Saturday, 29 December 2012

Landslide (Tanah Runtuh) dekat Bukit Setiawangsa


Hai. Entri kali ni nak cerita pasal natural disaster.. To be more specific is landslide. Kenapa tetiba nak cerita pasal landslide or in malay..Tanah runtuh? Sebabnya..
* * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *
Last Friday night (cewahh.. Macam lagu Katy Perry dah.. Hehe.. Okayy okay, serious! ) telah berlakunya satu tanah runtuh dekat kawsan berhampiran dengan rumah saya iaitu dekat area Bukit Setiawangsa. Well, no one ever imagined that things will happen so Setiawangsa-ians memang in shock and polis telah mengarahkan mereka supaya berpindah keluar dari kawasan itu lebih kurang seminggu cause they expect things will become more worse if it is raining! Ramai juga yang turut mendoakan agar penduduk setiawangsa selamat dan tanah runtuh yang berlaku tidak akan bertambah teruk. Luckily, when the landslide happen, no one is injured!
Before the landslide happens, some of the resident already noticed the crack at the ‘walls’ tapi tak sangka lah yang ianya akan terjadi! This may be one of bad things that happens in 2012 tetapi ingat.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya walaupun kita tak nampak. Mungkin Allah ingin mengingatkan kita tentang sesuatu so we should never say negative things but keep on saying the positive things and always pray for the better J
To Setiawangsa’s residents, my family and I will pray the best for all of you and May Allah protect you guys from any incidents that may happen in the future. Amin :D

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink


Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Some tweets from Setiawangsa-ians:






















* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *
Happy reading and enjoy J

Friday, 28 December 2012

Tabiat pemandu di Malaysia


Hai. Kali ni nak cerita pasal sikap dan tabiat pemandu di Malaysia J Bukan lah nak memburukkan negara sendiri but everyone know that it’s a fact that Malaysians driver kurang berdisiplin berbanding dengan pemandu di negara lain. Walaupun saya belum menjadi pemandu sebenar di jalanraya..tetapi untuk melihat sikap pemandu di Malaysia ni tak perlu jadi pemandu pun dah boleh tengok cemana. Huhu. Mungkin ada di antara anda-anda di luar sana yang pernah melakukan hal-hal yang bakal saya ceritakan nanti jadi janganlah marah..siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya :P

 * * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *
Antara sikap-sikap pemandu di Malaysia yang selalu kita lihat adalah:
1.  Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
o   Yang ni selalu nampak..Baik dekat jalan depan rumah, jalan kampung mahupun lebuhraya. Selalunya pemandu yang menggunakan telefon bimbit (w/o handsfree) ni akan drive slowly due to distraction (talking on the phone while concentrate to driving). Korang ikut jela bontot kereta tersebut sebab nak take over tak boleh sebab driver tersebut buat jalan tu macam jalan dia sendiri (I mean, dah lah drive slow then bawak tengah-tengah tak bagi orang take over). Kan sakit hati kalau korang kena macam ni. Apa salahnya korang stop kat bahu jalan to take the call or else tak payah jawab langsung (unless it is important). Untuk kebaikan bersama juga kan.)

