Saturday, 28 December 2013

Dzul Hilmi, My Sayang ((;

Hai! Okayy, ini entri sudah lama bersarang dalam draft dan hanya sekarang mampu meng-edit balik entri nii setelah berbulan lamanya. Hahaha, kepada my dear, DZUL HILMI.. Maafkan saya sebab mengambil masa yang lama untuk meng-update status diri ini daripada Single to In A Relationship with DZUL HILMI b BASORI, nombor kad pengenalan 930809-**-**** bhahahaha XD



 * * * * * * * * * *   A L – K I S A H  * * * * * * * * * *

Oh. Setelah hampir empat bulan diri ini menjadi teman / kekasih / troublemaker / penghilang bosan / budak gedik kepada Encik Dzul Hilmi.. baru kini saya mampu menghapdet (haa amikkkk) pasal awak. Ehh? Pasal awak? Apa yang istimewanya awak nii di mata saya yang bulat beso (as you always said) sampai saya nak canang kat blog saya nii? Well, banyak. Setiap orang itu istimewa di mata seseorang. Begitu jugalah awak di mata saya ((;

Well, kepada anda yang rasa nak termuntah baca entri nii, mohon amik baldi cecepat okayy. Kang termuntah depan keyboard lappy dah naya nak repair, Maaf, saya tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerosakan yang dialami oleh anda. Bhahaha XD

My Sayang, Dzul Hilmi b. Basori ihihihi XD saya tak tahu nak cakap (taip?) apa. Okayy dapat ilham dah. Ahahaha XD okayyokayy serious. Ingat kan kita kenal dari mana? Haa, kami kenal dari WeChat. Well, to be honest memang tak sangka akan jatuh hati kat sesiapa dari WeChat ke, FB ke Twitter blablabla sebab for me.. Mereka yang saya kenal dari sitesite cenggitu macam tak berapa sesuai nak dibuat pasangan.. termasuklah diri ini. Ahahaha XD Tapi tu laa, yang tak sangka tu laa menjadi pujaan hati hari ni. Ouh yaa, harap maklum.. Kami berdua sudahpun UNINSTALL WECHAT dari handphone kami. Sebab? Taknak kenal dengan orang lain? Ehh, tipu. Sebab buat berat memori telefon je tahu? Ahahaha XD Kita perlu jujur. Hihihi :P

He started all this. He added me through WeChat on 10th July 2013. Well, yang kelakar? Another 2 of his staff do add me as well. Tapi masa tuhh memang tak tahu apa lagi. Dah lama, bila dok tanya kerja mana kat dioarang bertiga ni, baru suspicious sebab tiga-tiga orang cakap kerja dekat tempat kerja yang sama. Haa, masa tuhh memang dok pikir diaorang bertiga ni merancang sesuatu. So, hantar laa WeChat ID memasing kat dorang bertiga ni nak tahu kenal ke tak dan terbukti memang diaorang kenal satu sama lain. Masa tuhh memang dah fikir “SAH AKU (sayaaaa) KENA TROLL DENGAN DIAORANG!” Tapi, bila ditanya.. memasing pun tak tahu yang diaorang mesej dengan orang yang sama iaitu saya. HAHAHAHA XD Lawak pulakk bila ingat balik.

So, we keep on WeChat like before until one day dia mintak num saya. Haa, memang tak laa kann nak bagi. Tapi, dia ni duk “Alaa, boleh laa” , “Nanti senang nak contact kalau handphone ni rosak.” , “Janji tak bagi num u kat diaorang.” Blablabla. Nak dijadikan cerita masa dia ni dok mintak, masa tu pulakk tengah keluar dengan mak.. Haa, serabut dia time tuhh sampai tak tahu nak bagi excuse apa dah so bagi jelaa. Ahahaha XD malam tu juga dia call saya. Perkara yang menjadi trademark dia masa tuhh ‘bunyi kasut’ Hahaha ((: Kelakar bila ingat balik. Tapi sekarang, dah tak ada bunyi kasut sebab kasut yang sekarang nii ada silent mode. Ahahaha! XD

