Hai. Kali
nii nak cerita pasal UiTM Lendu. Kenapa cerita pasal UiTM Lendu? Yelaa, kan
tengah trending kat burung biru (Twitter) sekarang. Eh, kenapa boleh trending
pula? Apa yang hebat sangat UiTM Lendu ni sampai boleh trending macam
selebriti-selebriti? Hm. Well, UiTM Lendu trending sebab diganggu makhluk
halus. Ehh, betul ke? Terpulang kat korang nak percaya ke tak tetapi..apa yang
akan saya ceritakan selepas ni adalah pengalaman saya selama satu sem di UiTM
Lendu. Saya tak paksa korang nak percaya so korang janganlah nak tuduh saya
tokok tambah ke hape sebab ni semua pengalaman SEBENAR saya!
* * * * * * * * * * A L – K I S A H * * * * * * * * * *
Well, saya
kat Lendu satu sem je sebab lepas satu sem kat Lendu saya buat keputusan untuk
tukar program lain. Walaupun satu sem je saya duduk LONDON sana, tetapi..
macam-macam perkara yang saya lalui!
Well,
awal-awal takde masalah sangat..tapi sebulan lepas tu..macam-macam yang jadi..
benda ni jadi sebelum puasa. Well, saya duduk Dang Anum dulu.. Dang Anum ni
berhadapan dengan Tasik Tun Fatimah.. Waktu siang..okay laa.. Do enjoy the
view, tapi bila malam..fuhh tak payah cakap laa. Nak duduk kat meja study pun pikir
dua kali sebab saya and roommates memang biarkan tingkap dan langsir terbuka
sebab panas jugak laa bilik tu. Saya duduk tingkat 1, Alhamdulillah tak tinggi
macam rumah saya ni haa.
Ni laa Tasik Tun Fatimah. Copy dari Google Images :D
View ni dari Masjid berhampiran Dang Anum
View Tasik Tun Fatimah waktu malam
TTF : Tasik Tun Fatimah
Dari tebing Tasik Tun Fatimah
Tepi tu jambatan Tasik Tun Fatimah
Pada
awalnya, saya tidur di bahagian atas katil double decker.. Panas dia tak payah
cakap laa sebab tidur memang bukak lampu sebab roommates saya ni tak biasa
tidur tutup lampu. Masa dua minggu pertama tidur atas tuh, pergghh
berpeluh-peluh tidur! Campur lagi airmata dok nangis homesick kan HAHA XD tetapi
nasib baik my roommates ni faham so diaorang cabut tiga fius lampu belajar so
masa tidur tutup lampu utama and biarkan satu lampu belajar terbuka. Walaupun
satu, masih terang wooaahh!
Bilik
kitaorang ni memang panas sikit so ‘S’ yang tidur di katil bahagian bawah
beralih tidur kat lantai sama dengan ‘T’ yang tidur dekat katil double decker
sebelah bahagian atas.. So, tinggallah saya sorang-sorang tidur kat atas.
Beberapa hari kemudian saya mula dengar orang sebelah ketuk dinding selepas jam
12 malam. Pelik and bengang jugakk sebab orang nak tidur diaorang dok
bergendang dengan dinding pulak. Tapi, takde la marah ke hape buat relaks buat
cool dah laa sebab nanti gaduh pula kan.
Tetapi lama-lama tension jugak kan yelaa dengan orang sebelah main
ketuk-ketuk dinding, orang atas main seret-seret kerusi.. Siapa boleh tidur
macam tu? Haihh!
Bilik
kitaorang kalau nak tahu berdepan dengan bilik air.. Walaupun begitu,
Alhamdulillah selama saya dan roommates tinggal kat bilik tu..takde di antara
kami yang kena rasuk cuma setakat diganggu sahaja. Saya memang sentiasa di
bilik sebab kelas saya sangat sikit kalau nak dibandingkan dengan budak-budak
bilik yang ambik TESL dengan Pra-Dip. Selalu kelas belah pagi and tengahari dah
habis. Yela, 3 subjek je masa sem 2 sebab sem 1 dah cover.. Kelas yang ada rabu
dengan khamis je.. Hari lain, semua kat rumah atau duduk bilik je.
