Mendapat sedikit
inspirasi lepas tengok korean variety show which is Strong Heart (tak ingat
episod berapa). Suka tengok Strong Heart sebab ada Lee Dong Wook oppa yang jadi
host dia. Hehe comel je Dong Wook oppa :) So, back to the main topic.. Apa yang
memerikan inspirasi kepada saya?
Sebenarnya guest Strong Heart Kim Ki Duk and Lee Joon (MBLAQ) yang bagi inspirasi kepada saya. Ehh ehh? Inspirasi apa ni? Sebenarnya mereka memberikan inspirasi kepada saya untuk terus maju dalam kehidupan walaupun orang sekeliling anda mengatakan TIDAK kepada anda. Banyak cerita lain yang boleh memberikan inspurasi kepada kita cuma tertarik dengan cerita Kim Ki Duk dengan Lee Joon sebab mereka berjaya dengan apa yang mereka mahu walaupun orang lain kata TIDAK.
KIM KI DUK
Kim Ki Duk. Saya
tak rajin nak google pasal dia so apa yang saya tulis ni hanyalah pengetahuan
dan pandangan saya setelah menonton Strong Heart. Ki Duk berasal dari keluarga
yang miskin maka dia tidak mampu pergi ke sekolah. Pada usia remajanya dia malu
apabila dibandingkan dengan remaja seusianya yang berjaya dalam kehidupan
mereka. Ki Duk bekerja di kilang selama beberapa tahun. Dia sering merasa
rendah diri kerana dia sedar diri nya bagaimana. Akan tetapi, Ki Duk mempunyai
bakat yang susah diperolehi dengan pergi ke sekolah. Walaupun dia tidak pernah
belajar melukis, dia mampu melukiskan senario yang mempunyai mesej yang
mendalam. Di dalam Strong Heart, dipaparkan dua lukisannya iaitu lukisan tangan
digari dan ular dan kepala.
Maksud lukisan
tangan digari ialah penindasan oleh warga asing yang berlaku di Perancis.
Ketika dia tiba di Perancis, dia melihat warga asing yang ditindas di situ jadi
dia terus melukis senario tersebut. Untuk lukisan ular dan muka pula
menggambarkan diri dia sendiri. Lukisan tersebut dilukis ular yang memasuki
dari telinga dan keluar di kepala nya. Bagi saya, mesej yang disampaikan sangat
mendalam.
Kim Ki Duk juga
mempunyai bakat dalam menghasilkan sesuatu dari bahan terbuang. Dia telah
menghasilkan mesin membuat kopi dan bermacam lagi. Malahan boss kilang dia dulu
pun memuji dia kerana dia mampu menambah penghasilan produk setelah membaiki
mesin di kilang tersebut.
Ketika dia melukis
di jalanan, pelukis yang meukis di sebelahnya berkata yang dia tidak boleh
melukis senario dengan baik tetapi semua tu disangkal dengan hasil
kreativitinya setelah satu produksi memilih lukisan senarionya. Ketika kali
pertama dia mengarah, dia pernah ditendang oleh eksekutif syarikat penerbitan
dan krew-krew dia berkata bahawa dia tidak akan dapat mengarah untuk kali
kedua. Namun begitu, segala cacian orang terhadapnya membuatkan dia semanagt
untuk membalas balik dan membuktikan bahawa dia mampu berjaya. Buktinya dia
telah menerima anugerah untuk hasil tangan beliau. Bayangkan, lelaki yang tidak
mempunyai ilmu yang tinggi tetapi menggunakan bakat yang dimiliknya dengan
sebaik mungkin. Dulu, dia pernah makan dan tidur di dalam kereta api dam
berpusing mengelilingi Eropah menggunakan kereta api kerana tidak mempunyai duit
untuk menyewa tempat tinggal dan kini dia adalah salah seorang pengarah yang
terkenal di Perancis J
LEE JOON (MBLAQ)
Lee Joon pula pada
sangkaan saya datang dari keluarga yang berada namun sangkaan saya meleset
apabila Lee Joon menceritakan persekitaran rumahnya. Pernah anda lihat lipas
berkerumun dengan banyak dan tikus berleluasa di kawasan rumah? Itulah
persekitaran rumah Lee Joon. Dia berasal dari keluarga yang miskin. Sewaktu dia
kecil dia teringin menjadi pelakon tetapi keinginan nya dihalang oleh kawan
sebaya yang mengatakan dia tidak akan berjaya kerana memperoleh gred 23 dari
54. Malah, cikgunya juga tidak menyokongnya. Lee Joon kemudiannya membatalkan
hasratnya dan beralih kepada seni tarian setelah melihat video seorang
selebriti Korea yang terkenal. Lee Joon menyertai pertandingan setelah berlatih
selama sebulan dan mendapat temapat kedua. Lee Joon juga turut bersaing dengan
kanak-kanak yang telah berlatih selama 10 tahun.
Usaha Lee Joon
membuahkan hasil bila dia telah ditawarkan biasiswa ke sekolah seni yang hebat.
Sangkaan saya dia akan dilayan dengan baik tetapi tidak. Kawan-kawannya
memperkecilkan kebolehannya kerana dia tidak mampu meregangkan kaki seperti
mereka. Lee Joon juga hanya mempunyai satu baju tarian dan kerana dia menari
hampir setiap hari dan berpeluh jadi dia perlu membasuh baju itu setiap hari.
Sekiranya dia memakai baju itu sebelum kering, well baju tu confirm lah berbau
dan kawan-kawannya tidak akan mendekatinya. Hampir setiap malam dia berlatih di
dalam gelap bercahayakan lampu jalan di luar. Dia hanya mengguanakan kasut
tarian yang paling murah selama beberapa tahun dan akhirnya dia telah mendapat
tempat di Universiti terhebat di Korea. Hanya ketika itu kawan-kawannya mula
berbuat baik kepadanya dan sekarang Lee Joon telah berjaya dan menjadi salah
seorang Hallyu Star yang terkemuka!
Walaupun kisah
hidup saya tidak sesusah mereka namun saya juga bukan orang berada. Saya tidak
mampu memiliki apa sahaja yang saya mahukan dan kadangkala saya terpakasa
melupakan sesuatu yang amat saya inginkan. Bertuah lah siapa yang lahir dari
keluarga yang kaya namun saya bersyukur kerana setidak-tidaknya saya tahu
bersyukur dengan apa yang ada tidak seperti segelintir budak-budak zaman
sekarang ni. Parent dah belikan handphone mintak iPhone, dah belikan PS3 mintak
Laptop, dah beli broadband minta pasang WiFi, dah bawak pergi jalan-jalan minta
bawa ke LegoLand! Itulah umpama bagi betis minta peha (ehh? Betul ke?)
Happy reading and
enjoy!
No comments:
Post a Comment