Hai. Korang mesti ada pengalaman pahit yang korang
tak boleh lupakan
sampai bila-bila kan? Mungkin ada yang kata break dengan
kekasih hati,
kena tipu dengan orang dan bermacam lagi. Bagi saya semua tu
lumrah
dalam kehidupan manusia. Seperti anda semua juga..saya juga ada
pengalaman pahit saya yang tak mungkin saya akan lupakan sampai bila-
bila. Apa
dia? Meh la baca dulu J
* * * * * * * * *
* A L – K I S A H * * * * * * * * * *
Peristiwa ni masih segar di dalam ingatan saya
walaupun perkara ni dah
hampir dua tahun terjadi kepada saya. Sampai sekarang
semua tu masih
jelas seakan-akan baru semalam terjadi. Pada 18 Mei 2011,
merupakan hari
jadi ayah saya.. dan hari tu juga merupakan salah satu hari
terburuk
saya.Pada hari tersebut saya telah diragut oleh seorang penunggang
motor! Macam mana boleh terjadi?
Kisah dia macam ni. Pada hari tu seperti biasa saya
menunggu bas rapid T
309 untuk pergi kerja. Tetapi biasa lah. Kadangkala saya
terpaksa
menunggu sehingga sejam untuk mendapatkan bas. Nak jadikan cerita,
hari
tu saya keluar lambat sikit dalam 3.30 petang
sedangkan saya masuk kerja jam 4.00 petang. Semasa saya
sedang melintas
jalan untuk ke busstop tu saya ternampak bas rapid U 21 parking
betul-
betul di bahagian depan busstop tu. Geram memang la geram sebab semua tu
menyukarkan saya untuk melihat kenderaan yang lalu lalang sekitar tu.
So, saya
pun hanya pandang ke kanan untuk menanti bas.
Hairan juga sebab bas itu kelihatan tidak ada
kerosakan apa-apa kerana
enjin bas itu dihidupkan dan pemandunya ada di dalam
bas tak tahu buat
apa. Korang sendiri tahu bunyi enjin bas macam mana kan,
memang sakit
hati kalau korang kena ada kat situ.
So, hari tu saya tak pakai beg galas dan buat kali
pertamanya saya
memakai sling bag yang beru dibeli unuk pergi kerja. Saya ni bukannya
jenis yang minat sangat sling bag tapi sebab backpack saya dah tak
elok..saya
pakai jela sling bag tu. Lagi satu saya jenis yang bukan
simpan handphone dalam
beg tetapi disebabkan bas rapid tu tersadai kat
depan saya dan enjinnya tidak
pula dimatikan..Saya pun keluarkan
handphone untuk mendengar lagu. Masa tu saya
baru pakai handphone jenama
NOKIA C3.. Handphone tu pemberian dari mak saya
kerana saya mendapatkan
keputusan yang memuaskan dalam SPM..handphone tu saya
beru pakai dalam
dua minggu.
Masa saya keluarkan handphone tu, saya ternampak ka
ekor mata saya macam
ada someone datang dari arah kiri so saya toleh dan saya
lihat muka dia
memang tak boleh dipercayai..saya simpan handphone dalam
beg..tak tahu
kenapa saya letak dalam beg masa tu. So, saya pun buat tak tahu
tapi
still pegang sling bag dengan kuat..dalam sekelip mata budak lelaki tu
menolak saya dan beg tadi terjatuh kat atas tempat duduk..habis semua
barang
terkeluar..dan yang pasti saya lihat dia hanya sempat capai
handset saya yang
jatuh berdekatan dengan dia. Kenapa dia tolak saya?
Sebab saya pakai beg
sebelah kanan dan dia datang dari arah kiri jadi
agak susah kalau dia nak tarik
macam tu..Saya pun apa lagi dengan
pantasnya merebut kembali handphone saya
tetapi saya genggaman saya
terlepas setelah lelaki tersebut menghentak tangan
saya di besi
penghadang busstop tu. Masa bergelut tu memang lah saya ada jerit
mintak
tolong tapi bas rapid tu punya enjin memang sial bangang
hampeh sape
boleh dengar saya jerit? Seriously ramai orang cakap suara saya ni
kecik..mana laa boleh lawan dengan enjin bas punya bunyi..