So, sampai
la satu hari tu.. Kitaorang tak suka keluar bilik sebenarnya so bila ada cheers
ke, meeting level ke apa ke.. Kitaorang yang paling lambat sekali akan keluar.
Masa tu maghrib.. Luckily saya dah mandi petang tu.. So selalunya my roommates
akan mandi lepas azan maghrib. Tetiba hari tu level kitaorang kecoh sebab ada
budak histeria lepas balik dari KOKO. Hahh. Kecoh jugak la. Yang kitaorang
dalam bilik buat tak tahu je sebab yang penting diaorang nak mandi tapi
kitaorang tak dibenarkan keluar bilik and kena kuarantin dalam bilik baca
yaasin. So, kitaorang baca laa Yaasin 3 kali. Lepas dah baca yaasin tu
kitaorang lepak-lepak and berborak tetiba pintu bilik kena ketuk.. ‘A’ budak bilik
sebelah suruh baca surah Al-Mulk.. dengan 3KUL sebab budak tu makin teruk. Hmph =.=” ‘N’ yang
tengah period masa tu memang dah takut laa kan.. So, kitaorang pun ikut jela.
Masa tu dalam pukul 10 and kitaorang tak makan lagi so kitaorang pun makan laa.
Tengah makan pintu kena ketuk lagi. Dah kena pilih sorang wakil untuk azan
dalam bilik. So, ‘S’ dipilih. Habis semua tu dalam 10.30 baru selesai. Budak
bilik pun pergi mandi. Esoknya kitaorang dapat tahu yang budak histeria semalam
budak bilik sebelah kitaorang. Katanya dia penat and tension sangat that’s why
jadi macam tu.
Weekend
kitaorang ada gotong royong. Pelik jugak sebab orang kuat level kitaorang takde
pagi tu. Tapi, lama lepas tu baru diaorang ada. Takde laa syak apa-apa kan.
Warga-warga level
Ni my roommates. Belakang tu kolej kitaorang. Ni kat court
TieQa and Nas
Nas
Nampak tak muka baru bangun tidur?
TieQa a.k.a RANTING
Ultimate!
Sebahagian warga Ultimate
Nas and me. Nampak beno baru bangun
So
petang tu kitaorang lepak bilik akak senior.. Dalam bilik tu nampak ‘F’ tengah
tidur and ‘A’ tengah main laptop. So, kitaorang pun berborak. Kitaorang tanyalah
‘F’ tu okay ke sebab nampak tidur lena sangat macam tak sihat.. ‘A’ cakap dia okay!
So, korek punya korek.. ‘A’ pun cerita kat kitaorang apa yang dah jadi
sebenarnya. Malam semalam dalam kul 4 macam tu ‘F’, ‘A’ dengan akak senior tak
tidur lagi. Tetiba diorang nampak ada banyak bayang-bayang dari luar macam
tengah lari. Diaorang nampak bayang-bayang tu dari bawah pintu so diaorang
pelik la. Lagi satu, bilik akak senior ni tak boleh kunci and tak boleh tutup
rapat pun sebenarnya.. so, masa bayang-bayang tu lalu.. pintu bilik tu macam
terkuak sikit. Ehh, pintu bilik akak tu bukan kayu playwood tau tapi pintu
rintangan api yang kaw-kaw berat.. So, betapa kuatnya ‘angin’ yang datang dari
bayang-bayang yang berlari tu. So, ‘F’ pun pi tutup balik pintu tu and diaorang
buat tak layan jela. Masa subuh, ‘F’ nak pergi amik wuduk, tapi bila balik dari
tandas.. Dia macam dah lain. Mengikut kata ‘A’, mungkin benda tu dah masuk masa
dia pergi tandas sebab ‘F’ kata dia cuma ingat dia pergi tandas je lepas tu terus
tak ingat apa dah. Balik dari tandas tu ‘F’ dok gelak tak berhenti. ‘A’ cakap ‘F’
gelak tak macam tu! So, ‘A’ pun tanya laa si ‘F’ tu.
