Hai :)
Korang pernah tengok
or saksikan orang bergaduh secara 'live' tak? Tak kisah lah gaduh bertumbuk or
bertikam lidah.. Janji bergaduh! Pernah? Haaa.. Kali ni nak cerita pengalaman
saya about this :O
Well, let's make a situation. Tengah enjoy
online dekat kopitiam..tetiba ada orang gaduh.. a boy and a girl. For sure hal
'rumahtangga' diaorang lah kann so nak masuk campur ke tak nak? Fikir dok
fikir.. "PAAAANG!!" Budak lelaki tersebut belasah budak perempuan
tu.. Hahh! Tak ke DAYUS namanya bagi seorang lelaki yang menaikkan tangan
mereka terhadap perempuan :l MARAH lahh ni kan. Kalau korang berada dalam
situasi ni apa yang akan korang lakukan?
(i) Korang buat tak tahu macam takde apa
yang berlaku and berlalu pergi dari situ
(ii) Korang buat tak tahu tapi still jadi
penonton setia
(iii) Korang masuk campur and tolong selesaikan
hal tersebut
(iv) Korang terus call polis
Hm. Antara empat
tindakan di atas yang mana satu akan korang pilih dan lakukan? Honestly kalau
saya, saya akan call police sebab itu dah dikira mengganggu kenteteraman saya.
Lagipun, saya tak nak jadi saksi jenayah! Tetapi, ramai masyarakat kita
sekarang ni lebih suka buat tak tahu and jadi penonton setia. Cuba korang letak
situasi tu kat tempat korang pulak.. Kot adik beradik korang ke, bakal
anak-anak korang ke.. Mesti korang bertindak kan? Ni tak.. ‘prihatin’ melihat
tetapi tidak prihatin secara keseluruhan.
Apa-apa pun.. remaja
kini semakin rosak akhlak mereka. Mugkin kerana ibu bapa sibuk bertungkus lumus
mendapatkan wang untuk menyara keluarga di zaman ‘duit adalah segalanya’..jadi
hal didikan anak dilepaskan kepada guru-guru di sekolah. Haii.. Kalau dah
semuanya nak cikgu yang ajar..anak-anak cikgu siapa pulak nak ajar?
Happy reading and
enjoy J
No comments:
Post a Comment