Hai !
Assalamualaikum ((; Lama juga tak update blog. Fuhh, tiup semua habuk nii.
Hihihi ;P Okayy, kali nii nak cerita laa pasal perangai manusia yang saya dapat
lihat sepanjang saya bekerja di Daiso AU2 ((; Enjoy (:
* * * *
* * * * * * A L – K I S A H * * * * * * * * * *
Dah nak masuk
empat bulan saya bekerja di Daiso AEON AU2. Yaa, Daiso di AEON AU2 adalah di
bawah syarikat AEON ((: Kenkadang penat gak nak cakap dekat customer. Hahaha XD
mungkin diaorang nakkan kepastian laa kot. Yelaa, Daiso.. Tapi pakai tag dan ID
AEON. Sampaikan ada beberapa orang customer sampai ingat kitaorang ni bukan
staff Daiso tapi AEON Shopping Center. Paling kelakar? Uniform Daiso, pakai
apron terangterang DAISO, tengah display barang dekat rack.. ada customer tanya
“Eh, adik kerja sini ke?” Hahaha XD time tuhh rasa nak gelak tapi tahan jelaa
((:
Well, Daiso AU2
bagi saya memang agak kecil dan susah nak menyelit kalau time ramai orang. Stor
pun alahaii comel je. So, everytime kitaorang receive barang mesti tumpang
dekat lane belakang. Kalau kitaorang sendiri rasa rimas dan sempit.. Inikan
pulakk customer. Hahaha XD mohon maaf jela mampu kalau customer complain. Nak
buat achano? Senior Manager pun sound tepek “Jangan jadikk macam AU2, selling
floor pun macam stor!” Hahaha XD
Well, bab barang
pula yaa? Selalu bila customer nak tanya pasal barang.. Bila cakap tak ada,
mesti diaorang cakap “Ehh, kawan saya cakap dia beli dekat Daiso!” Haa, kalau
gitu jawapannya, maka kami akan tanya semula “Daiso mana eh?” Haa, kalau mereka
menjawab “Daiso …. (selain AU2)” maka kami akan menerangkan bahawa “Walaupun
barang yang akak/abang cari tuhh ada dekat Daiso lain, tak semestinya Daiso
sini ada.” Kenapa? Sebab, pilihan ordering depend on that store itself. Kalau
Taman Maluri/Kulai/Ayer Keroh/Seri Manjung/blablabla ada order barang tersebut,
tak semestinya AU2 pun order. Faham dah?
Lepas tuhh..
Mungkin ada sesetengah customer yang kurang daya penglihatan nya atau tidak
peka dengan signboard yang diletakkan di sesetengah rack/shelf “Please do not
open the item. Kindly approach our staff blablabla”still berdegil bukak juga.
Ouhkayy, bagi kami nak buka bergantung pada customer/produk itu juga. Kalau dah
terangterang dekat packaging boleh nampak luaran, kenapa nak buka lagi? Tak pernah
tengok? Ahaa, kelakar. Okay laa. Katakan customer tu sendiri yang buka tanpa
izin.. Kalau dah buka, buka laa dengan cermat dan tidak merosakkan packaging
mahupun produk itu sendiri dan minta jasa baik masukkan semula kerana dah
banyak sangat kes jumpa packaging tapi barang tak jumpa , vice versa.Kalau dah
buat PA, pastu jumpa balik.. ehh, sakit pulak hati kann? Itu namanya memang
customer yang mintak maki laa.
Lagi? Haa, tak
suka jadikk cashier! Pasaipa? Pasal, kalau dapat customer yang jenis ‘macam bagus’
ehh next customer terus susah saya nak senyum tahu? Kang naik pulakk nama saya
orang complain tak ghetigheti nak senyum. Haihh. Macam mana perasan bagus tuhh?
Haa, macam “Dik, tak ada plastik lagi besar ke?” Ikut hati nak je cakap,
“Akak/abang. Kalau ada plastik lagi besar..buat apa saya ni susah payah nak
sumbat barang besar ni dalam plastik kecil?”Tapi, angan-angan jela nak cakap
camtu. Paling common kitaorang akan senyum “Maaflah akak/abang. Ini je plastik
besar yang kitaorang ada. Haa, satu lagi. Cakap pasal plastik beg, kann AEON
mengamalkan “Hari SABTU adalah hari TANPA beg plastik.” So bagi memana customer
yang menginginkan plastik beg juga, akan dicaj 20 sen/piece tak kira besar atau
kecil. Time hari sabtu ni laa kitaorang dapat tengok customer mana yang
berkira. Selalunya, hari biasa barang kecik yang boleh simpan dalam beg sendiri
pun nakkan plastik beg pastu simpan jugakk dalam beg.. HAHA rasa macam terlebih
kelakar pulakk orang cenggini. Tapi, masa hari sabtu nii selalu kitaorang
tengok memang 20 sen pun berkira.. Sempat pulakk cakap, “Adik, tolong muatkan
satu beg plastik je ehh?” . Padahal hari biasa “Dik, jangan sumbat, nanti
cemana nak bawak?”Hahaha situasi dah hampir sama Cuma membezakan yang percuma
dan berbayar sahaja. Apa nak buat, redha jela ((:
Lagi apa yaa?
