Assalamualaikum. Kebelakangan ni tidak tahu lah kenapa fikiran saya ni kusut sangat. Memang saya ada masalah tapi tidak lah besar mana pun. Yang jadi kusutnya bila tidak tahu cara bagaimana nak selesaikannya. Apalah! Selalunya saya yang pandai bagi jalan penyelesaian kat orang lain tapi bila diri sendiri ada masalah, tak tahu pun macam mana nak selesaikannya. Hm.
Saya dah buat keputusan untuk menukar program diploma saya tetapi yang menjadi masalah bagi saya adalah macam mana nak beritahu mak dan ayah tentang keputusan saya. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk memberitahu mereka kerana takut mereka akan kecewa dan marah dengan keputusan saya. Saya kalau boleh hendak tunggu masa yang sesuai untuk berbincang dengan keluarga saya mengenai hal ini tetapi masalah dalaman yang melanda kami kebelakangan menyukarkan segalanya.
Saya belum menceritakan apa yang saya hadapi saat ni kepada sesiapa pun kerana saya tidak mahu mengganggu kawan-kawan saya yang sibuk dengan persiapan final mereka dua minggu lagi. Tetapi, malam ni entah mengapa fikiran saya semakin kusut. Makin saya tidak peduli, makin kusut jadinya. Aduhai. Kenapa lah macam ni sekali?
*Terhenti di sini kerana fikiran terlampau kusut saat ni. Maaf :l
No comments:
Post a Comment