Wednesday, 23 January 2013

Pengalaman sebagai WAITRESS di kopitiam :)


Hai. Sebenarnya saya makin bosan sebab aktiviti saya sepanjang hari hampir

 sama..keluar pun dah jarang sebab malas nak keluar. Yela kalau keluar kena pakai 

duit sedangkan saya ni amatlah boros kalau keluar..simpanan semakin sedikit huaaa 

sedih je. Ramai yang tanya..tak kerja ke? Haa. Dah takde yang panggil kerja nak 

buat camne. So, duduk rumah jela jawabnya. Waktu-waktu macam ni rindu pula 

masa kerja dekat kopitiam dulu.


* * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *


Lepas SPM 2010 bukannya saya terus kerja pun. 1 Jan 2011 baru lah saya kerja. Haa 

nak dijadikan cerita masa hari pertama saya kerja dekat sana sangatlah takut. Yela 

saya ni bukannya biasa dengan orang baru..tak suka bercakap kalau tak kenal dan 

yang paling penting sangat kurang dengan senyuman so bila dah bekerja tu nak 

pulak jadi waitress kan haa tak ke jauh beza dengan personaliti saya tu? Awal-awal 

lagi dah buat silap. Masih ingat lagi peristiwa saya salah submit order. Orang tu 

order cocktail sausages 1 set, saya pergi submit sampai 2. Nasib orang tu nak, kalau 

tak..haa dah kena potong gaji. Lagi dugaan? Masa hari pertama saya kerja di situ 

merupakan hari terakhir si Nyna ni. So, tinggallah saya seorang perempuan yang 

bekerja di situ. Bayangkan betapa dugaannya masa tu.


Masa first day tu saya dapat shift malam and yang jaga bahagian floor hanyalah tiga

 orang. So, memang banyak kerja tetapi sebab supervisor kat situ baik hati.. dia bagi 

saya balik awal dalam pukul 12 macam tu padahal balik pukul 1.


Tak lama lepas saya kerja.. kopitiam tu ambil lagi beberapa orang staff baru jadi 

makin ramai lah geng saya sebab kebanyakan diterima semua baru habis SPM. 

Kitaorang kat sini semua enjoy, takde tension sangat kerja. Jarang la sebab 

management dia sangat friendly.. Tak macam sesetengah supervisor and manager 

yang sombong. Kat sini.. Abang Musa, manager kitaorang selalu belanja makan KFC

 time lunch. Tak lama lepas tu kitaorang jadi semakin rapat and kitaorang selalu 

keluar lepas habis kerja. Semua Abang Musa yang tanggung. Haa, nampak tak? 

Selalu kitaorang tengok wayang and makan je. Kalau 10 orang yang keluar, 10 orang 

jugak laa Abang Musa tanggung. Siapa yang takde transport.. Abang Musa ni 

tolong bayarkan juga tambangnya! Haa, mohon jealous dengan saya J


Tapi, takkan selamanya kitaorang bersama kan.. Masing-masing dapat tawaran 

sambung belajar. Walaupun saya punya keputusan lebih baik dari mereka yang 

sebaya dengan saya (kecuali otak komputer si Ezzat yang dapat 9A 1 B) saya tak 

dapat tawaran dari mana-mana IPT. Haa. Sedihnya hati bila Nadia, kawan baik saya

 masa kerja kat kopitiam dulu berhenti sebab sambung belajar. Menangis jugalah 

masa awal-awal dia berhenti tu sebab saya sensorang je kan.. Tapi, tak lama lepas tu 

dapat lagi kawan-kawan baru. Qila, Hazirah haa ramailah tapi tak ingat sangat 

sebab tak lama lepas tu pun saya resign sebab masuk U.


Pengalaman saya sepanjang bekerja kat sana bukan sahaja sebagai waitress tau, 

tetapi kalau tak cukup staff.. saya terpaksa juga bertukar jawatan sebagai 

barista/bar tender, pembuat roti dan cashier. Kira semua saya boleh buat kecuali 

bahagian dapur sebab dapur tak berani nak kacau. Macam complicated sangat. 

Kang salah, naya je.


Rindu sangat nak kerja balik kat kopitiam tapi pengurusan kopitiam tu dah tukar

 manager baru sebab Abang Musa tu sambung belajar..and saya memang tak boleh 

masuk dengan manager baru tu. Hm sedihnya tapi takpe masih datang juga dekat 

kopitiam tu J




























* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


Sayang seribu kali saying sebab Januari 2013 kopitiam dijangka tutup :’( huaa

No comments:

Post a Comment