tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh 


pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan 

semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu 

yang begitu menakutkan itu.



"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah?


Jawab!!!" Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai 

syaitan yang direjam???"



Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun 

menjawab...



""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, 

Tiada Memikat"" 


""Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik,Kalaulah 

Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... "" 


""Aduhai... (korang nyanyilah sendiri lagu ni sampai habis..) 

hehehehe.....



Haa, tula jawapan dia. Nak sakit hati pun tak jadi sebab ada 

unsur-unsur terkono kat situ. Anyway, enjoy J


* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


Hidup ni jangan serius sangat , kadangkala perlu lawak 

jenaka untuk mewarnai hari kita J

Monday 28 January 2013

Perkara yang tidak sepatutnya korang lakukan di laman sosial


Hai. Korang mesti ada laman sosial seperti facebook, twitter, tagged dan lain-lain lagi. 

Bukan golongan muda dewasa juga tetapi adik-adik yang masih bersekolah rendah pun 

kebanyakannya sudah ada fb. Mungkin ada antara korang semua yang tak tahu atau naïf 

dengan dunia IT ni sampai dengan slumbernya mendedahkan perkara peribadi korang di 

laman sosial. Haaa! Perbuatan korang tu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri 

korang sendiri tanpa korang sedar. Ni tips-tips saya supaya korang tak terdedah kepada 

mangsa jenayah siber nih. Check it out,okay?




















* * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *


Berikut merupakan antara perkara-perkara yang tak patut didedahkan di dalam fb 

mahupun mana-mana laman sosial anda:

1. Tarikh Lahir :


Korang jangan pernah sesekali mendedahkan tarikh lahir korang di fb. Kenapa? 

Kebanyakan kita menggunakan tarikh lahir sendiri sebagai kata laluan untuk kad bank,

 email dan apa-apa juga benda yang memerlukan password kerana itu lebih mudah untuk 

diingingati. Jadi, sekiranya anda mendedahkan tarikh lahir korang di mana-mana laman 

sosial..takut seseorang yang kurang bermoral menyalahgunakan tarikh lahir anda untuk 

mengakses sesuatu kepunyaan anda. Biarlah kita tak terima banyak wish ketika birthday 

kita dari terpaksa menempuh kesusahan di kemudian hari.





*Jangan guna tarikh lahir sebagai password. So, guna lah tarikh lain. Sesuatu yang tidak

 obvious J



2. Nama ibu :



Kenapa tak boleh? Sebab kebanyakan laman sesawang menggunakan nama ibu sebagai 

soalan keselamatan. Well, kalau korang register broadband celcom pun diaorang akan 

tanya nama ibu korang sebagai soalan keselamatan. So, take note!







*Tahu sayang ibu. Siapa tak sayang? Tetapi jangan sampai kita meraung hanya kerana 

nama :P



3. Alamat rumah :



Jangan pernah sekalipun korang memberitahu sesiapa alamat rumah korang di laman sosial. 

Yelaa, selalunya waktu raya kan ramai orang buat Open House..konon nak invite semua kat 

friendlist so post lah alamat rumah..tak cukup dengan tu siap buat map lagi macam mana 

nak datang rumah! Haa, nanti kalau korang pergi holiday..sah korang akan update status 

“I’m far away from home! Out for a weekend for holiday with my beloved family! 

Yeehaaa!” Haaa! Jangan tanya kenapa rumah korang boleh kena aim kat situ. Dah lah bagi 


alamat, siap bagi map, bagitahu takde dekat rumah, boleh pulak bagitahu bila nak balik.. 

Haa, lagi menyenangkan kerja orang tu laa kan!










*Tak payah nak bagitahu alamat. Suruh je datang kat dewan then pergi lah jemput mereka

 di sana J Tak semua orang yang dijemput akan hadir!