So, saya kejar juga lelaki tadi tu.. Saya nampak dia
park motor RXZ di
hadapan bas tu so bila dia dah dapat handset saya dia terus
naik motor..
Tapi saya sempat tolak dia dan dia hampir terjatuh tetapi nasib
menyebelahi dia sebab saya yang terjatuh dulu kat jalan raya tu. Masa
saya
terjatuh tu saya fikir lebih baik saya cepat bangun sebelum ada
kereta yang
lalu. Saya pun bangun. Masa tu masih terkejut. Bila dah
sedar tu..nak tengok
nombor plat motor tu dah jauh. Serious masa tu tak
menangis Cuma terkejut tapi
bila dah ramai yang berkumpul..saya cerita
apa yang jadi tetiba saya menangis.
Haha XD Sebenarnya ramai yang
nampak apa yang jadi tetapi mereka lebih suka
melihat sahaja dan
mengambil sikap berkecuali. Mereka menganggap saya sedang
bergaduh
dengan boyfriend saya. Kepala atok korang Banyak la korang saya
tengah
gaduh.So, saya pun tumpang sorang abang ni pergi Setiawangsa. Sampai
kat
tempat kerja saya minta maaf sebab lambat datang. Kalau boleh saya
tak nak
cerita tetapi Nadia tahu ada sesuatu yang dah jadi kalau tak
kenapa saya
menangis kan? So saya cerita. Nadia suruh saya buat report
polis. Hm. Ikut hati
“buat apa nak buat report? Bukannya boleh dapat
balik pun. Silap haribulan yang
ragut tu anak polis!” tetapi bila fikir
mungkin dia akan menyalahgunakan sim
saya..saya pun buat report dekat
Balai Polis Setiawangsa.
Sampai sekarang takde apa berita..dan semakin ramai
yang kena ragut.
Pengalaman tersebut banyak memberi pengajaran kepada saya.
Saya tidak
sepatutnya leka bila berseorangan. Kemungkinan lelaki tersebut telah
lama memerhatikan saya. Mana mungkin on the spot dia nak ragut kan?
Bukannya
saya baru keluar dari bank yang dia nak ragut. Sejak tu kalau
ada motor atau
sesiapa yang lalu dibelakang saya, saya akan lebih
berhati-hati..dan kerana
kejadian itu juga saya trauma. Saya ni bukan
mudah terkejut..tetapi sekarang
benda tu takde laa terkejut mana tapi
saya akan rasa macam jantung nak
tercabut..
So, kepada peragut yang berkenaan..Ingat saya nak
halalkan handphone
saya tu? Jangan harap. Mungkin di mulut saya boleh kata saya
halalkan
tetapi di hati amat berat untuk saya lepaskan kerana itu merupakan
hadiah yang saya tunggu dari mak saya selama ni! Susah payah mak saya
kerja
untuk mendapatkan wang untuk membeli handphone tu untuk saya, kau
senang-senang
je nak ambik? Kalau saya yang beli sendiri, saya boleh
halalkan tetapi itu
hasil titik peluh emak saya sendiri. Saya akan
memaafkan anda kerana semua
manusia berbuat silap tetapi saya tidak akan
pernah melupakan apa yang terjadi
pada hari tersebut. Kau dah tinggalkan
pelbagai kesan buruk dekat saya..Mungkin
kau tak terfikir macam mana
kalau keluarga kau yang kena. Apa pun saya berharap
kau akan berhenti
dari buat kerja macam ni dan sebaliknya berusaha untuk
mendapatkan
sesuatu yang halal. Ingat! Segala apa yang kita lakukan di dunia
ini
Allah janjikan balasan. Mungkin kau takkan terima balasan di dunia
tetapi
ingatlah bahawa Allah itu Maha Adil.. Allah akan membalas
perbuatan mu di
akhirat kelak. Wassalam.
* *
* * * * * * * * T A M A T * * * * * * * * * *
Sebulan selepas kejadian tu saya bebas dari telefon. Bulan Julai baru
saya beli handphone baru menggunakan duit saya sendiri J
No comments:
Post a Comment