Haa, kalau dapat jenis customer tak reti bagi duit kecik.. Kalau kitaorang bagi
duit terlampau kecik sebagai baki..hendaklah anda senyum dan jangan sesekali
menarik muka kerana kami juga teringin menarik muka di saat anda membeli satu
barang yang berharga RM 5, tetapi bagi RM 50. RM 50 boleh terima lagi, kalau RM
100, achano? Mohon pupuskan spesis cenggini. Dah kalau kitaorang cakap TAK ADA
DUIT KECIL, we meant it! Pastu, boleh lah tengok next customer akan bagi duit
cecukup je. Hihihihi ((:
Spesis dah
makan/minum pastu biar bersepah kat kedai pun ada jugakk. Sampai pernah terfikir
“Ini kedai makan ke apa?” Ada jugakk anak customer yang sangat tak tahu nak
cakap cemana.. Dah laa cicirkan bahan buangan kat kedai, elok pulakk diam
cenggitu. Mujur, cashier terbau so memekik pulakk dia cari kitaorang dalam stor
suruh bersihkan. Ahh, memang memasing geli laa kann. Minta tolong Malaysian Harvest
memang sahsah takkan nak punya diaorang tolong pasal itu di luar bidang kerja
mereka! Haihh, maka saya dan Kak Zana juga yang paksarela membersihkan semua
sisasisa yang ditinggalkan oleh anak customer itu. Harap maklum yaa, saya tak
marah anak dia.. Budak kecik, apa tahu? Tapi, sebagai orang dewasa yang mampu
berfikir dengan waras.. kenapa tak approach kitaorang cakap pasal tu, minta
maaf? Kitaorang pun boleh segera cari alternatif. Ini tidak. Dah hampir
setengah jam rasanya.. baru kitaorang sedar yang DAISO dah bertukar menjadi
tandas! Siap ada orang pijak dan ‘BAWA’ keliling kedai! Hoii, bertambah pulakk
kerja kitaorang hari tuhh. Well, ragam manusia kann. Time tuhh memang dah
mencarut bagai tapi bila fikir balik, kelakar pun ada.
Kes customer
menipu pun ada. Well, kes ni pernah jadi dekat saya laa. Ada makcik ni nak
plastic tray around 90 pcs tapi masa tuhh ada 10 pcs je.. Bila cakap kitaorang tak
simpan stok cenggitu dalam stor.. Makcik tuhh kata nak order. Tanyalah berapa
banyak. Well, makcik tuhh nak 90 pcs. So, saya dan Kak Zana menerangkan bahawa
kami boleh amik order sebab kuantiti agak banyak tapi itupun kalau makcik tu
sanggup tunggu PALING CEPAT DUA BULAN! So, makcik tuhh berfikir dan setuju.
Tapi masa tu memang tak sedap hati and terfikir makcik nii betul ke. Yela, dari
gaya macam nak pakai tray tuhh untuk event dalam masa terdekat..tetiba sanggup
tunggu untuk dua bulan. So, okay laa. Cakap dengan my manager, dia pun call
makcik tuhh untuk confirmation. Well, makcik tu pun setuju maka dengan
gembiranya my manager order 100pcs. Ekstra 10pcs. Well, tak sampai dua bulan
barang tu sampai..call makcik tadikk tuhh. Tahu dia cakap apa? “Saya tak cakap
nak order pun. Saya tanya jehh!” ehh ehh? Cenggitu pulakk yaa makcik? Maka
disebabkan makcik laa kami di DAISO AEON AU2 telah menutup segala CUSTOMER
ORDER walaupun untuk REGULAR CUSTOMER. Kalau nak jugakk barang tuhh, cari laa
kat DAISO lain, ouhkayy?
Tapi, nak cakap
customer semua okay tak juga. Ragam manusia kann. Kalau dapat yang okayy, maka okayy
jugalah kami melayan. Kalau dapat yang poyo or perasan bagus nii haihh susah
pulakk kami nii nak layan sampai five stars. Well, to pleasing everyone is
impossible but to pissed someone off, is easy.. ALWAYS EASY. Enough said. Thank
you for reading ((;
* * * * * * * * * * T A M A T * * * * * * * * * *
*Kak Ita,my beloved sis nak berhenti dah. Hmm
sedihnya hati ))’;
hidayah,
ReplyDeletedaiso au2 ada jual tak grid cubes? (@ wire storage cube)
contoh: http://jixingwiremesh.en.alibaba.com/product/338821078-204596004/GRID_CUBE.html
terima kasih banyak2
Nurul, Kat daiso AU2 tak ada jual laa grid cubes nii. kalau wire net ada laaa ((:
Deletesalam.maaf saya bertanya..masih berkerja di kedai daiso ke?atau ada kenalan dia kedai daiso
ReplyDeleteSalam. Maaf, saya sudah berhenti tapi ada kengkawan yang masih bekerja di sana. Kenapa yea?
DeleteSalam. Berapa gaji kerja di daiso & kene keje sabtu & ahad ke? Per hour or shift? Sorry byk soalan :p
ReplyDeleteSalam. Saya ingin bertanya, apakah syarat-syarat dan kelayakan untuk bekerja di sini?
ReplyDelete