Monday, 21 January 2013

Cosmo World, Berjaya Times Square Theme Park.. We're here!


Hai. Nak tanya.. Korang pernah pergi tak Berjaya Times Square punya theme park? Alaa. 

Cosmo world tuh yang macam funfair tapi indoor punya? Mesti best kan? Saya ni nama je 

duduk Kl, Kota Metropolitan tapi baru kali ni dapat pergi. Hahaha. Excited juga laa masa 

planning tu hee~ Asalnya nak pergi Sunway Lagoon, yela complete sikit dekat sana ada 

Water World dengan Theme Park kan tetapi memandangkan saya ni ada masalah sedikit 

dengan pengangkutan..tukar pula kepada pergi Zoo Negara yang terletak berhampiran 

dengan rumah saya tapi cancel jugak sebab masa hari nak pergi tu tetiba banyak urusan yang 

perlu dilakukan and semuanya selesai waktu petang. Frust juga masa tu sebab dah plan baik 

punya then terus jela pergi Times Square lagipun memang tak pernah pergi. So, best ke? Hee~













* * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *

Haa. Walaupun Cosmo World ni ada dalam list, tetapi ianya adalah pilihan saya yang kelima 

sebenarnya. Yang pertama nak pergi Sunway Lagoon, kedua Bandaraya Melaka, ketiga Desa 

Water Park, keempat Zoo Negara and kelima barulah Cosmo World. Yang pilihan pertama 

sampailah yang ketiga semuanya bersangkut paut dengan masalah pengangkutan. That’s 

why terpaksa lupakan sahaja hasrat di hati ni. Hoho. So nak dijadikan cerita kitaorang pergi 

tiga orang je.. Saya, adik saya dengan yayang saya. Kitaorang gerak dari Setiawangsa dari 

jam 2 or 3 camtu. Sampai-sampai terus pergi beli tiket untuk masuk Cosmo World. Haa, orang 

yang kat kaunter tiket tu suruh ambil sekali tiket untuk rumah hantu so saya pun beli jela. 

Tiket ni beli sekali je and sah untuk satu hari. So katakan korang datang pagi and tengahari 

tu nak makan ke solat ke boleh keluar janji tak hilangkan wristband tu sebab kalau nak 

masuk balik nanti kena scan balik barcode kat wristband tu.

Homepage Cosmo World KLIK SINI


Antara permainan yang disediakan di Como World


Cosmo World :)


Haa. Nii harga tiket untuk individu


Ni harga tiket untuk keluarga (save sikit)


Ini harga istimewa untuk Warga Emas dan mereka-mereka yang istimewa


Operation hours :)



 Masuk je Cosmo World sistem dia sama macam Sunway Lagoon.. Kena pakai wristband yang 

ada barcode untuk masuk dan keluar. Masuk je kitaorang terus main Spinning Orbit yang

 start dari bawah and dia akan naik atas perlahan-lahan sambil berpusing sampai laa turun 

bawah semula. Haa. Yang tu laa paling saya takut sebab terasa sungguh ketinggian tu and 

dalam keadaan berpusing pulak kan rasa macam nak tercampak keluar dari tempat duduk 

ouh! Siyes tak tipu tapi adik saya buat relaks buat cool je main benda tu.

Ni laa Spinning Orbit nya :) Ada 48 seat, berpusing pada kelajuan 10rpm pada ketinggian 30m! Haa Mana taknya!



Then kitaorang main TOMAHAWK. Kalau kat Sunway Lagoon tu laa nama dia kalau kat 

Cosmo World nama dia Space Attack. Haa, yang ni adik saya hampir pengsan masa benda tu 

berpusing 360 darjah. Takut kot dia pengsan, saya suruh dia pejam mata je. Yang tak boleh 

blah masa sebelum start tu saya suruh dia dok sebelah mana laa tahu kot saya takut boleh gak 

pegang tangan dia kan tapi dia tak nak dia cakap dia nak duduk berhadapan dengan saya so 

dia boleh tengok muka saya yang ketakutan! Ehh, sekarang siapa yang takut sampai nak 

pengsan? Kahkahkah. Tapi memang keluar airmata juga la masa main permainan tu sebab

 masa kat atas yang dia dok stop tu rasa macam nak tercampak ke bawah. Masa dok main tu 

fikir gak pasal movie Final Destination 3 tu! Haaa. Gilaa wehh.