2.  Tidak mematuhi lampu isyarat / salah faham maksud lampu isyarat:
o   Yang ni memang selalu sangat lah nak tengok dan kebiasaannya memang terjadi kat pemandu yang tidak sabar atau pemandu yang tengah rushing to somewhere. Kebanyakan pemandu kita memahami sebegini..
Ø  Hijau : Jalan (Selamat)
Ø  Kuning : Tekan minyak supaya sempat lepas dari tunggu lampu merah
Ø  Merah: Berhenti! Atau dalam sesetengah kes redah je kalau takde driver yang drive.
Sedangkan maksud sebenar lampu isyarat adalah:
ü  Hijau: Jalan sekiranya selamat (means takde kenderaan lain yang mengingkari lampu isyarat)
ü  Kuning: Sedia (untuk berhenti) / Lajukan kenderaan anda sekiranya telah melepasi garisan
ü  Merah: Berhenti!
Tak kurang juga ada sesetengah mat rempit luar sana yang menjadikan lampu isyarat sebagai isyarat permulaan game mereka.
3.  Tidak menggunakan signal dengan sebaiknya / tak guna langsung:
o   Kegunaan signal kenderaan adalah untuk memberitahu arah tuju kita supaya pemandu di belakang dapat mengambil tindakan mereka dengan segera. Kegunaan signal amat penting ketika ingin menukar arah, memotong, memasuki simpang, keluar simpang, keluar dari jalanraya atau memasuki semula jalanraya tetapi kebanyakan pemandu gagal menggunakan signal dengan sebaiknya. Situasi yang selalu kita lihat adalah ketika memasuki simpang, keluar simpang dan ketika menukar arah (lorong di lebuhraya). Kalau jumpa yang lagi tak makan saman.. Keluar simpang dah lah tak bagi signal and langsung tak berhenti! Main keluar macam tu je. Kalau dah berdentum, apa nak buat? Kan menyusahkan orang lain je macam tu! So, bagi la signal sekurang-kurangya tiga saat sebelum kita menukar arah supaya pemandu lain alert dengan keadaan kita.
4.  Meletakkan kenderaan di kawasan larangan / double parking:
o   Kita tidak sepatutnya meletakkan / menyalahgunakan parking yang disediakan khas untuk orang kurang upaya (OKU). Memang lah penat and waste time cari parking especially kat tempat yang banyak pengunjung tetapi janganlah sampai park kenderaan anda kat tempat yang tak boleh park sebab nanti menyusahkan orang lain. Janganlah nak senangkan hidup anda sahaja tetapi menyusahkan hidup orang lain. Satu lagi yang selalu kita lihat double parking belakang kereta orang lain. Dah lah double parking, handbrake tak lepas, no fon tak letak pulak tu. Hah! Macam mana orang tu nak keluar. Orang macam ni memang selfish! So janganlah buat macam tu ya sebab what goes around comes around :P .
5.  Menggunakan lorong kecemasan ketika dalam kesesakan di lebuhraya:
o   Yang ni selalu jugak kita jumpa especially masa jammed yang teruk kat highway. Ada segelintir pemandu yang tidak sabar dan mementingkan diri sendiri akan menggunakan lorong kecemasan untuk potong quque pemandu lain. Haih! Orang lain pun sangkut jugak tapi takde la sampai guna lorong kecemasan untuk potong quque then dah kat depan buat muka seposen nak masuk balik dalam lorong. Hah! Nasib lah kalau ada yang nak bagi korang masuk. Kalau takde, then ada pulak kenderaan ‘(VIP)’ [JPJ, Kastam, Ambulans, Polis or whatsoever] lalu..mendapat lah korang jawabnya!

