Hai. Kali
ni nak cerita pasal sikap dan tabiat pemandu di Malaysia J Bukan lah nak memburukkan negara sendiri but
everyone know that it’s a fact that Malaysians driver kurang berdisiplin
berbanding dengan pemandu di negara lain. Walaupun saya belum menjadi pemandu
sebenar di jalanraya..tetapi untuk melihat sikap pemandu di Malaysia ni tak
perlu jadi pemandu pun dah boleh tengok cemana. Huhu. Mungkin ada di antara
anda-anda di luar sana yang pernah melakukan hal-hal yang bakal saya ceritakan
nanti jadi janganlah marah..siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya :P
* * * * * * * * * * A L – K I S A H * * * * * * * * * *
Antara sikap-sikap pemandu di Malaysia yang selalu kita lihat
adalah:
1. Menggunakan telefon bimbit semasa
memandu
o
Yang
ni selalu nampak..Baik dekat jalan depan rumah, jalan kampung mahupun lebuhraya.
Selalunya pemandu yang menggunakan telefon bimbit (w/o handsfree) ni akan drive
slowly due to distraction (talking on the phone while concentrate to driving).
Korang ikut jela bontot kereta tersebut sebab nak take over tak boleh sebab
driver tersebut buat jalan tu macam jalan dia sendiri (I mean, dah lah drive
slow then bawak tengah-tengah tak bagi orang take over). Kan sakit hati kalau
korang kena macam ni. Apa salahnya korang stop kat bahu jalan to take the call
or else tak payah jawab langsung (unless it is important). Untuk kebaikan
bersama juga kan.)
2. Tidak mematuhi lampu isyarat /
salah faham maksud lampu isyarat:
o
Yang
ni memang selalu sangat lah nak tengok dan kebiasaannya memang terjadi kat
pemandu yang tidak sabar atau pemandu yang tengah rushing to somewhere.
Kebanyakan pemandu kita memahami sebegini..
Ø
Hijau
: Jalan (Selamat)
Ø
Kuning
: Tekan minyak supaya sempat lepas dari tunggu lampu merah
Ø
Merah:
Berhenti! Atau dalam sesetengah kes redah je kalau takde driver yang drive.
Sedangkan maksud sebenar lampu isyarat
adalah:
ü
Hijau:
Jalan sekiranya selamat (means takde kenderaan lain yang mengingkari lampu
isyarat)
ü
Kuning:
Sedia (untuk berhenti) / Lajukan kenderaan anda sekiranya telah melepasi
garisan
ü
Merah:
Berhenti!
Tak kurang juga ada sesetengah mat
rempit luar sana yang menjadikan lampu isyarat sebagai isyarat permulaan game
mereka.
3. Tidak menggunakan signal dengan
sebaiknya / tak guna langsung:
o
Kegunaan
signal kenderaan adalah untuk memberitahu arah tuju kita supaya pemandu di
belakang dapat mengambil tindakan mereka dengan segera. Kegunaan signal amat
penting ketika ingin menukar arah, memotong, memasuki simpang, keluar simpang,
keluar dari jalanraya atau memasuki semula jalanraya tetapi kebanyakan pemandu
gagal menggunakan signal dengan sebaiknya. Situasi yang selalu kita lihat
adalah ketika memasuki simpang, keluar simpang dan ketika menukar arah (lorong
di lebuhraya). Kalau jumpa yang lagi tak makan saman.. Keluar simpang dah lah
tak bagi signal and langsung tak berhenti! Main keluar macam tu je. Kalau dah
berdentum, apa nak buat? Kan menyusahkan orang lain je macam tu! So, bagi la
signal sekurang-kurangya tiga saat sebelum kita menukar arah supaya pemandu
lain alert dengan keadaan kita.
4. Meletakkan kenderaan di kawasan
larangan / double parking:
o
Kita
tidak sepatutnya meletakkan / menyalahgunakan parking yang disediakan khas
untuk orang kurang upaya (OKU). Memang lah penat and waste time cari parking
especially kat tempat yang banyak pengunjung tetapi janganlah sampai park
kenderaan anda kat tempat yang tak boleh park sebab nanti menyusahkan orang
lain. Janganlah nak senangkan hidup anda sahaja tetapi menyusahkan hidup orang
lain. Satu lagi yang selalu kita lihat double parking belakang kereta orang
lain. Dah lah double parking, handbrake tak lepas, no fon tak letak pulak tu.
Hah! Macam mana orang tu nak keluar. Orang macam ni memang selfish! So
janganlah buat macam tu ya sebab what goes around comes around :P .
5. Menggunakan lorong kecemasan
ketika dalam kesesakan di lebuhraya:
o
Yang
ni selalu jugak kita jumpa especially masa jammed yang teruk kat highway. Ada
segelintir pemandu yang tidak sabar dan mementingkan diri sendiri akan
menggunakan lorong kecemasan untuk potong quque pemandu lain. Haih! Orang lain
pun sangkut jugak tapi takde la sampai guna lorong kecemasan untuk potong quque
then dah kat depan buat muka seposen nak masuk balik dalam lorong. Hah! Nasib
lah kalau ada yang nak bagi korang masuk. Kalau takde, then ada pulak kenderaan
‘(VIP)’ [JPJ, Kastam, Ambulans, Polis or whatsoever] lalu..mendapat lah korang
jawabnya!