So, keep on texting until one day dia offer saya Pizza. Well, rezeki jangan ditolak kann? So, decide laa nak Pizza so ingatkan Dzul Hilmi ni sendiri yang akan hantar pizza tuhh dekat saya tapi TIDAKKKK! Dia suruh budak lagi sorang tuhh yang hantar. Time tuhh memang rasa macam “Ehh?” Kenapa?” haihh geram tahu, Dah laa dekat WeChat tak letak gambar sendiri.. Kira beruntungla saya masih melayan kalau tak jangan harap laa nak layan. Bukan memilih rupa ke apa.. Mana tahu bangla ke, Nepal ke hahaha XD Terkejut pulak mak ayah bila kenalkan nanti bhahaha XD sesilap haribulan, security guard ayah saya! Haaa ampun, taubat laa!

Back to story. Kat WeChat tak letak gambar sendiri, bila mintak gambar taknak bagi.. Tanya FB, tak ada.. masa cakap FB tak ada tuhh rasa macam “TIPUUUUU! Zaman sekarang semua ada FB!” tapi, memang betul dia takde FB.. So, the only hope that time is TWITTER. Nasib baik ada. Itupun kemain payah nak dapat Twithandle. So, search and follow. Okayy laa, that time cakap “Muka dia cam bebudak” sampai laa dok sedar yang itu gambar dia zaman tok kaduk dulu, tahun 2008. Bhahahaha XD kelakar, tahuuu? Hahaha XD so, dari situ saya dapat rasakan yang dia nii jenis tak yakin dengan diri sendiri, like myself sometimes.

So, bila budak tuhh dah bagi pizza, tanya mana Dzul? Budak tuhh cakap dia busy. Okayy, FINE! Terus call dia time tuhh cakap “Since u taknak jumpa, means u memang taknak jumpa I..so takpayahlaa jumpa sampai bebila.” Terus end call camtu je masa tuhh and I meant it. Masa dah nak pi kat kereta, nasib baik tak bayo parking lagi dia call.. Berkalikali gak baru angkat.. Dia ajak jumpa. Okayy laa cakap kat dia jumpa dekat sekiansekian tempat. Dupdapdupdap? Macam tak je. Sebab masa tuhh rasa cam “Dia pun taknak jumpa saya, asal nak dupdapupdap pulakk?” So, dia pun sampai dengan yang lagi sorang tuhh. Okayy, dah jumpa, dah puas hati.. saya pun balik. Ingatkan terus berhenti contact cause itu yang selalu terjadi lepas jumpa.. tapi tak.. Terus juga call malam tuhh..

Rasanya ada laa tetiap malam onthephone masa puasa. Part paling kelakar? Dia yang kejutkan saya bangun sahur. Kahkhakhakah! Tak senonoh perangai masa tuhh. Nampak sangat liat bangun makan sahur. So, tak tahu bila perasaan suka dan sayang tuhh timbul sampai laa saya sakit hati bila dia buat pengakuan yang saya nii macam eksperimen untuk dia tengok perangai perempuan cemana. Haihh, sakit hati tak terkata masa tuhh. Tapi, padan muka.. Saya rapat dengan dia pun dengan niat yang salah. Masa saya tengah rapat dengan dia tuhh sebenarnya saya nak lupakan someone and everytime / since with him memang lupa dan dah boleh move on dah pun ((; *Terima kasih sayang* So, dia call memang tak angkat la kan. Petang tu pulak, saya dah bagitahu si ILI pasal apa yang saya rasa kat *abang* dia tuhh. So, bila si DZUL ni confess cenggitu rasa cam kena penampo kat pipi pun ada. Hahahaha XD