6.  Terlebih prihatin:
o   Ni memang jelas kelihatan ketika berlakunya kemalangan jalanraya. Walaupun yang terlibat dalam kemalangan itu hanyalah dua buah kenderaan dan tidak berapa teruk tetapi ramai pemandu yang akan memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat kejadian tersebut dan bukannya mahu membantu maka kesesakan berlaku sepanjang 10km sebelum kawasan kemalangan. Orang belakang yang tak tahu apa-apa ingat besar sangat lah kemalangannya tetapi bila sampai kat kawasan kemalangan memang sakit hati bila tengok kemalangan yang berlaku tak lah besar mana tapi jammed sampai 10km kerana pemandu-pemandu lain yang memperlahankan kenderaan. So, hope dapat lah tukar mentality masyarakat kita supaya terus meneruskan perjalanan dan tidak memperlahankan kenderaan untuk melihat sesuatu kemalangan.
7.  Mengekori kenderaan di hadapan dengan dekat / cucuk angin:
o   Yang ni selalu kita lihat dekat lebuhraya dan pemandu yang cucuk angin ni selalunya pemandu kenderaan mewah. Bukan nak kata apa..Tapi fact. Saya sendiri pernah naik kereta kawan saya yang boleh dikatakan mewah dan sememangnya dia suka cucuk angin. Sekiranya kenderaan di hadapan tidak memberikan laluan kepadanya maka dia akan menyalakan lampu tinggi dan memberikan signal ke kanan untuk memberitahu bahawa dia ingin memotongnya. Sekiranya pemandu di hadapan enggan juga memberi laluan maka sifat kurang asam nya akan muncul dengan memotong kenderaan tersebut di sebelah kiri menggunakan lorong pandu perlahan dan masuk semula ke lorong memotong. See, mentang-mentanglah cc dia tinggi, takkan tak boleh sabar sikit. Kalau tetiba dia brake emergency..kan dah naya nak bayar kalau berdentum!
8.  Tidak memandu mengikut lorong yang sepatutnya di lebuhraya:
o   Hahh! Kalau jumpa pemandu macam ni memang sakit hati sangat. Sudahlah pandu perlahan, tetapi mahu pandu di lorong pandu laju. Yang memandu laju pula mahu memandu di lorong memotong. So, yang memotong nak pandu lorong mana? Kesudahannya pemandu yang ingin memotong terpaksa menggunakan lorong pandu pelahan dan masuk semula ke lorong memotong. Hahh! Sakit tak hati korang kalau korang kena follow bontot pemandu yang tak faham konsep 3 lorong di lebuhraya ni? Geram je rasa. So, pandulah ikut lorong masing-masing dan jangan menyusahkan orang lain okayyy :D
9.  Menukar lorong di kawasan tol:
o   Yang ni jarang nampak sebab jarang masik kawasan tol tapi pasti berlaku punya. Bila dah tahu yang anda nak masuk kawsan tol, bersedialah nak masuk lorong yang mana satu so stay jela kat situ..Ni tak..terkial-kial nak masuk lorong orang lain bila tengok quque dia lagi pendek dari sendiri punya quque. Apalah salahnya sabar. Perbuatan ni boleh mengundang bahaya kerana pemandu yang berada di belakang berkemungkinan tidak bersedia untuk menerima pertukaran lorong anda.
10.      Kenderaan dari jalan susur yang hendak masuk ke jalan utama:
o   Kebanyakan pemandu si Malaysia ni kurang kesedaran dalam hal ini. Memanglah kenderaan yang datang dari jalan susur perlu memberi laluan kepada kenderaan yang berada di jalan utama tetapi kenderaan yang berada di jalan utama jangan lah sombong tak bagi laluan kat kenderaan dari jalan susur untuk masuk..Sudahlah orang tu dah bagi signal nak masuk, tetapi kita buat tak tahu je. Cuba letak kita kat tempat dia. Ingatlah.. Jalanraya tu dikongsi bersama bukannya untuk anda seorang sahaja!
11.      Kenderaan bersusun panjang di belakang kenderaan berat:
o   Yang ni selalu Nampak dekat jalan kampung. Yela, tak macam lebuhraya ada lorong untuk memotong..tetapi hanya jalan biasa dan mungkin sempit untuk memotong kenderaan di hadapan. Kalau kenderaan biasa mungkin berani juga nak memotong sekiranya boleh memotong..tetapi, kalau lori ke..bas ke.. berani nak potong? Silap haribulan..nyawa anda yang terpotong! Kebiasaan pemandu kenderaan berat ni sombong keranan kenderaan mereka besar jadi mereka tidak perlu fikir tetang pengguna jalanraya yang lain (dalam bahasa kasar kurang ajar lah).. Jalan sempit..Kenderaan yang dipandu perlahan..Kereta kat belakang bersusun 5km dok ikut bontot dia.. Apalah salahnya jika pemandu kenderaan berat ni pandu ke kiri sedikit agar terbuka sedikit ruang untuk memotong..jadi tidaklah panjang benar ‘ekor’nya.
12.      Memandu laju dengan keadaan yang membahayakan (mat         rempit):
o   Hm. Sedikit kontroversi pula kalau tulis pasal ni tapi fakta pun. Memang wujud mat rempit kat Malaysia ni. Biasanya mereka ni akan memandu laju dalam keadaan yang membahayakan diri mereka sendiri dan juga pengguna jalanraya yang lain. Mereka akan mempamerkan aksi-aksi stunt mereka seperti wheelie (angkat tayar depan), wikang (angkat tayar belakang), kapal layar (pembonceng akan pergi ke kiri dan penunggang akan pergi ke kanan), superman (aerodynamic shape) dan macam-macam lagi. So, semua ni meningkatkan peluang untuk terlibat dalam kemalangan!

* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *
Happy reading and enjoy J

Saturday, 22 December 2012

Senyum bila berdepan tetapi mengutuk bila di belakang!

Hai. Masa tengah buat entri ni..saya tengah berbulu dengan sepupu angkat saya 

yang sorang nih. Haih. Bengang pula rasa. Nak marah, dosa pulak menganiaya anak

 yatim nih..tapi makin ditahan tension pulak diri ni.. So, achaner tuhh?



