Sunday, 30 June 2013

Proses Untuk Mendapatkan Lesen Memandu

Hai. Ni nak cerita pasal proses untuk memperoleh lesen memandu di Malaysia. Saya buat entri ni sebab adik perempuan saya sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen bagi kelas B2 tetapi sangkut sebab masih tidak lulus Ujian Bahagian 1 which is Ujian Berkomputer. Well, nak dapatkan lesen ni sebenarnya mudah tetapi tanggungjawab setelah mendapatkan lesen itu amatlah berat. So, kalau korang rasa korang tak bertanggungjawab, tak payahlah menggatal nak bawak apa jua kenderaan bermotor di atas jalan raya kerana dikhuatiri akan menyusahkan orang lain pula.

 * * * * * * * * * *  A L - K I S A H  * * * * * * * * * *

Well, perkara pertama yang korang perlu lakukan untuk mendapatkan lesen memandu yang sah di Malaysia ini adalah dengan mendaftar di mana-mana institut memandu yang korang tahu. Sekarang ni dah banyak institut memandu dan bermacam-macam pakej yang diaorang tawarkan untuk menarik minat para pelanggan jadi bergantung pada korang la nak pilih institut memandu yang mana. Macam saya dulu, saya ambil dekat IMKEDA AU3 je sebab dekat dengan rumah. Tak payah pergi jauh-jauh. Lagipun, dulu mak saya ambil dekat situ juga so tiada masalah la.

Selepas korang mendaftar, korang kena la buat pembayaran yang ditetapkan oleh institut memandu yang korang daftar. Macam IMKEDA, saya ambil lesen D jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM780 (tidak termasuk bayaran lain-lain). Tapi saya tak adalah bayar penuh cuma bayar RM500 dahulu. Bakinya saya selesaikan sebelum Ujian Bahagian II dan III. Lepas dah bayar, korang kena pergi menghadirkan diri ke kelas KPP lima jam. Dalam kelas KPP ni akan diterangkan sedikit sebanyak mengenai peraturan jalan raya dan proses-proses untuk mendapatkan lesen memandu. KPP ni macam ceramah juga laa, luckily masa saya dapat penceramah yang kelakar and sporting so tidak beberapa mengantuk la.

Next step, lepas korang dah menghadirkan diri selama 5 jam di kelas KPP, korang perlu menduduki Ujian Bahagian I iaitu Ujian Berkomputer. Ramai juga yang tidak lulus so, korang kenalah study and fahamkan betul signboard and beberapa perkara lagi tentang peraturan jalanraya di Malaysia. Janganlah buang duit dok repeat benda yang sama sedangkan korang boleh lulus sekali untuk mendapatkan benda yang sama. Markah lulus 42 dari 50. Saya dulu dapat 48 while my parents dapat markah penuh. Hmph (tak dapat nak beat their scores!) Salah dua soalan dekat bahagian A which is signboard. Maybe over-confident or confused dengan jawapan yang seakan-akan sama maksudnya. Oh ya, sebelum korang menduduki ujian Bahagian I ni, korang perlu membayar RM10 untuk gambar yang akan ditangkap untuk urusan JPJ sekiranya lesen kita hilang kemudian hari atau apa. Eh, walaupun korang bayar dan tangkap gambar pada hari Ujian Bahagian I, korang takkan dapat gambar tu tau sebab terus masuk dalam sistem. Hee. Oh ya, sebelum korang jawab ujian Bahagian I, korang perlu menjawab soalan warna dengan betul. Kalau salah satu je pun, nama korang akan terus di-blacklist di JPJ yang akan menyebabkan korang hilang layak untuk mendapatkan lesen. Sekiranya korang nak clearkan balik nama, korang kena jumpa doktor untuk mengesahkan yang korang ni tidak mempunyai masalah penglihatan. Dah satu hal lagi nak kena buat kan?

Sekiranya korang lulus Ujian Bahagian I, korang perlu menghadiri kelas Teori untuk kelas kenderaan yang korang pohon. Kali ini, tiga jam ceramah mengenai asas-asas kenderaan. Kalau kelas D macam saya dulu, penceramah akan memberitahu maklumat dan pengetahuan kepada kita bakal pemandu di jalan raya tentang komponen-komponen kenderaan dan juga kegunaannya. Selepas tu, korang kena hadiri kelas amali selama tiga jam juga. Macam saya dulu, tak sampai tiga jam pun sebab saya sudah faham dengan apa yang disampaikan oleh Cikgu Atemar atau lebih senang dan mesra dipanggil Cik Man. Tapi, kalau korang tak faham juga walaupun dah tiga jam kelas amali, kelas tu tetap akan di-extend! Haa, dah parah pula kan nak kena dengar ceramah lagi. Eh lupa, kelas amali takde ceramah sangat cuma kita diberi pendekatan lebih dekat dengan komponen-komponen kenderaan. Kalau nasib korang bagus, dapatlah belajar tukar tayar. Macam saya dulu, tak ada tukar tayar pun cuma dapat tengok bahagian enjin, fan and blablabla..