A : “Awak okay ke?”
F : “Kita okay je.”
Dari situ ‘A’
tahu yang itu bukan ‘F’ sebab ‘F’ bukan jenis yang lebut nak bahasakan diri “KITA”.
A : “Ye ke? Nama awak sapa?”
Masa ‘A’
tanya, ‘F’ senyap kejap then dia cakap
F : “Ni kita la”
A : “Yela
tahu la itu awak. Tapi nama awak sape?”
‘F’ terus
gelak tak berhenti lepas tu. So ‘A’ suruh ‘F’ baca ayat Qursi tapi ‘F’ tak nak
and dia kembali gelak tak berhenti semula! Tengok keadaan ‘F’, ‘A’ dengan
akak-akak senior terus baca Yaasin. Sebab tu diaorang lambat pagi tadi.
Mengikut kata akak senior.. Akak tu sebenarnya terkejut sebab level kitaorang
tak pernah kena ganggu sebelum ni tapi level-level lain memang pernah kena
sebelum-sebelum ni. That’s why akak senior level lain terkejut bila tahu ada
kes kat level kitaorang.
Malam tu,
lagi teruk! Sampai tiga orang kena serentak! So, kitaorang satu level baca
Yaasin sampai kul 2 pagi. Mengantuk dia tak payah cakap laa. Kepala dah
tersenguk-senguk dah masing-masing.. Tajwid semua lari.. Haa amik kau! Oh ya!
Malam tu first time jumpa GOTAM yang akak Fara pernah cerita dulu. GOTAM ni
dulu duduk dekat UiTM Lendu sebelum UiTM Lendu bukak. Bila UiTM Lendu bukak,
dia yang jaga.. Kalau ada kes-kes macam ni memang diaorang panggil GOTAM je.
Tapi, sekarang ni GOTAM dah kahwin and dah tak jaga sana so baru hari tu GOTAM
datang balik. Itu apa yang diceritakan kepada saya.. Betul ke tak, Wallahualam.
Tapi, Alhamdulillah, lepas tu.. Kes kena rasuk semua reda.
Sampai la
satu hari tu.. Ada cheers lepas kul 10 macam tu. Siapa yang tak keluar, akan
bergelap dalam bilik sebab akak-akak tu tutup bekalan elektrik semata-mata nak
suruh semua orang keluar bilik ikut cheers.So, tak lama lepas tu.. Masa tengah
buat cheers, ada orang tetiba pengsan kat pondok.. Hahh, lepas tu akak-akak
senior berkejar sana sini cari budak yang dah pernah kena dulu sebab potensi
benda tu nak masuk dalam badan diaorang memang tinggi berbanding mereka yang
tak pernah kena sebab benda-benda tu dah tahu jalan mana yang diaorang perlu
ikut untuk masuk dalam badan diaorang. So, kitaorang semua kena berkumpul dekat
court baca 3KUL ulang-ulang. Budak Dang
MerduWati yang tengah buat cheers pun join sekali. Setengah jam lepas tu baru
kitaorang boleh balik bilik tapi budak yang terbabit kena stay sana. Sudahnya,
sampai ustaz dengan ustazah datang sebab makin teruk sampai 7 orang dah kena!
Ustazah tu marah kitaorang sebab level kitaorang punya mural ada gambar haiwan..
Ustazah tu kata syaitan-syaitan dan iblis ni memang suka benda-benda macam tu. Start
hari tu tiap-tiap hari kitaorang kena baca Yaasin.
Oh ni nak
cerita pasal apa yang jadi kat bilik kitaorang. Pasal dinding kena ketuk tu..