 * * * * * * * * * * A L – K I S A H * * * * * * * * * *

Korang mesti pernah marah kan walaupun tidak selalu tetapi sekurang-kurangnya 

pernah juga kan? Hm. Macam saya sendiri, saya akui yang saya jenis yang mengikut

 mood. Kalau datang angin taufan, youalls buat salah sikit je memang dah kena

 hentam sebijik kat muka tuh dengan saya tapi kalau angin sepoi-sepoi bahasa yang

 datang..youalls pijak-pijak kepala saya pon..saya diam je..hehe XD Sebagai manusia 

yang mempunyai hati dan perasaan..memang sepatutnya kita berasa marah, gembira,

 sedih, malu dan macam-macam perasaan lagi tetapi..adakah perasaan itu sesuai 

dengan tempat dan masanya? Ehh? Nak gembira, sedih, marah dan malu pun kena 

bertempat dan bermasa ke? Hm. Memang lah. Takkan nak gembira masa orang 

tengah sakit? Takkan nak sedih tetiba masa orang tengah buat lawak. Kalau macam 

tu, hahhh! Something wrong somewhere la tu! Baik pergi medical check-up mana lah

 tau kot ada saraf-saraf yang shortened pulakk hehe XD


Kenapa saya marah? Maaflah dik manja oii. Saya ni bukannya jenis yang suka sangat 

berkongsi barang dengan orang lain especially barang-barang yang saya pakai kat 

badan saya sendiri. Nak dijadikan cerita.. Tengahari tadi siap-siap nak keluar 

dengan mak..so saya pun menggedik lah nak pakai make-up so keluarkan lah beg

 make up tuh.. Sekali tengah sibuk pakai eye-liner dia boleh pulak rembat eye-

shadow saya and terus pakai. Hangin tak hangin! Dah tuh sempat pulak tangan dia 

capai cologne kat dalam beg tuh..tapi tak jadi dia pakai sebab jelingan mata yang 

tajam! Hehe. Geramnya saya masa tuh sampai tak sedar yang eye-liner tebal sebelah!

Kan dah membuang masa kat situ je.


Petang semalam pulak.. Ada beli kacang tumbuk. Makan punya makan, tinggallah 

satu.. Untuk emak saya punya. Dah simpan dah ni.. Sekali keluar kat pangkin 

(pondok kecil) tengok kacang tumbuk tuh dah ada dalam mulut dia. Saya diam jela.. 

Sekali adik saya nampak..dia signal kat saya pasal kacang tuhh.. Jeling-jeling jela nak 

buat cemana..


Malam..Sibuk makan kuaci dengan si Kimi, my nephew yang nakal sangat tuh.. Tak 

ketinggalan Aca dengan adik saya.. Tapi, mana lah habis makan..letak tepi kejap 

sebab nak sapu kelongsong kuaci tu.. Tengah sapu sampah kuaci tu.. Ekor mata ni 

nampak si Manja tu ambil kuaci yang tak habis tuh dengan muka selambanya dia 

keluar macam takde rasa bersalah langsung. Haih! Bengang dan bangang pulakk raso 

hati sey ni haa..Saba jola maso tu!


Balik kampung kali ni bawak anak bulus sekali..termasuk lah si LION dengan BABY.. 

Saya memang sayang lebih kat si Ion tu sebab dia ada masalah penglihatan dan telah 

disahkan cacat kekal masa bawak pergi jumpa veterinar hari tu. Yang si Baby boleh

 jaga diri juga. Dah bagitahu nama dia Ion.. Ditukar nama sesuka hati Ayub lah, 

Oyen lah.. Geli hati masa dengar dia mention nama-nama ciptaan sendiri tu. Tapi, 

yang geramnya..Bila si Ion tido, dia pi kacau.. dan yang paling best.. Mulut dia bising 

macam machine gun suruh bagi si anak bulus makan.. Saya tuan dia saya tahu lah.. 

Tak semestinya dia bising mengiaw dia nak makan.. Haihh. Dia pon ada masa nak

 membuang! Sabo jela!


Tengah syok layan movie kat lappy.. Gatal pulak tangan dia kat touchpad and

 keyboard lappy. Sudahnya hasrat nak tengok Twilight terbantut bila dia dengan 

selambanya mencucuk jarinya kat screen lappy saya! Oh My! Paling pantang orang 

pegang screen lappy! Even my family pon kena marah kalau ada cap jari kat screen 

tu ni kan pulak angkat-angkat ni. Lagi berangkat lah saya kan!


Itulah sebab-sebabnya. Tapi, saya diamkan aje depan dia..Tapi jahatnya saya 

mengutuk di kat blog saya! OH MY! Sorry. Saya memang tak boleh masuk dengan 

awak..So, be it! BYE!

