Hai. Entri kali ni agak menyedihkan bagi
sesiapa yang menyayangi kucing. Kenapa? Sebab saya telah ditemukan dengan
kucing yang bernasib malang. Sedihnya hati sehingga menangis beberapa jam
melihat nasib kucing ini. Apa jadi kat kucing ni? Meh saya cerita.
* * * * * * * * * * A L – K I S A H * * * * * * * * * *
Ahad, 30 Jun 2013, Jam0530. Saya terdengar
bunyi anjing meyalak. Pada mulanya saya biarkan sahaja kerana sudah biasa
dengan bunyi salakan anjing sebelum matahari terbit ni. Then, a few minutes
later.. Saya terdengar bunyi kucing..bukannya bunyi kucing yang sedang bermanja
atau bermain tetapi bunyi kucing yang sedang marah atau diancam. Sebelum ni
saya tak pernah berdepan dengan situasi begini walaupun anjing-anjing liar
kerap berlegar-legar di sekitar rumah pada waktu malam (siang pun ada). Ingat
nak biar je.. Tapi entah macam mana teringat si Opie yang keluar dari petang
tak balik-balik. Walaupun saya tahu itu bukan Opie tapi entah macam ada
magnetic force yang suruh menjenguk melihat keadaan itu.
Saya pun jenguk lah dari tingkap bilik. Dari
jauh kelihatan beberapa ekor anjing di atas bukit berhampiran. Bunyi kucing dan
anjing tum akin kuat dan kerap pula. Dalam hati mengatakan yang anjing-anjing
tersebut sedang mengerjakan kucing itu tetapi jauh di lubuk hati berharap yang
ianya tidak benar. Jadi, saya pun ambil handphone untuk menyuluh ke kawasan
bukit itu namun masih tidak nampak apa-apa.
Saya nekad untuk keluar rumah dan melihat apa
yang terjadi. Just in case, bawak paying kot-kot apa-apa terjadi nanti. Sampai
je kat bukit tu, nampak tiga ekor anjing sedang melarikan diri mereka. Tapi,
bayang kucing tu tak kelihatan. Saya pun suluh ke bawah bukit dan saya melihat
seakan-akan seekor kucing berwarna putih sedang terbaring lemah. Saya segera
turun ke bawah bukit untuk melihat dengan lebih jelas. Alangkah sedihnya hati
ni bila melihat apa yang saya sangkakan itu benar belaka. Seekor kucing betina
yang sedang bunting terbaring lemah di kawasan semak. Saya ingin menolong
kucing tersebut tetapi bimbang sekiranya saya mengangkat kucing itu keadaan
kucing itu akan menjadi semakin teruk. Saya cuba memegang kaki hadapannya namun
kucing tersebut mendengus kesakitan. Saya tidak tahu mahu berbuat apa masa tu.
Jadi, mahu tidak mahu, saya tetap mengangkatnya ke sebuah meja berhampiran.
Saya menyuluh badan kucing tersebut..
terdapat luka di badannya walaupun tidak berdarah. Kukunya ada yang patah
kemungkinan cuba melawan anjing-anjing tersebut. Ekornya kembang seakan-akan
masih takut. Saya hanya mampu berdoa ketika itu supaya Allah memanjangkan umur
kucing tersebut sekiranya itu yang terbaik untuk kucing itu.
Saya segera membawa dia ke rumah. Tetapi saya
letakkan di luar rumah dahulu kerana badannya masih basah terkena air liur
anjing. Saya masuk ke rumah untuk membasuh tangan dahulu. (Sertu akan dilakukan
kemudian) Saya kembali melihat kucing tersebut..Kucing tersebut sedang nazak..
Bercucuran air mata melihat keadaannya yang cuba bernafas. Kelihatan satu
bonjolan besar di bahagian badannya setiap kali ianya cuba bernafas. Beberapa
minit kemudian, nafas kucing itu berhenti.
Saya cuba menggerakkan kucing tersebut dengan
harapan dia akan kembali namun hamba Allah yang kecil ini telahpun mati. Saya
tidak dapat menahan airmata melihatkan kucing tersebut mati di hadapan mata
saya. Saya ingat kucing tersebut akan mampu pulih seperti sedia kala
memandangkan tiada luka teruk di bahagian luar badannya namun sangkaan saya
salah kerana saya melihat darah mengalir keluar dari mulut kucing tersebut
semasa dia mati. Mungkin ada pendarahan dalaman kot anjing-anjing itu melambung
dan menghempaskan kucing itu ke tanah.
Ketika itu jam hampir jam0600. Masih gelap
untuk ke belakang rumah untuk tanam kucing tersebut. Saya hanya mampu balutkan
kucing tersebut dengan surat khabar dan plastik just prepare kot berbau sebab
kucing ni sebelum dia mati ada poops yang keluar sedikit. Nak tutup mata dan
mulut kucing tu hanya dapat separuh sahaja.
Jam0730, hari dah terang.. Saya pergi ke
belakang rumah untuk menanam bangkai kucing tersebut. Sedih hati sebab kat
kawasan tu jugalah saya tanamkan burung tiung dan burung perling mata merah
yang pernah saya bela.
Ya Allah. Please protect my missing kitties
out there. Let them be safe wherever they are. I miss them so much and for the
Mama Cat, I’m sorry for not being there earlier. If I go there straight away
after hearing you, you might survive and give birth to your beautiful kitties.
I’m really sorry! And for Opie and Mama Pipok, just stay at home after this. I
will not let you go out after this.
* * * * * * * * * T A M A T * * * * * * * * * *
*Tak tahu
sama ada kucing itu mempunyai tuan ataupun tidak. Melihatkan kucing itu
mempunyai bulu yang lawa dan cantik seakan-akan ada tuannya tetapi entahlah. For
my neighbours yang duduk area Keramat, kot ada hilang kucing betina berwarna
putih, ekor berwarna perang kehitaman.. Maafkan saya, saya tak sempat
menyelamatkan kucing anda.
**Gambar? Later. Masih sedih untuk upload!
Hi awak.. Kucing saya baru je dijumpai mati sekitar jam 3 pg. N yes dia tgh bunting. We call her Kim.. Mlm td sekitar jam 1130 mlm, ayah x sengaja terlanggar Kim guna moto sebb keadaan gelap n yet Kim suka main kat bukit juga. Rumah kami ada bukit kecil n kene turun bukit tu tuk sampai rumah. Sblum turun bukit tu ada selekoh. So Kim x jelas sgt. N ayah btol2 rs bsalah. Kim pecah ktuban n paling sedeh, kim pun kluar air mata time urut2 dia mlm td. Skitar jam 3 pg, ayah xleh tido n nak p check Kim. Tp Kim dah xde. Sedih sgt n nangis pn sembunyi2 sbb xnak ayah rasa bsalah. But yes, still deeply sad. Sbb tu try google pasal kucing y mati time bunting. Septutnya Kim akan ada babies in few days sbb skrg dia dh srat. X sangka ending camni.. sedeh sgt2. X leh nak tangkap gmbar dia y terakhir sebb mmg sedeh.. x sangka sgt dia akan pergi dgn babies skali. Sempat main perut kim tuk rasa babies movement. Btp excited nak sambut babies Kim. Kim kucing berbulu belang hitam. Lupa nak mention. Huhu.. btw, Thanks for the writing. Atleast i have the place to share ;)
ReplyDeleteEmiey