Lepas benda tu semua jadi, dia bergendang bukan pukul 12 dah.. Ikut suka dia je
nak gendang pukul berapa.. So, ada laa satu hari tu tengah duduk tengok movie
kat meja, tetiba dengar ada orang ketuk dinding.. bagitahu ‘S’.. Lepas tu ‘S’
pun balas dengan ketuk dinding tu balik. Lepas tu terus senyap. So, aman laa
sikit. Beberapa minit lepas tu mula lagi and makin kuat! So ‘S’ pergi ketuk bilik
sebelah and guess what.. ‘S’ jumpa budak-budak sebelah tu baru balik and tengah
bukak pintu! Diaorang kata takde sape pun dalam bilik tu sebab yang sorang tu
dah balik rumah and diaorang dua baru balik. Masa tu memang meremang bulu roma
dengar, Tapi, kitaorang takde laa bagitahu apa-apa sebab tak nak kecoh takut
tambah takut kat budak-budak lain. Then, ada satu malam tu lepas kul 12..
Kitaorang semua tak tidur lagi and dalam bilik.. Tetiba ada orang ketuk pintu
bilik kitaorang yang jenis bergendang punya.. Saya nak pergi buka.. Tapi,
terhenti kejap sebab fikir siapa yang ketuk pintu. Pintu tetap diketuk ‘N’
pulak bangun tapi dia pun stop sebab ‘S’ cakap jangan buka. Esok dia bagitahu
kenapa. So, kitaorang pun biarkan saje la pintu tu diketuk. Saya ingatkan
diaorang nak suruh meeting ke, apa ke so malas laa sebab dah pukul 12. Esoknya ‘S’
bagitahu yang semalam bilik kitaorang kena kacau. “Benda” yang ketuk bilik
kitaorang sebab ‘S’ tengok bawah pintu takde bayang-bayang pun. Haa! Amik kau.
Tambah lagi seram wehh!
Start
harituhh, pintu bilik kitaorang kena ketuk kadang-kadang pukul 3-4 pagi. Sabar
jela. Satu hari, masa meeting level.. Ada budak bilik lain dengar ada orang
ketuk tingkap bilik diaorang sedangkan kitaorang duduk tingkat 1. Yang lain
dengar ada orang berlari-lari lepas kul 12 kat koridor. So..that’s all.
Mengikut
cerita akak senior.. Lendu ni sebenarnya tempat Bunian.. Di antara level D****e
dengan A*****c sebenarnya ada satu lagi level yang tak boleh dilihat dengan
mata kasar..
Cerita kat
atas ni adalah pengalaman saya dan ada diantaranya diceritakan kepada saya oleh
akak-akak senior. Kot mongak lah dorang, mongak lah den. Enjoy reading and
follow my blog J
* * * * * * * * * * T A M A T * * * * * * * * * *
Kat bumi Allah ni bukan jenis kita
je ada. Ada juga yang lain. So, respect each other!
Assalammualaikum sya tnye mcm mne prosedur tukar course? dpt tak tukar kak? bgthu sya, sya ade masalah dgn course yg sya dpt sbb x minat..
ReplyDeleteassalammualaikum akak mcm mne akak tukar cousre prosedur dia? dpt tak ttukar?? bgthu sya please
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Ouh nak tukar course ke? Setahu saya sistem UiTM skg dah tak boleh tukar course. Kalau nak kan kepastian better tanya orang yang lebih tahu. Lecturer ke.. Sorry tak dapat tolong.
ReplyDeleteso akak x tuka la course?? tula sya xminat pentadbiran awam,,hmm
ReplyDeleteOuh. Kes akak lain. Akak memang wajib transfer ke Lendu dari Puncak Perdana sebabkan pointer tak capai target untuk jadikk fasttracker. Lain pulakk kalau nak tukar program. Yang tuhh memang dah tak boleh
DeleteFuhhh seramm ooo
ReplyDeleteHuhu seramnya kakkk
ReplyDeletebiar betul.. saya dapat uitm melaka. ya Allah. moga saya kuat.
ReplyDeleteseram...kalau saya,, dah lama tukar tempat lain.
ReplyDeleteSalam..awk sy nak tanya..mcm mana awk bt pertukaran kos???
ReplyDeleteSaya tak buat, tapi pihak pengurusan UiTM sendiri yang tukarkan saya atas sebab pointer rendah dan kira tak layak nak sambung fasttrackers. Setahu saya, dah tidak boleh menukar kursus ((;
Deletekak ada lahi benda2 macam tu? em *gigit jari*
ReplyDelete