So, angkat jugakk call. Well, we confess that night, on 16th August 2013. Yelaa, sebelum ni dok tweet tanpa mention cuma memasing masa tuhh tak bagitahu tweet tu ditujukan kat siapa. Hahahah XD Yang kelakar, si ILI perasan perangai kitaorang dekat twitter hahaha XD. So, dia ajak jumpa konon nak minta jagakan pou dia. Yelaa, tahu install tapi tak jaga pou. Geram pulakk tengok pou dia penuh dengan **** . Boleh pulakk dia kata “That’s not poops but pets” Hahaha XD senonoh sebenarnya. So, jumpa kat Pizza Hut Wangsa Maju. Terkejut tahu! Kenapa? Tak pernah orang tanya soalan or ajak declare secara berdepan sampai saya masa tuhh pun speechless and malu tahap tak bleh nak sorok muka. Dah laa sejuk, hoii dia tanya and confess lagi sekali bertambah sejuk tahu? So, on 17th August 2013, I’m officially taken by Mr Dzul Hilmi b. Basori , NRIC 930809-**-**** hahaha and Mr Dzul Hilmi b Basori also be mine, Nur Hidayah binti Rahim, NRIC 931231-**-**** . So now, dah empat bulan together baru dapat update pasal kita dan setelah empat bulan jugakk baru dapat official date with you on 29th NOVEMBER 2013!

muka baru lepas naik DNA MIXER. Bhahaha XD


Ni namanya muka mengantuk tapi digagahkan jua mataku demimu sayang! Bhahaha XD

Credit goes to Kak Ita ((;

Muka kami dah comot setelah seronok bermain di Cosmo World!

Comel lah my ayam goreng, ehh salah baby PANDA!

Senyum, tak perlu kata apaapa

Yeahh! Rambut panjang! Potonglah sebelum saya yang tak bertauliah ni tolong potong!

Bersusah payah membetulkan sesuatu kepunyaan saya! Terima Kasih Sayang ((;

Muka FOKUS! kita perlu FOKUS!

Hihihi. Promosi air sat nahhh XD

AyamGoreng mengamuk tak dapat amik gambo! Bhahaha XD

Ehh? Ada juga dia ni. Saya nak amik gambar snowman tuh je. -.-"

((; The apple of my eyes ((:

Kanakkanak riang, itulah saya ((;

Both ((;

Yeayy! My Baby Panda dah potog rambut, Now, pls take care of yourself kayy ((:



Sayang, kita memang baru empat bulan bersama.. Tapi, saya harap kita akan terus bersama. Kita memang tidak tahu siapa jodoh kita tapi saya berharap awaklah orang yang ditentukan olehNYA untuk saya ((; Saya sayang awak, and hope you will be my last one..The last one that I’ll love until my last breathe. Saya harap jugakk saya menjadi yang pertama dan terakhir yang memiliki hati awak. Saya sayang awak, <3

* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


*Kepada sesiapa yang geli or menyampah, terima kasih kerana menyibukkan diri dan mata anda untuk membaca. Jika ingin mengutuk, well itu hak anda. Memang semua orang pun ada kekasih, saya juga ada. Well, this is my blog and I’m free to write anything about me. Thanks and much love <3

Ragam Manusia Di DAISO AU2

Hai ! Assalamualaikum ((; Lama juga tak update blog. Fuhh, tiup semua habuk nii. Hihihi ;P Okayy, kali nii nak cerita laa pasal perangai manusia yang saya dapat lihat sepanjang saya bekerja di Daiso AU2 ((; Enjoy (:

 * * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *

Dah nak masuk empat bulan saya bekerja di Daiso AEON AU2. Yaa, Daiso di AEON AU2 adalah di bawah syarikat AEON ((: Kenkadang penat gak nak cakap dekat customer. Hahaha XD mungkin diaorang nakkan kepastian laa kot. Yelaa, Daiso.. Tapi pakai tag dan ID AEON. Sampaikan ada beberapa orang customer sampai ingat kitaorang ni bukan staff Daiso tapi AEON Shopping Center. Paling kelakar? Uniform Daiso, pakai apron terangterang DAISO, tengah display barang dekat rack.. ada customer tanya “Eh, adik kerja sini ke?” Hahaha XD time tuhh rasa nak gelak tapi tahan jelaa ((:

Well, Daiso AU2 bagi saya memang agak kecil dan susah nak menyelit kalau time ramai orang. Stor pun alahaii comel je. So, everytime kitaorang receive barang mesti tumpang dekat lane belakang. Kalau kitaorang sendiri rasa rimas dan sempit.. Inikan pulakk customer. Hahaha XD mohon maaf jela mampu kalau customer complain. Nak buat achano? Senior Manager pun sound tepek “Jangan jadikk macam AU2, selling floor pun macam stor!” Hahaha XD

Well, bab barang pula yaa? Selalu bila customer nak tanya pasal barang.. Bila cakap tak ada, mesti diaorang cakap “Ehh, kawan saya cakap dia beli dekat Daiso!” Haa, kalau gitu jawapannya, maka kami akan tanya semula “Daiso mana eh?” Haa, kalau mereka menjawab “Daiso …. (selain AU2)” maka kami akan menerangkan bahawa “Walaupun barang yang akak/abang cari tuhh ada dekat Daiso lain, tak semestinya Daiso sini ada.” Kenapa? Sebab, pilihan ordering depend on that store itself. Kalau Taman Maluri/Kulai/Ayer Keroh/Seri Manjung/blablabla ada order barang tersebut, tak semestinya AU2 pun order. Faham dah?

Lepas tuhh.. Mungkin ada sesetengah customer yang kurang daya penglihatan nya atau tidak peka dengan signboard yang diletakkan di sesetengah rack/shelf “Please do not open the item. Kindly approach our staff blablabla”still berdegil bukak juga. Ouhkayy, bagi kami nak buka bergantung pada customer/produk itu juga. Kalau dah terangterang dekat packaging boleh nampak luaran, kenapa nak buka lagi? Tak pernah tengok? Ahaa, kelakar. Okay laa. Katakan customer tu sendiri yang buka tanpa izin.. Kalau dah buka, buka laa dengan cermat dan tidak merosakkan packaging mahupun produk itu sendiri dan minta jasa baik masukkan semula kerana dah banyak sangat kes jumpa packaging tapi barang tak jumpa , vice versa.Kalau dah buat PA, pastu jumpa balik.. ehh, sakit pulak hati kann? Itu namanya memang customer yang mintak maki laa.

Lagi? Haa, tak suka jadikk cashier! Pasaipa? Pasal, kalau dapat customer yang jenis ‘macam bagus’ ehh next customer terus susah saya nak senyum tahu? Kang naik pulakk nama saya orang complain tak ghetigheti nak senyum. Haihh. Macam mana perasan bagus tuhh? Haa, macam “Dik, tak ada plastik lagi besar ke?” Ikut hati nak je cakap, “Akak/abang. Kalau ada plastik lagi besar..buat apa saya ni susah payah nak sumbat barang besar ni dalam plastik kecil?”Tapi, angan-angan jela nak cakap camtu. Paling common kitaorang akan senyum “Maaflah akak/abang. Ini je plastik besar yang kitaorang ada. Haa, satu lagi. Cakap pasal plastik beg, kann AEON mengamalkan “Hari SABTU adalah hari TANPA beg plastik.” So bagi memana customer yang menginginkan plastik beg juga, akan dicaj 20 sen/piece tak kira besar atau kecil. Time hari sabtu ni laa kitaorang dapat tengok customer mana yang berkira. Selalunya, hari biasa barang kecik yang boleh simpan dalam beg sendiri pun nakkan plastik beg pastu simpan jugakk dalam beg.. HAHA rasa macam terlebih kelakar pulakk orang cenggini. Tapi, masa hari sabtu nii selalu kitaorang tengok memang 20 sen pun berkira.. Sempat pulakk cakap, “Adik, tolong muatkan satu beg plastik je ehh?” . Padahal hari biasa “Dik, jangan sumbat, nanti cemana nak bawak?”Hahaha situasi dah hampir sama Cuma membezakan yang percuma dan berbayar sahaja. Apa nak buat, redha jela ((:

Lagi apa yaa? Haa, kalau dapat jenis customer tak reti bagi duit kecik.. Kalau kitaorang bagi duit terlampau kecik sebagai baki..hendaklah anda senyum dan jangan sesekali menarik muka kerana kami juga teringin menarik muka di saat anda membeli satu barang yang berharga RM 5, tetapi bagi RM 50. RM 50 boleh terima lagi, kalau RM 100, achano? Mohon pupuskan spesis cenggini. Dah kalau kitaorang cakap TAK ADA DUIT KECIL, we meant it! Pastu, boleh lah tengok next customer akan bagi duit cecukup je. Hihihihi ((:

Spesis dah makan/minum pastu biar bersepah kat kedai pun ada jugakk. Sampai pernah terfikir “Ini kedai makan ke apa?” Ada jugakk anak customer yang sangat tak tahu nak cakap cemana.. Dah laa cicirkan bahan buangan kat kedai, elok pulakk diam cenggitu. Mujur, cashier terbau so memekik pulakk dia cari kitaorang dalam stor suruh bersihkan. Ahh, memang memasing geli laa kann. Minta tolong Malaysian Harvest memang sahsah takkan nak punya diaorang tolong pasal itu di luar bidang kerja mereka! Haihh, maka saya dan Kak Zana juga yang paksarela membersihkan semua sisasisa yang ditinggalkan oleh anak customer itu. Harap maklum yaa, saya tak marah anak dia.. Budak kecik, apa tahu? Tapi, sebagai orang dewasa yang mampu berfikir dengan waras.. kenapa tak approach kitaorang cakap pasal tu, minta maaf? Kitaorang pun boleh segera cari alternatif. Ini tidak. Dah hampir setengah jam rasanya.. baru kitaorang sedar yang DAISO dah bertukar menjadi tandas! Siap ada orang pijak dan ‘BAWA’ keliling kedai! Hoii, bertambah pulakk kerja kitaorang hari tuhh. Well, ragam manusia kann. Time tuhh memang dah mencarut bagai tapi bila fikir balik, kelakar pun ada.

Kes customer menipu pun ada. Well, kes ni pernah jadi dekat saya laa. Ada makcik ni nak plastic tray around 90 pcs tapi masa tuhh ada 10 pcs je.. Bila cakap kitaorang tak simpan stok cenggitu dalam stor.. Makcik tuhh kata nak order. Tanyalah berapa banyak. Well, makcik tuhh nak 90 pcs. So, saya dan Kak Zana menerangkan bahawa kami boleh amik order sebab kuantiti agak banyak tapi itupun kalau makcik tu sanggup tunggu PALING CEPAT DUA BULAN! So, makcik tuhh berfikir dan setuju. Tapi masa tu memang tak sedap hati and terfikir makcik nii betul ke. Yela, dari gaya macam nak pakai tray tuhh untuk event dalam masa terdekat..tetiba sanggup tunggu untuk dua bulan. So, okay laa. Cakap dengan my manager, dia pun call makcik tuhh untuk confirmation. Well, makcik tu pun setuju maka dengan gembiranya my manager order 100pcs. Ekstra 10pcs. Well, tak sampai dua bulan barang tu sampai..call makcik tadikk tuhh. Tahu dia cakap apa? “Saya tak cakap nak order pun. Saya tanya jehh!” ehh ehh? Cenggitu pulakk yaa makcik? Maka disebabkan makcik laa kami di DAISO AEON AU2 telah menutup segala CUSTOMER ORDER walaupun untuk REGULAR CUSTOMER. Kalau nak jugakk barang tuhh, cari laa kat DAISO lain, ouhkayy?