# Happy reading and enjoy!


 * * * * * * * * * * T A M A T * * * * * * * * * *

Wednesday, 5 December 2012

Breaking Dawn part 2 at TGV Wangsa Walk :D


Hai! Anyo haseyo J Hm. Lama tak update blog nih kan? Bukan sibuk kea apa cuma broadband dah kena barred sebab tak bayar! Hehe :p So, rasa macam banyak sangat je nak cerita. Hoho. Tak payah lah cerita benda yang dah beberapa hari lepas..lebih baik cerita benda yang baru berlaku J Oh ya. Malam tadi, kempunan saya nak tengok The Twilight Saga: Breaking Dawn (part two) sudah pun tercapai J Mana boleh miss the epic finale wehh. Favourite franchise movie pulak tuh! No No No! Wajib tengok la kan :D
So, around 9pm sampai kat Wangsa Walk. Hahh! Saya ni kalau wayang memang Wangsa Walk je, takde tempat lain sebab TGV Wangsa Walk ada couple sit yang membolehkan saya duduk dengan selesa J So, kitaorang beli tiket kul 9.15 pm.Ada masa, kitaorang pi main game dulu hehe. Oh ya.Kali ni kitaorang pi 3 orang iaitu saya, my yayang and adik saya J
Kitaorang hall 8, sit J5, J6 and J7. (bukan couple seat pon) Hm. The movie starts with Bella’s transformation and how she cope to her new life as a vampire. Oh my! She’s more gorgeous jadi vampire tau! Go Kristen, Go Bella! Hehe. So lepas dia dah berjaya mengawal ‘thirst’ dia terhadap dietnya yang baru..Edward bring her home to meet their only daughter, Reneesme. Reneesme looks very beautiful just like her mother and after she touches Bella’s cheek.. Bella see everything that Reneesme want to show her J Sweet sangat masa tu. Haha! Then the most unforgettable scene where Bella punch Jacob because he imprinted on her daughter while she still a baby! A bit hilarious then :P
So, the Cullens decided to move out after they tell Charlie that she’s dead but Jacob ruined everything when he reveals what he really is which is a werewolf but dia takde la bagitahu yang Bella tu dah bertukar jadi vampire.. Just he said that in order to save Bella, she had transformed into something.Walaupun Charlie insist to know what happen, Bella convince him that he doesn’t need to know. At the end, Charlie is being introduced to Reneesme, his grandchildren but he is been told that Reneesme is Bella and Edward adopted child which he believes that.
Later on, Emmet and Bella bergusti lengan which is one of the highlight scenes of the movie. The conflict begin when Irina sees Reneesme taking the snowflakes in the air and she thoughts that the child is an immortal child which is not. Reneesme is a hybrid child. Half mortal, half immortal. So, she reports the ‘crime’ to the Volturi and they decided to destroy the Cullens who ‘created’ the immortal child. Hm, macam biasalah.. Alice kan can see the future so she knows that the Volturi will come and destroy them before they come at the first place. So, the Cullen try their best to find the witnesses to convince the Volturi that Reneesme is not an immortal child like what Irina thinks.
So macam-macam, lah yang berlaku masa many coven of vampire gather. Masa Bella jumpa dengan other vampire, she learns how to improve her shield. Bella juga cuba untuk selesaikan misteri nota yang Alice tinggalkan selepas mendapat visi tentang Volturi. Bella kemudiannya berjumpa dengan Mr J. Jenks yang bekerja bersama Jasper. Jasper dan Alice telah memberinya tugas untuk memberikan passport Jacob dan Reneesme kepada Bella.
So, the moment to confront with Volturi come. Bella bagitahu Jacob yang dia akan menjaga Reneesme sekiranya ada apa-apa yang berlaku nanti.
Aro first read Edward’s mind and then she wants to read Reneesme’s mind but he’s shock when Reneesme touchs his cheek and he discovers what exactly happen about Reneesme. Walaupun Aro dah tahu perkara sebenar, dia tetap tidak mahu menukar keputusannya untuk memusnahkan keluarga Cullen. Alice then comes and show Aro what will happen in the future but Aro is still with his decision.
The war between Volturi and the Cullens begin after Aro kills Carlisle who tries to protect Alice. Many died including Volturi’s guards and the Cullens side. Aro then realize his future when he sees he die on the confrontation so he change his decision after seeing the prove that hybrid child also can live without putting the vampire existence in danger after meet Nahuel who live in peace with human for 150 years!
The last part is when Alice sees the future of Jacob and Reneesme. Jacob asks Edward “Should I call you father from now on?” And I was like HAHAHAHA!
Conclusion, it was awesome and the ending satisfied my choice J
Happy reading and enjoy :D