Lepas dah selesai enam jam kelas asas pengetahuan memandu.. Korang akan memperoleh lesen L yang membolehkan korang belajar memandu kelas kenderaan yang korang daftar. Kalau D, boleh bawa kereta dah la tetapi setakat belajar di litar memandu. Kalau nak bawak di luar, korang perlu bawa kenderaan yang diwartakan oleh institut memandu sahaja dan tenaga pengajar yang bertauliah perlu ada sekali. Lesen L ni valid dalam masa tiga bulan sahaja. Jadi, korang perlu mendapatkan lesen P dalam masa tiga bulan dan sekiranya gagal, korang perlu memperbaharui semula lesen L korang sehinggalah korang memperolehi lesen P. Lepas dah dapat lesen L ni, korang perlu belajar memandu selama 10 jam sekurang-kurangnya untuk membolehkan korang menduduki Ujian Bahagian II dan III. Tapi, katakan lah kalau dah cukup 10 jam and korang dah yakin yang korang dah boleh memandu, korang tak perlu menambah jam untuk memandu lagi tetapi sekiranya anda mahupun tenaga pengajar tak rasa yang anda boleh memandu lagi maka korang perlu menambah jam memandu lagi. Oh ya, masa saya dulu enam jam di litar memandu dan baki empat jam diteruskan di litar memandu di kawasan yang akan diuji oleh pegawai JPJ untuk membiasakan diri kita dengan jalan-jalan dan situasi sebenar ketika Ujian Bahagian II dan III.

Lepas korang dah confirm tarikh untuk ambil ujian Bahagian II dan III which is test JPJ.. Korang akan ke litar ujian sebenar untik diuji oleh para pegawai JPJ. Untuk Ujian Bahagian II anda akan diuji di bukit, parking dan juga 3 penjuru. Oh ya, sekarang dah tak ada tiang so korang kena lebih berhati-hati la yaa. Masa saya test Bahagian II dulu, saya buat bukit dua kali sebab masa kali pertama naik bukit, tayar hadapan tak sampai di garisan. Katanya 50 masuk 50 keluar. So, kalau berhadapan dengan situasi macam ni, korang kena la turun ke bawah bukit semula dan naik ke bukit sekali lagi. Oh ya, hanya dua kali percubaan je tau dan masa diberi tiga minit sahaja. Katakanlah macam saya dulu, kali pertama tak sampai then saya turun..saya naik atas bukit semula tapi tayar masih tidak berada di atas garisan, tetap GAGAL tetapi Alhamdulillah kali kedua berjaya. Menggigil juga la tangan dengan peluhnya lagi. Padahal masa sebelum naik kereta tu takde la nervous macam tu. Haha penangan Ujian JPJ punya pasal. Then, lepas korang lepas buat bukit, korang kena buat parking. Parking lima minit sahaja tau. Lebih lima minit dan masih tidak selesai meletakkan kenderaan anda di dalam petak anda dikira GAGAL! Korang kena park betul-betul jangan bagi mana-mana bahagian kenderaan keluar dari garisan kuning kalau tidak anda GAGAL! Lepas korang lulus parking, korang dikehendaki membuat pusingan tiga penjuru. Masa tiga penjuru ni JPJ dah kira tutup sebelah mata dah janji korang tak langgar apa-apa masa tu. Lupa pula, katakanlah semasa ujian anda melanggar sesuatu, anda tetap dikira GAGAL!

