Monday Couple Moment Together Part 3. Gary dan Ji
Hyo semakin erat dan pelbagai perasaan timbul di antara Gary dan Ji Hyo. Tidak
lupa juga Joong Ki yang sentiasa cuba untuk rapat dengan Ji Hyo. Do enjoy J
Episod 19, The Korea House, Nichkhun
& Lizzy
Ketika Nichkhun disoal oleh HaHa dalam permainan
‘Pengetahuan HaHa’, HaHa telah menanyakan kepada Nichkhun tentang berat Ji Hyo.
Nichkhun meminta supaya dia dibenarkan mendukung Ji Hyo untuk mengagak berat Ji
Hyo. HaHa membenarkannya namun Gary kelihatan tidak bersetuju. Gary kemudian
bertanya samada soalan itu boleh ditukar atau tidak. Ketika Nichkhun mendukung
Ji Hyo, Gary berpura-pura seakan-akan tidak melihatnya.
Episod 20, Korea Meterological
Administration, Lizzy & Hee Chul
Jae Suk bertanya kepada Ji Hyo samada dia berasa
sejuk atau tidak memakai pakaian yang nipis dalam cuaca sejuk. Ji Hyo berkata
ya dan dalam pada masa yang sama Gary kelihatan bimbang mengenai Ji Hyo. Gary
kemudian memberitahu Jae Suk yang rapnya lebih tenang berbanding dahulu kerana
dahulu ketika Gary rapping tangannya akan dihayunkan tetapi kini dia hanya berlagak
tenang seperti nama samarannya Peaceful Gary. Ji Hyo kemudian memberitahu
bahawa Hee Chul boleh meniru gaya rap Gary dengan baik.
Apabila Ji Hyo mencuba alat penipuan, Jae Suk
bertanya kepada Ji Hyo lelaki yang mempunyai gaya seperti Gary ialah lelaki
yang menarik dan Ji Hyo dengan jujur menjawab ya. Jae Suk kemudian bertanya
adakah Ji Hyo tidak menyukai HaHa walaupun sedikit dan Ji Hyo dengan
sekeras-kerasnya mengiyakan dan itu membuatkan Gary tersenyum namun alat
pengesan penipuan menunjukkan yang Ji Hyo sedang menipu dan perkara itu
membuatkan Gary berasa tidak masuk akal kerana dirinya dibandingkan dengan
HaHa.
Ketika permainan kejar mengejar, Ji Hyo yang berada
di tingkat 7 ditemui oleh HaHa. Ji Hyo telah membuli HaHa untuk menyelamatkan
dirinya. Gary melihat gelagat mereka berkira-kira untuk pergi ke arah mereka
kerana Gary tidak mahu melihat Ji Hyo dan HaHa bermesra namun dalam pada masa
yang sama Gary tidak mahu menangkap Ji Hyo. Gary menjadi semakin marah apabila
fikirannya menjadi buntu. Gary mahu dilihat sebagai lelaki yang baik kerana
melepaskan Ji Hyo. Ji Hyo yang kepenatan kerana membuli HaHa meminta agar
dilepaskan namun HaHa menjawab yang HaHa teringin berlakon seperti di dalam
filem. Ji Hyo menggunakan peluang itu dengan menawarkan diri untuk menjadi
pelakon pembantu. HaHa kemudian bersetuju. Gary yang mendengar perbualan Ji Hyo
dan HaHa berasa tidak senang. HaHa dan Ji Hyo mula berlakon. Cerita yang dilakonkan
oleh mereka adalah mengenai seorang pekerja perempuan yang ingin membalas
dendam kerana tidak dipedulikan. Setelah selesai, Ji Hyo kemudian berlari
keluar untuk melarikan diri namun ditangkap oleh Gary yang sedang cemburu. HaHa
yang mendengar kekecohan itu pergi melihat apa yang berlaku. Ji Hyo telah
membuli Gary untuk melepaskan dirinya. HaHa dalam dilema untuk memilih samada
menolong Gary yang merupakan ahli kumpulannya atau Ji Hyo ahli kumpulan lawan
yang telah berlakon bersamanya. HaHa kemudian memilih untuk menolong Ji Hyo.
Gary menjadi kecewa kerana Ji Hyo bermain kayu tiga. Setelah tamat permainan,
Ji Hyo menangis teresak-esak menyesali perbuatannya membuli Gary namun Gary
yang sememangnya tidak kisah tentang itu namun melepaskan geramnya kepada HaHa.
Episod 21, KTX Gwangmyeong Station,
Lizzy & Kim Jae Dong
Ketika kumpulan Ji Hyo dan Joong Ki sedang
berpusing-pusing, Gary turut serta dalam keseronokan mereka.