6. Terlebih
prihatin:
o
Ni
memang jelas kelihatan ketika berlakunya kemalangan jalanraya. Walaupun yang
terlibat dalam kemalangan itu hanyalah dua buah kenderaan dan tidak berapa
teruk tetapi ramai pemandu yang akan memperlahankan kenderaan mereka untuk
melihat kejadian tersebut dan bukannya mahu membantu maka kesesakan berlaku
sepanjang 10km sebelum kawasan kemalangan. Orang belakang yang tak tahu apa-apa
ingat besar sangat lah kemalangannya tetapi bila sampai kat kawasan kemalangan memang
sakit hati bila tengok kemalangan yang berlaku tak lah besar mana tapi jammed
sampai 10km kerana pemandu-pemandu lain yang memperlahankan kenderaan. So, hope
dapat lah tukar mentality masyarakat kita supaya terus meneruskan perjalanan
dan tidak memperlahankan kenderaan untuk melihat sesuatu kemalangan.
7. Mengekori
kenderaan di hadapan dengan dekat / cucuk angin:
o
Yang
ni selalu kita lihat dekat lebuhraya dan pemandu yang cucuk angin ni selalunya
pemandu kenderaan mewah. Bukan nak kata apa..Tapi fact. Saya sendiri pernah
naik kereta kawan saya yang boleh dikatakan mewah dan sememangnya dia suka
cucuk angin. Sekiranya kenderaan di hadapan tidak memberikan laluan kepadanya
maka dia akan menyalakan lampu tinggi dan memberikan signal ke kanan untuk
memberitahu bahawa dia ingin memotongnya. Sekiranya pemandu di hadapan enggan
juga memberi laluan maka sifat kurang asam nya akan muncul dengan memotong
kenderaan tersebut di sebelah kiri menggunakan lorong pandu perlahan dan masuk
semula ke lorong memotong. See, mentang-mentanglah cc dia tinggi, takkan tak
boleh sabar sikit. Kalau tetiba dia brake emergency..kan dah naya nak bayar
kalau berdentum!
8. Tidak
memandu mengikut lorong yang sepatutnya di lebuhraya:
o Hahh! Kalau jumpa pemandu macam ni memang
sakit hati sangat. Sudahlah pandu perlahan, tetapi mahu pandu di lorong pandu
laju. Yang memandu laju pula mahu memandu di lorong memotong. So, yang memotong
nak pandu lorong mana? Kesudahannya pemandu yang ingin memotong terpaksa
menggunakan lorong pandu pelahan dan masuk semula ke lorong memotong. Hahh!
Sakit tak hati korang kalau korang kena follow bontot pemandu yang tak faham
konsep 3 lorong di lebuhraya ni? Geram je rasa. So, pandulah ikut lorong
masing-masing dan jangan menyusahkan orang lain okayyy :D
9. Menukar
lorong di kawasan tol:
o
Yang
ni jarang nampak sebab jarang masik kawasan tol tapi pasti berlaku punya. Bila
dah tahu yang anda nak masuk kawsan tol, bersedialah nak masuk lorong yang mana
satu so stay jela kat situ..Ni tak..terkial-kial nak masuk lorong orang lain
bila tengok quque dia lagi pendek dari sendiri punya quque. Apalah salahnya
sabar. Perbuatan ni boleh mengundang bahaya kerana pemandu yang berada di
belakang berkemungkinan tidak bersedia untuk menerima pertukaran lorong anda.
10.
Kenderaan dari jalan susur yang hendak masuk ke jalan utama:
o
Kebanyakan
pemandu si Malaysia ni kurang kesedaran dalam hal ini. Memanglah kenderaan yang
datang dari jalan susur perlu memberi laluan kepada kenderaan yang berada di
jalan utama tetapi kenderaan yang berada di jalan utama jangan lah sombong tak
bagi laluan kat kenderaan dari jalan susur untuk masuk..Sudahlah orang tu dah
bagi signal nak masuk, tetapi kita buat tak tahu je. Cuba letak kita kat tempat
dia. Ingatlah.. Jalanraya tu dikongsi bersama bukannya untuk anda seorang
sahaja!
11.
Kenderaan bersusun panjang di belakang kenderaan berat:
o
Yang
ni selalu Nampak dekat jalan kampung. Yela, tak macam lebuhraya ada lorong
untuk memotong..tetapi hanya jalan biasa dan mungkin sempit untuk memotong
kenderaan di hadapan. Kalau kenderaan biasa mungkin berani juga nak memotong
sekiranya boleh memotong..tetapi, kalau lori ke..bas ke.. berani nak potong?
Silap haribulan..nyawa anda yang terpotong! Kebiasaan pemandu kenderaan berat
ni sombong keranan kenderaan mereka besar jadi mereka tidak perlu fikir tetang
pengguna jalanraya yang lain (dalam bahasa kasar kurang ajar lah).. Jalan
sempit..Kenderaan yang dipandu perlahan..Kereta kat belakang bersusun 5km dok
ikut bontot dia.. Apalah salahnya jika pemandu kenderaan berat ni pandu ke kiri
sedikit agar terbuka sedikit ruang untuk memotong..jadi tidaklah panjang benar
‘ekor’nya.
12.
Memandu laju dengan keadaan yang membahayakan (mat rempit):
o
Hm.
Sedikit kontroversi pula kalau tulis pasal ni tapi fakta pun. Memang wujud mat
rempit kat Malaysia ni. Biasanya mereka ni akan memandu laju dalam keadaan yang
membahayakan diri mereka sendiri dan juga pengguna jalanraya yang lain. Mereka
akan mempamerkan aksi-aksi stunt mereka seperti wheelie (angkat tayar depan),
wikang (angkat tayar belakang), kapal layar (pembonceng akan pergi ke kiri dan
penunggang akan pergi ke kanan), superman (aerodynamic shape) dan macam-macam
lagi. So, semua ni meningkatkan peluang untuk terlibat dalam kemalangan!
* * * * * * * * * * T A M A T * * * * * * * * * *
Happy reading and enjoy J
nk ambil sikit point dlm post ni.. tenkiu :)
ReplyDelete