4. Check-in to a place far away from home :



Perbuatan korang ni mungkin memberi manfaat kepada mereka yang telah lama 

memerhatikan keadaan rumah anda! Awas! Jangan memudahkan kerja mereka tetapi 

sebaliknya elakkan dari menjadi mangsa jenayah!









*Tak payah nak bagitahu orang sangat korang kat mana setiap masa.



5. Nombor telefon :



Kebanyakan kita tidak sedar akan bahaya meletakkan nombor telefon di laman sosial 

walaupun kita set kepada private/only me. Untuk pengetahuan korang..Walaupun korang

 set sebegitu..tidak mustahil maklumat korang boleh bocor suatu hari nanti. Especially 

kepada mereka yang online menggunakan telefon bimbit yang akan sentiasa “synchronise” 

maklumat korang. Pernah sekali masa nak send message dekat someone..nombor telefon 

orang yang takde dalam list contact turut barada dalam senarai kerana telah diautomatik 

“sync”. Kadang-kadang kita terlalu peramah dan pemurah memberikan nombor kepada 

kenalan baru tetapi ingatlah bahawa perbuatan anda sebenarnya memberikan peluang 

besar kepada telemarketers, stalkers dan sesiapa sahaja!


Nama-nama di atas adalah mereka di friendlist fb saya. Saya tidak mempunyai apa-apa maklumat selain dari nama mereka teapi bila saya hanya menaip AB, nama mereka di fb keluar bersama email dan juga nombor telefon.


  









*Jangan bagi nombor telefon kepada sesiapa di laman sosial sebaliknya berilah nombor 

public kepada mereka. HAHAHA XD



6. Gambar di dalam rumah :



Kadang-kadang apabila kita membeli perabot baharu, kita selalu snap gambar untuk 

dikongsi kepada rakan-rakan di laman sosial. Konon baru beli TV LED 56’ inch, 3D lagi, 

dilengkapi dengan Home Teater haa kauuu. Jangan tanya kenapa kegembiraan anda 

memeliki TV baharu tidak kekal lama. Anda sendiri punca segalanya!











*Tak payah bagitahu umum kita ada beli sesuatu yang canggih serta baharu. Sebaliknya 

amalkanlah sikap low-profile. Anda selamat, orang lain pun tidak fikir yang anda mahu 

berlagak J



7. Gambar yang tidak senonoh :



Yaa! Tak dinafikan sesetengah pemilik laman sosial lebih gemar meletakkan gambar 

berunsur ‘panas’ kerana inginmenjadi HOT di laman sosial tetapi ingatlah bahawa neraka 

Allah lebih HOT kelak. Belum lagi fikir orang dok right-click and save gambar anda untuk 

disalahgunakan kelak.










*Anda nak seksi, terpulang kepada anda tetapi tidak perlu berkongsi gambar kerana 

orang yang tak nampak keseksian anda turut mendapat dosa apabila memandang gambar

 anda!



8. Membuat status atau statement yang boleh mengundang perbalahan sesama 

pegguna laman sosial lain :



Kadang-kadang kita meluahkan rasa tidak puas hati kita di laman sosial dan kadangkala 

bahasa yang digunakan tidak elok jadi perkara sebegini boleh mengundang rasa tidak puas 

hati orang lain juga apabila membaca status anda. Kadangkala kita tidak state nama orang 

yang buat kita sakit hati tetapi ingat kadangkala orang lain juga terasa juga J










*Berpada-pada lah nak berkongsi rasa hati di laman sosial.



Sebenarnya banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya kita dedahkan di laman sosial ni, 

Kesimpulannya, laman sosial ni lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Jadi marilah 

kita beramai-ramai deactivate semua akaun laman sosial kita sebaliknya face-to-face 

berbicara kerana itu lebih mudah..jimat masa dan tidak memerlukan wang yang banyak 

malah potensi untuk terdedah kepada jenayah juga tipis J



* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *



Tak semua pengguna laman sosial macam SO-SIAL :P Tetapi mencegah itu lebih baik dari 

merawat.