Setelah selesai Ujian Bahagian II yang mendebarkan, jangan fikir anda boleh bertenang, Masih ada Ujian Bahagian III yang memerlukan korang memandu di jalanraya sambil diuji oleh pegawai JPJ yang duduk bersebelahan dengan korang. So, kena laa bawak dengan penuh berhati-hati dan berhemah. Tak payah nak potong kenderaan lain walaupun kenderaan di hadapan lebih perlahan dari kura-kura sebab kalau korang buat macam tu, korang akan kehilangan 1 markah kerana memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Ouh, markah lulus 16 daripada 20 markah. Masa saya dulu dapat 18, ayah saya 17 dan emak saya 16. Hihi. Puas hati dapat beat markah diaorang. Kekeke XP Masa tengah tunggu giliran nak ambil Ujian Bahagian III tu, nampak punyalah banyak kenderaan yang dipandu pulang oleh pegawai JPJ yang menandakan anda GAGAL! Takut juga tetapi Alhamdulillah lulus juga. Seperti biasa, kat traffic light yang pertama, semasa latihan dan juga ujian..Enjin kenderaan mati sebab lift clutch more than accelerator. Hee, takut juga pegawai tu suruh berhenti lepas tu tapi nasib baik dia okay je. Dia tahu saya gelabah sebab kereta saya paling depan sekali and sebelah kereta saya adalah bas. Mana tak gelabah. Haa.

So, kalau lulus semua ujian-ujian tersebut maka anda akan memperoleh Lesen P yang sahlaku sehingga dua tahun. Jadi selama dua tahun juga lah anda perlu menampal pelekat P di kenderaan anda (:

So kepada korang yang ingin atau sedang mengambil lesen, semoga berjaya memperolehi lesen dengan sekali percubaan dan kepada yang dah dapat lesen tu jangan lupa diri. Lesen tu sebenarnya satu tanggungjawab. Jadi pemandu yang berhemah agar kadar kemalangan jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan :D

 * * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


*Terima kasih Cik Man sebab dah ajar saya sampai saya berjaya dapat lesen P (: Takkan lupa Cik Man sebab cik man ajar saya dan juga Cik Man pernah meniaga sayur menggunakan lori masa saya kecil-kecil dulu :P

30 comments:

  1. Salam, mcmne sy nk dpt no contact jurulatih memandu imkeda au3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat respons.
      Ini num jurulatih saya dahulu, Encik Atemar. 012 262 6689.
      Num IMKEDA for 03 4108 6816 ((:

      Delete
  2. Biasanya di mana nak dapatkn lesen L??

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mana mana institut memandu ada pakej untuk lesen L. cuba lah tanya kat manamana institut yang berdekatan ((:

      Delete
  3. Awak..LPs lulus test komputer...kita Kena nadir kelas amali 3jam...pastu berapa lama yer nk tunggu proses Lesen L dikeluarkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti laa. Masa saya dulu sebelum seminggu dah dapat dah. Cuba tanya dengan institut memandu ((:

      Delete
  4. Awak SYA nk tanya lps lulus ujian komputer...kita kena hadir kelas amali3 jam...br Lesen l dikeluarkn....boleh SYA tau masa awak dulu berapa lama ye proses l dikeluarkn...SYA risau lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa pulakk risau? Rasanya tak lama. Sebab saya sendiri pun tak sampai seminggu dah keluar lesen L. Lesen P, tiga hari lepas lulus JPJ dah dapat dah ((: Cuba tanya ((:

      Delete
  5. nak tanya..nk tambah jam tu kena tambah duit sama ke?means abis jam yang kita bayar mula2 tapi still tak lulus..so nk tambah jam kena bayar ke

    ReplyDelete
  6. Ingin dapatkan Lesen Memandu di kawasan UITM shah alam boleh hubungi
    hp : 012-2663123 (lili) , 017 3656292 (abg wan) line , wechat , whatsapp

    https://institutmemandu-belajarmemandu.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. slm,nak tanye...from start sampai dapt lesen p awak buat berape lame ek? sy urgent nak ambik,tp ade 1bulan je ni :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ((; Ekk, saya dulu banyak postpone sebenarnya. Well, sebulan lebih jugakk rasanya kalau total semua. Cuba cakap kat kerani institut memandu nak kann kelas yang cepat and gap tak jauh. Well, kalau nak cepat just make sure takde nak kena repeat pape laa. Cuz, all that take time and money ((; Good luck yaawww ((;

      Delete
  8. Semua urusan pergi balik ke JPJ tu masa teori and amali, kita naik kenderaan yg disediakan driving school ke? oh ya, kelas KKP dan Ujian berkomputer tu buat terus dalam satu hari ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya naik kenderaan yang disediakan oleh pihak IMKEDA AU3. Tapi, kalau ikut 'RUNNER', balik tu punn kena tunggu semua candidates settle test baru boleeh balik. So, kira setengah hari jugakk laa tunggu padahal giliran batch 3. Yang KPP n Ujian berkomputer tuhh takde boleh buat satu hari sebab habis kelas KPP punn petang. Yang Ujian berkomputer dengan kelas Teori tuhh rasanya boleh ((; Good luck ((;