Game ni namanya Space Attack. Permainan ni macam pendulum yang akan berpusing 360 darjah kedepan dan kebelakang pada ketinggian 20m.



Yang ketiga baru my yayang join. Dia tak join game-game lain sebab takut dia pening. Kang 

dia pening siapa pulak nak pikul dia balik, haa naya nanti. Yang ketiga budak-budak pun 

boleh main janji cukup ketinggian. Kalau tak cukup tinggi tak boleh main Robo Crush 

ni..Kalau nak jugak main langgar-langgar main lah Honey Bump :) Tu je laa. Tapi tak tahan 

sebab bau geseran besi dengan besi! Hmph -.-“

Haa. Jangan nak langgar-langgar orang sebab takut tersangkut buang masa kat situ je. Takde pedal minyak dan pedal brek. Automatik berhenti bila berlanggar! Hahaha!



Yang keempat main game yang hampir sama dengan game yang pertama tadi cuma lebih

 rendah dan lebih selamat sebab duduk dalam ‘kereta’ hahaha XD Game ni nama dia Dizzy

 Lzzy. Best laa jugakk. Rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak.

Ni lebih kurang macam Spinning Orbit tadi cuma saya rasa lebih selamat sebab tak tinggi sangat



Then kitaorang naik atas sebab nak try main Supersonnic Odessey atau Roller Coaster tetapi 

cancel dulu sebab line panjang beno sebab Roller Coaster tu tak dibenarkan beroperasi sebab ada 

budak perempuan berbangsa India kata masa dia naik Roller Coaster tu penghadang dia tu tak 

berfungsi. Hmph takut jugak sebenarnya. So, kitaorang turun bawah balik sebab nak masuk 

rumah hantu. Takut? Tak pun padahal saya dok menyorong belakang yayang saya and adik 

saya lead kat depan. Takde apa pun. Selaluya kan ada benda yang bergerak ke apa ke tapi 

yang ni tak..patung semata tapi sound dia memang gempak laa! Masa round terakhir, adik

 saya still lead kat depan and dia cakap tak seram pun..Haa masa tu saya perasan ‘guidance’

 untuk tour rumah hantu tu hilang. Dia dok guard kat belakang, mana laa tahu nak buat apa-

apa ke kan.. Tetiba masa nak keluar tu ada satu kerusi. Ada makhluk pakai wigs duduk 

terkaku kat kerusi tu then masa kitaorang nak keluar..dia tetiba bergerak! Haa, DAEBAK! 

Masa tu memang terkejut habis. Salute you bro! Set mind orang nothing actually lives in 

there so bila kitaorang dah set mind camtu tetiba dia surprised kan kitaorang! Hee~


tu bukan orang. Ni patung semata

Haa. Siapa awak nak takutkan saya :)



Pastu kitaorang naik Ooort’s Express yang dia dok berpusing dengan laju tu. Haha kering air 

liur masa naik benda tu sebab dok gelak je and mata pun pedih sebab asyik kena flash camera 

je. Hmph -.-“

Yang  ni lebih kurang macam Merry Go Round dan dia ni berpusing pada kelajuan 17rpm



Last sekali kitaorang naik Roller Coaster. Tak payah tunggu lama. Masuk line, berdiri terus 

dapat seat. Hee~ Nak enjoy naik roller coaster tu tapi tak berapa sangat sebab kepala saya dok

 berlaga dengan penghadang and masa dia pusing 360 tak boleh nak angkat kepala..lagipun 

roller coaster tu laju sangat and trek pun pendek so rasa sangat sekejap.

Trek Roller Coaster indoor terpanjang di Asia Pasifik dengan panjang 800m. Mempunyai 48 tempat duduk dan kelajuan maksimum adalah 80kmph

Ni gambar yang kitaorang sempat ambik masa kat Cosmo World J




















Tak banyak snap gambar sebab enjoy sangat masa tu J


* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *

Apa-apa pun sangat seronok pergi Cosmo World and do enjoy my day there J Thank you 

Cosmo World for the fun. Hope will come back one day :)

No comments:

Post a Comment