Tapi, nak cakap customer semua okay tak juga. Ragam manusia kann. Kalau dapat yang okayy, maka okayy jugalah kami melayan. Kalau dapat yang poyo or perasan bagus nii haihh susah pulakk kami nii nak layan sampai five stars. Well, to pleasing everyone is impossible but to pissed someone off, is easy.. ALWAYS EASY. Enough said. Thank you for reading ((;

 * * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


*Kak Ita,my beloved sis nak berhenti dah. Hmm sedihnya hati ))’;

Thursday, 14 November 2013

Hampir Setengah Tahun Kehilangan Hunnybunny kesayangan ))';

Hai! Lama rasanya tak update pasal hunnybunny saya ))’; Entah kenapa belakangan nii asyik dok teringat kat Leeyon, BB, Acik Momot, Chaton dengan si Kentot. Rindu semakin membuak bila asyik terfikir pasal dorang. Paling rindu dekat Leeyon dengan Bb. Yelah sedih sangat bila fikir apa yang diaorang tengah buat, apa yang diaorang makan, kat mana diaorang tidur.. sihat ke tak dan yang paling penting.. Adakah diaorang telah dipelihara oleh insan yang bernama manusia.


Leeyon. Rindu sangat kat cucu nenek yang satu nehh. Risau bila dok fikir pasal dia. Mana tak nya.. Dah laa ‘istimewa’, penglihatan terhad dan paling penting dari kecik memang semua berhidang kat dia nii. Kesayangan saya kann, harihari nak panggil nama dia. Sampai sekarang, serious.. setiap malam mesti dok panggil nama dia.. dok tengok video dia datang bila kena panggil. Video dan gambar jelah pengubat rindu pada Leeyon. Tak tahu kenapa memang hati nii tak boleh nak ikhlaskan kehilangan dia. Terasa bersalah sangat diri nii sebab cuai, biarkan pintu rumah terbukak sampai dia keluar sampai hari nii tak jumpa. Lagi bersalah bila dok fikir masa dia hilang tuhh dalam keadaan tak sihat. Memang tak pernah dan tak akan pernah hilang rasa bersalah dalam hati nii. Tak pernah berhenti berdoa untuk dipertemukan dengan kesayangan saya nehh. Saya percaya dengan kuasa doa. Allah itu Maha Mendengar, pasti Allah tahu yang saya sangat, tersangat merindui Leeyon cuma mungkin saya perlu bersabar. Ya Allah, lindungilah kucing-kucing saya walau dimana mereka berada, Biarlah orang yang melihat mereka, menjaga mereka menyayangi mereka lebih dari saya menyayangi mereka ketika saya menjaga mereka dahulu. ))’;



































Saturday, 19 October 2013

Keluarga baru di Daiso AU2 ((';

Hai! Haa, lama sangat dah tak update blog nehh. Penuh dengan habuk macam gondola kat Daiso tuhh (bhahaha XD) Well, dah nak masuk dua bulan saya kerja kat Daiso tuhh. Walupun masa awal-awal dulu ada masalah sikit, tapi sekarang dah okayy dan bahagia dah. Mungkin masa tuhh masih mencuba untuk cope and  understand each other.. tu yang kononnya masalah besar tuhh ((; Haa, ni nak cerita pasal my working life ((;

 * * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *

Haa, memang tak expect pun nak dapat kerja kat situ tapi mungkin dah rezeki saya lahh kott masa mintak tuhh terus interview sebab memang tak ada staff so terus dapat kerja tuhh, Alhamdulillah. Start masuk 30/08/2013 ((‘; so kiranya hujung bulan ni dah dua bulan laa saya kerja kat situ ((; Well, memang rasa bertuah betul badan nii sebab akak-akak kat situ semuanya sporting, baikbaik belaka and yang pasti..sekepala lahh! Al-maklumlahh saya nii kan pangkat adik kat Daiso tuhh hihihi XD so saya punya manja memang tahap adik sangat lahh kann! Hihihihi XD