Ketika Gary sedang sibuk membeli air di mesin, Ji
Hyo yang ingin cepat menyelesaikan misi menolak Gary dan memeluk Gary dengan
segera untuk membiarkan Joong Ki membeli minuman buat kumpulan mereka. Joong Ki
kemudian bertanya samada Ji Hyo mahukan kopi atau koko dan Ji Hyo menjawab koko
dan kemudian Gary menjawab yang dia tidak perlukan apa-apa (kerana Ji Hyo
sedang memeluknya).
Ketika di dalam KTX, ahli yang lain memprotes
kumpulan Jong Kook kerana menghantar ahli yang paling kuat sebagai wakil iaitu
Jong Kook. Ji Hyo kemudian menyebut nama Gary supaya menjadi wakil. Gary yang
mendengar panggilan Ji Hyo bertanya apa yang Ji Hyo mahu cakapkan.
Joong Ki kemudian berkata sekiranya mereka
menghantar Kwang Soo sebagai wakil sudah tentu kumpulan mereka akan kalah jadi
sebagai denda Joong Ki dan Ji Hyo akan ke stesen Mok Po bersama.HaHa bertanya
kepada Ji Hyo tentang keputusannya (dengan cadangan Joong Ki). Ji Hyo tidak
menafikan untuk setuju. Gary yang mendengar kata-kata Ji Hyo memandang ke arah
Ji Hyo sambil berkata apabila mereka berdua tiba di sana mereka akan mendapati
Gary telah berada di sana dahulu dengan menaiki helikopter. Ketika ahli Running
Man sedang berkumpul untuk berbincang mengenai misi 1:9 Jae Dong, Gary perlu
membuatkan Jae Dong berkata “saya cemburukan awak”. Gary berasa sangat susah
lalu HaHa mencadangkan supaya Ji Hyo dan Gary melakukan sentuhan fizikal untuk
membuatkan Jae Dong cemburu namun Ji Hyo dengan pantas mengatakan bahawa mereka
telah putus (kerana kes pengkhianatan pada episod lepas) namun Gary dengan
tenang menjawab “ianya baru sahaja bermula. Ianya tidak putus hanya kerana awak
mengatakan putus. Saya sudah menyatakan yang saya cintakan awak. Saya kelihatan
seperti orang bodoh.”
Ketika Ji Hyo meletakkan tangannya di bahu Jae Dong,
Gary kelihatan cemburu dan bertanya apa yang sedang Ji Hyo lakukan. Ji Hyo
melakukan pelbagai cara agar Ji Hyo kelihatan seperti menyukai Jae Dong untuk
membuatkan Jae Dong mengatakan “Adakah awak berminat dengan saya?” namun Jae
Dong mengatakan sekiranya Ji Hyo tidak mempedulikannya setelah membuat kadar
degupan jantungnya naik, Jae Dong tidak akan memaafkannya. Gary yang mendengar
kata-kata Jae Dong bertanya apa yang Jae Dong cakapkan.
Episod 23, 2018 PyeongChang Winter
Olympics Candidate City, Shim Hyung Rae
Ketika Joong Ki memberi ucapan untuk penutup tahun
2010, Joong Ki telah barkata kepada Ji Hyo untuk tidak bersama dengan Gary pada
tahun 2011 sebaliknya menjalinkan hubungan dengannya yang diibaratkan putih dan
suci seperti salji. Mendengar kata-kata Joong Ki, Gary yang marah bertanya
adakha cintanya untuk Ji Hyo itu kotor? Kemudian, Lizzy menegur Ji Hyo yang
mula memakai topi seperti yang dipakai HaHa lalu HaHa mula mengusik Ji Hyo
dengan bertanya adakah Ji Hyo mencintainya? Ji Hyo memarahi HaHa kerana berkata
begitu. Gary hanya memerhatikan sahaja pertelingkahan mereka.
Ketika giliran kumpulan Ji Hyo untuk melakukan
tugasan di mana Suk Jin perlu menjerit memberitahu petunjuk untuk diteka oleh
Ji Hyo dan Joong Ki dari cable car sementara Ji Hyo dan Joong Ki berlari sambil
mendaki bukit. Joong Ki yang melihat Ji yo semakin kepenatan kemudian memegang
tangan Ji Hyo sambil berlari bersama seakan-akan pasangan kekasih. Gary yang
melihat kelakuan mereka dari atas bukit hanya mampu mengeluh.
Thanks
for supporting Monday Couple. Tak kira la lakonan atau realiti.. Monday Couple
sweet dengan cara mereka sendiri. Monday Couple Jjang!
No comments:
Post a Comment