      Delete
  9. Saya nak tanya kenapa Lesen L saya belum dikeluarkan?? Saya sudah lulus dan tarikh lulusnya ialah 13 december. Sehingga sekarang saya belum dapat kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh? Tak dapat lagi? Setahu saya paling lama punn seminggu. Ouh, biasalah kott time cenggini kan ramai yang berebut amik lesen.. So, mungkin lambat. Tapi, macam lambat sangat je. Call institut memandu tanya. Cakap je urgent. Good luck ((;

      Delete
  10. Sya nk tnya..sya lulus ujian jln rya tpi xlulus ujian kt litar..so klu sya nk wat kt institut mmndu tmpt lain bleh ke..kiranya just test litar je an? Sb sya xder msa nk wat insitut yg lma uh blik..

    ReplyDelete
  11. Hai. sy blaja dkt imkeda jgk. tp bahagian cheras. dulu byr rm350 untuk ujian undang2 n lesen L. then skip tak smpai setahun br dpt blaja memandu.skrg dah byr rm710. total dgn lesen L rm710 + rm350 = rm1060. padahal amek lesen D je kot. knp mahal sgt eh? dah kena tipu ke mcm mana ni? adehhh. pastu nk amek lesen motor dia suruh hold dulu. hbskan kereta la apa la. lg lah dia nak ketuk tu. then dia kata kalau dah lps test jpj kena byr rm70 lg untuk buat lesen tu. adehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahalnya Cik Tiraa. Ada resit ke? Asal kena tambah rm350? Ouh, sebab lesen L dah tamat tempoh kott. Lesen L kann tiga bulan je. Tapi takkan renew sampai ratus? Kopak poket gitu! Kenapa tak tanya bayaran tuhh untuk apa? Sebab dulu saya punn postpone gakk tapi takde pulakk kena tambah pape. And lepas test jpj tuhh lulus saya tak payah bayar pape sebab before tuhh saya dah settlekan semua payment. Lepas lulus, tunggu beberapa hari dah pegang lesen P da punn. Lagi satu rasanya boleh je buat sekali lesen motor tuhh. Nak kata kena tipu pun tak berani nak cakap sebab saya punn tak berapa faham situasinya. Try tanya diaorang. Kalau betul tipu, then take action laa. Ingat sesenang je nak makan duit orang cenggitu? Goodluck yaa. Kalau sudi, bagtahu update.

      Delete
  12. hai saya nak tanya saya dah buat kursus kpp bulan june 2013 .. tapi sampai sekarang xbuat ujian komputer lg sbb xde masa .. kalau bulan nie saya nak ambil ujian komputer boleh lg ke.. terima kasih

    ReplyDelete
  13. salam.. sy nk tanya biasanya lesen L kena tunggu dia siap berminggu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni nk dpt lsen L mmg agk lme.. 3 mnggu cmtu... Tk tau knape.. Tp klau lsen P nk dpt 2 3 hari je da bole dpt.. tp kne pgy tros bwt kt jpj la.. Cepat Mudah dan Pantas!! Hehehe

      Delete
  14. Salam, nak tanya kalau lesen l b2 nak renew kene bayar berapa ye?

    ReplyDelete
  15. tahniah sudah mendapat lesen =)

    ReplyDelete
  16. Hye. Saya nk tnya. Saya dh lulus ujian jpj kereta. Tp saya still belum pergi ke jpj untuk buat lesen. Xpe ke tangguh? Ke nnt kena repeat lg skali nnt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Settlekan dlm tempoh setahun dari tarikh lulus ujian.

      Delete
  17. emm kalau dah lulus ujian bahagian 1, macam mana kita nak dapat lesen L tu? kita kena mohon sendiri kat institut atau kita kena tunggu pihak jpj call kata lesen L dah siap?

    ReplyDelete
  18. aduh, makin mahal plakk nak belaja memandu nih .....zaman akak dedulu berapa ratus jekkkkk

    ReplyDelete
  19. tgk blog ni, baru teringat kat lesen motor,
    bila tamatnyer eh??
    huhu, kang tak pepasal kena saman.
    (dengan lajunyer melangkah ke motor dan buka seat)
    ~blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete