Hai. Kali ni nak cerita pasal saat-saat Monday
Couple bersama. Well, selalunya saya buat video je pasal Monday Couple sebab
kalau dibaca mungkin apa yang saya tulis tak fit dengan situasi tu. Anyway, I
tried my best to write about Monday Couple. Anyway, Monday Couple Jjang!
*Tiada
Al-Kisah. Untuk memudahkan anda mengingati semula episod yang saya olahkan
semula..saya sertakan sekali episod, landmark dan juga tetamu J Hope enjoy :*
Episod 4, Gwacheon National Science
Museum, Nichkhun 2PM & Jessica SNSD
Ketika Gary sedang fokus unuk melontarkan roket
Joong Ki, Ji Hyo datang menyelinap ke sebelah Gary untuk membuat kejutan
terhadapnya. Gary yang terkejut dengan tingkah laku Ji Hyo kelihatan malu dan
hairan dengan Ji Hyo.
Episod 8, Seoul Museum of History,
Victoria, Park Joon Kyu & Lee Joon
Suk Jin bertanya kepada Ji Hyo tentang perkara apa
yang dia mahir dan bagus? Ketika Ji Hyo sedang berfikir, Gary serta merta
menjawab.. “CINTA”. Gary juga menambah Ji Hyo mempunyai mata yang cantik. Suk
Jin kemudian bertanya samada Gary menyukai Ji Hyo namun Gary yang malu menukar
subjek serta merta.
Episod 10, National Museum of
Contemporary Art, Cha Tae Hyun & Yoon Se Ah
Ketika Ji Hyo perlu dijentik di dahi sebanyak 7 kali
menggunakan chopstick oleh Suk Jin untuk mendapatkan Kupon Bebas Dari Hukuman..
Gary telah menawarkan diri untuk menggantikan Ji Hyo namun ditolak oleh Ji Hyo.
Ketika mereka disuruh memilih seorang ahli dalam
setiap kumpulan untuk tinggal dan ahli-ahli yang lain keluar mencari lukisan..
mereka terus memilih Ji Hyo dan Gary. Setelah ahli-ahli yang lain
keluar..tinggallah Gary dan Ji Hyo berdua. Mereka berdua kelihatan kekok namun
saling mencuri pandang sesama mereka. Gary kemudian berjalan ulang alik di
belakang Ji Hyo dan menutup matanya secara tiba-tiba untuk bergurau dengannya
namun itu hanya membuatkan Ji Hyo menjadi lebih kekok. Gary kemudian bertindak
keluar untuk membelikan Ji Hyo kopi ais. Ji Hyo yang terharu dengan usaha Gary
mengambil lagi satu cawan untuk berkongsi minuman. Setelah selesai minum..Ji
Hyo bertanya bilakah Gary mahu berkahwin kerana Gary sudah berada di usia
pertengahan 30-an. Gary kemudian menjawab dia tidak merancang untuk berkahwin
lagi. Gary bertanya Ji Hyo kembali adakah Ji Hyo mahu berkahwin cepat? Ji Hyo
ketawa. Ketika mereka berdua keluar untuk mencari lukisan yang dimaksudkan oleh
ahli kumpulan mereka.Gary telah mengambil gambar Ji Hyo.
Episod 11, Seoul Central Post Office,
Jung Yong Hwa & Kim Jae Dong
Ketika Jae Suk sedang bercakap dengan Gary di awal
rancangan, Ji Hyo segera melangkah keluar untuk memandang Gary seakan-akan memberi
perhatian kepadanya. HaHa kemudian terus menyakat Ji Hyo dengan Gary. Gary
kemudiannya mencadangkan kepada Ji Hyo untuk melangkah ke belakang untuk saling
memerhati selepas ini. Cadangan Gary membuatkan Ji Hyo hilang kata-kata.
Ketika misi mengenakan Gary.. Ahli-ahli Running Man
menggunakan Ji Hyo sebagai salah satu cara untuk mengalih perhatiannya. Gary
yang malu tapi mahu duduk bersebelahan dengan Ji Hyo. Ketika Kwang Soo sedang
cuba mencalit dakwat di pipi Gary.. Ji Hyo megalih perhatian Gary dengan
mencalit dakwat di pipinya dahulu. Gary terkejut dan bertanya kenapa dia
berbuat begitu? Gary juga turut mencalit dakwat ke pipi Ji Hyo.Perhatian dan
emosi Gary telah dialihkan kepada Ji Hyo. Yong Hwa yang kemudiannya cuba
‘membersihkan’ kesan dakwat yang dicalit Ji Hyo telah dihalang oleh Gary kerana
Gary ingin menyimpan kesan dakwat itu sehingga esok. Gary juga turut mengajak Ji
Hyo untuk bekerjasama untuk mendapatkan Running Ball. Ketika Gary dan Ji Hyo
menjadi peserta terakhir..mereka berdua diminta memberi ucapan. Ji Hyo berkata
yang dia akan mencuba sebaik mungkin dan Gary pula berkata yang dia akan cuba
sebaik mungkin untuk memberikan kemenangan kepada Ji Hyo kerana Ji Hyo
menginginkan kemenangan namun Gary hanya mahukan Ji Hyo. Setelah misi sebenar
didedahkan, Gary kelihatan kecewa dengan Ji Hyo kerana Ji Hyo telah
mengelirukan perasaannya.
Ketika giliran Ji Hyo untuk mengambil kotak tanpa
menjatuhkan kotak-kotak yang lain tipis.. Ji Hyo mengeluh dan berkata alangkah
bagusnya jika dia dapat menggunakan kuasa Jong Kook. Mendengar kata-kata Ji
Hyo, Gary berasa sedih dan bertanya siapa dia pada diri Ji Hyo. Gary dengan manjanya
memberitahu Ji Hyo bahawa dia juga belajar boxing. Jadi, Ji Hyo menggunakan
bantuan dari Gary. Melihatkan peluang itu, Jong Kook mencadangkan kepada Ji Hyo
supaya memenuhi permintaan Gary sekiranya dia berjaya mengalihkan kotak
tersebut. Gary mencuba sehabis baik namun gagal tetapi Ji Hyo melompat gembira
kerana tidak perlu menunaikan permintaan Gary.
Episod 12, Seoul Design Fair,(tiada
tetamu)
*Happy
Birthday Joong Ki oppa. <3 :D
Ketika mereka sedang bersedia untuk bermain ‘kad
pencuri’Joong Ki menyentuh pipi Ji Hyo. Gary yang sentiasa peka terus bertanya
apa yang sedang Joong Ki lakukan namun Joong Ki seakan-akan tidak mengambil
peduli dengan soalan Gary itu dan itu membuatkan Gary bertambah stress. Joong
Ki kemudian meminta maaf tetapi Jae Suk menggusarkan hati Gary dengan berkata
walaupun cinta itu baik dan bagus tetapi kalau tiada jodoh tetap tiada guna
namun Gary dengan yakin menjawab yang dia tidak akan berputus asa terhadap Ji
Hyo.
Ketika permainan kejar mengejar..Jong Kook telah
mengarahkan Gary untuk menangkap Ji Hyo namun Gary telah mengingkari arahan
komander Jong Kook dengan memberi alasan Ji Hyo berlari lebih laju darinya
sedangkan Jong Kook nampak Ji Hyo di depan matanya yang berada dalam keadaan
selesa. Perbuatan Gary itu membuatkan Jong Kook sendiri menangkap Ji Hyo. Gary
yang melihat Ji Hyo ditangkap bergegas ke arah mereka. Jong Kook kemudian
mengarahkan Gary untuk mencabut tanda nama Ji Hyo sementara Jong Kook dan HaHa
menangkap Joong Ki. Setelah ditingglkan berdua, Ji Hyo merayu kepada Gary
supaya dilepaskan. Mereka kemudian berjalan berdua-duaan di atas padang di
dalam hujam sambil membincangkan tawaran masing-masing. Gary yang mahu
melepaskan Ji Hyo meminta Ji Hyo supaya tidak memberitahu Jong Kook dan Ji Hyo
bersetuju dengan syarat Ji Hyo memberikan nombor telefonnya kepada Gary.
Setelah ‘memeterai’ perjanjian bersama di dalam hujan, Gary melepaskan Ji Hyo
pergi.
Episod 13, SBS Broadcast Centre, Jang
Dong Min & Lizzy
Ketika mereka sedang bermain permainan menyambung
perkataan, Ji Hyo yang telah terkeluar lebih awal membantu Gary menyambung
perkataan dengan menyebut “CHAL – DDEOK”. Seterusnya, ketika perkataan JI
sampai ketika giliran Gary.. Gary terus menyebut “JI HYO”.
Sampai
di sini dahulu. Tetapi jangan risau.. Entri ini akan disambung J Terima kasih kerana sudi
meluangkan masa membaca olahan semula saat-saat Monday Couple bersama. Teruskan
menyokong Monday Couple! Monday Couple Jjang! Bye.
p/s: Gambar lain akan di-upload kemudian. Slow connection. Sorry readers.
No comments:
Post a Comment