Alhamdulillah :) Saya telah lulus ujian berkomputer semalam. Walaupun keputusannya tidaklah sehebat keputusan mak dan ayah saya yang mendapat 50/50 tetapi sekurang-kurangnya LULUS :) Berbaloi bersengkang mata menghadap buku memandu and do a lot of question! Target saya untuk ujian berkomputer adalah untuk mendapatkan markah penuh seperti parent saya tetapi saya hanya mendapat 48/50. Tidak mengapalah kerana sasaran sebenar saya adalh untuk lulus ujian berkomputer ni.
Nak dijadikan cerita semalam pagi-pagi lagi terpaksa berjalan 2KM ke IMKEDA Au3 dari rumah saya kerana bas T309 Rapid KL telah pun terlepas di depan mata. Nak buat macam mana. Nak tunggu lagi setengah jam jadi memang tidak sempat lah kerana sudah jam 8.10 pagi. Kakak kerani pesan 8.30 dah ada kat IMKEDA so saya pun berjalan kaki lah menuju ke IMKEDA Au3 bawah sana. So, macam yang saya dah agak bukannya 8.30 pagi tetapi pukul 9.30 pagi pun masih ada lagi yang belum datang. Panas je hati ni. So, around 10.00 am bertolak ke myEG di Danau Kota/ Setapak Indah.
Sampai je di sana, kerani tu memaklumkan bahawa sistem mereka tengah offline hampir 2 jam. Jadi, ramai lah yang menanti giliran untuk booking dan mengambil ujian tersebut. Setelah menunggu hampir 1 jam di myEG Danau Kota, giliran saya untuk mengambil ujian tersebut tiba. Saya telah diarahkan untuk mengunakan PC 3. Alhamdulillah, kebanyakan soalan yang telah saya buat dan kaji keluar di dalam ujian saya. Saya mengambil masa 15 minit untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Hati ini rasa berdebar-debar di saat mengklik butang semak keputusan. Hati saya kemudian berbunga riang setelah melihat keputusan saya. Keluar dari bilik ujian tersebut, senyuman dilemparkan kepada semua orang di situ :) Hehe bangga lah juga kerana telah lulus ujian berkomputer pada kali pertama :)
Walaupun saya sudah selesai menjawab ujian, saya masih perlu menunggu beberapa orang calon lain selesai menjawab soalan barulah saya boleh balik kerana saya datang di situ menaiki van. Bukannya tidak boleh balik sendiri tetapi tak salah rasanya menunggu lagi. Masa menunggu tu sempat juga hantar sms dekat mak and ayah tentang keputusan ujian saya. Hati ini melonjak riang apabila ayah mengucapkan tahniah kepada saya :D Bagi saya itu lebih penting dari hadiah yang akan diberikan kepada saya kerana lulus ujian tersebut :D
Jam menunjukkan jam 12 tengahari. Kami datang ke myEG seramai 9 orang tetapi yang balik menaiki van tersebut hanyalah 4 orang dan dari 9 orang hanya 2 orang yang lulus ujian tersebut. Rata-rata mereka yang gagal ujian tersebut mendapat markah 41/50 jadi mereka mahu mengambil semula ujian tersebut. Oh ya, budak lelaki seorang tu tak boleh ambil ujian berkomputer kerana blacklist JPJ. Saman tak bayar lah kot.
So, hari ahad ni ada kelas amali 3 jam. Akak kerani kata 8.30 pagi dah ada. Akak oii, memang tak lah saya nak tunggu lama lagi. Kelas tu 3 jam je kak. Habis kelas tu pukul 12.30 tengahari kenapa saya nak datang 8.30 pagi sedangkan ramai yang datang pukul 9.00 pagi? Apa-apa pun tengoklah hari ahad ni macam mana. Kot saya ada mood saya datang lah awal kalau tak, pukul 9.00 pagi lah saya datang yaa :P
Ya! Ch'in gu! Annyong hi gaseyo! Na jung e bwae yo!
Hey! Friend! Goodbye. See you later :)
No comments:
Post a Comment