Mata dah berat saat post entri ni tapi kena hadapi juga sebab tak mahu terlupa apa yang telah berlaku hari ni. Ya. Hari ni saya cuti dan sepatutnya saya pergi ke Melaka untuk ambil semula barang-barang saya akan tetapi masalah telah timbul dan saya terpaksa membatalkan hasrat saya itu.
Yang paling sakit hati takde pun dia bagi salam terus hentam macam tu je. Saya dah cakap saya ada masalah tapi dia dok provok lagi. Sungguh tak berbudi bahasa langsung. Angin baran dah sampai masa tu then dia bagi orang lain cakap. Eh tambah sakit pulak hati ni bila dia suruh cakap baik-baik sedangkan yang dok tinggi suara siapa? Boleh pulak suruh orang cakap baik-baik.
Minta tempoh sampai minggu depan tak boleh sebab katanya dah lama sangat. Saya tahu la dah lama..kalau saya takde masalah dah lama dah saya ambil barang-barang saya tu. Elok-elok cakap kan boleh ni tak nak kasar-kasar kenapa macam takde budi bahasa. Elok-elok saya nak minta maaf terus tak jadi.
Buat staff yang berkenaan, maaf saya tak tahu identiti anda dan saya tak mahu tahu pun. Anda suruh saya cakap baik-baik tapi anda pula bagaimana? Saya tahu anda menjalankan tugas anda sebagai staff kolej tetapi anda juga manusia dan saya juga sama..jadi sepatutnya anda bertimbang rasa dan menggunakan cara yang lebih baik dalam menyelesaikan masalah. Terdetik di fikiran beginikah anda menggunakan kuasa anda? Anda tidak tahu situasi saya jadi anda sesuka hati hentam saya macam tu!
Terima kasih untuk apa yang terjadi hari ini. What goes around comes around.
No comments:
Post a Comment