Well, dulu memang selalu satu shift dengan Kak Norazita atau lebih famous dipanggil Kak Ita ((; Akak nii yang paling senior kat Daiso and dah confirm. Sayang kat Kak Ita macam akak sendiri sebab selalu layan saya punya karenah nii hihihi XD sikitsikit nak berkepit, kalau dapat satu shif dengan Kak Ita jawabnya memang dok mengikut jela Kak Ita tuhh. Kalau buat kerja pun kalau boleh nak dekatdekat, haa nampak tak mengada-ngadanya saya kat situ. Love you kak!

Haa, yang nii pasal my spongebob! Nama dia Norsuhaida. Kenapa saya panggil dia spongebob? Sebab dia nii pernah gelak sebijik macam spongebob! Bhahaha XD Sue nii tak boleh melekat dengan dia pasal kalau dah melekat jawabnya memang tak buat kerja sebab duadua dok potpetpotpet. Lagilagi si Sue nii memang friendly tahap semua orang dia tegur.. Haa, sebab tuhh kebanyakan customer kenal and suka potpetpotpet dengan dia. Lagi satu Sue nii jenis cakap terusterang. Dia suka, dia taksuka.. memang dia cakap setepek depan muka which is memang saya salute dengan Sue nii. Sayang awak my Spongebob!

Haa, yang ketiga nii yang paling senget sekali! Kak Zana atau nama sebenar Nor Shazana Athirah. Haa, nama dah glammm gituhh. Kalau dah berborak dengan akak nii memang bahaya sebab kak Zana nii kerja dia merepek je. Konon kita nak kenakan dia, jangan mimpilah sebab kita yang akan terkena balik. Kak Zana nii bahaya tau, kecikkecik dan semanismanis orangnya kalau dah mula mood nak kenakan orang haaa.. habislahh. Hihihi sayang Kak Zana jugakkkk!

Ada lagi sorang staff, nama Mufidah. Kira baru lagi so tak berapa nak rapat and kenal dengan dia lagi pasal tak selalu dapat satu shift dengan dia. Tapi yang saya tahu Sue memang suka bergaduh dengan si Fida nii. Bhahaha XD Sue memang, semua dia nak gaduh. Hihihi XD

Daiso masih memerlukan dua orang staff buat masa nehh. Kalau tak ada staff yang masuk menjelang bulan November jawabnya kami memang kerja tak ada life lahh sebab hujung bulan ada StockTake. Hadoii, harapharap adalahh staff yang masuk secepat mungkin. Memang masyuk laa asyik OT tapi kalau asyik OT, tapi sakit sanasini tak berbaloi jugakk, kann?

 * * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *

Haa, begitu lahh kisah keluarga kedua saya di Daiso. Harapharap kami akan terus bahagia bekerja bersama tanpa sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan. Aamiin. Sayang akakakak sekalian macam kakak saya sendiri ((‘;

Sunday, 30 June 2013

Proses Untuk Mendapatkan Lesen Memandu

Hai. Ni nak cerita pasal proses untuk memperoleh lesen memandu di Malaysia. Saya buat entri ni sebab adik perempuan saya sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen bagi kelas B2 tetapi sangkut sebab masih tidak lulus Ujian Bahagian 1 which is Ujian Berkomputer. Well, nak dapatkan lesen ni sebenarnya mudah tetapi tanggungjawab setelah mendapatkan lesen itu amatlah berat. So, kalau korang rasa korang tak bertanggungjawab, tak payahlah menggatal nak bawak apa jua kenderaan bermotor di atas jalan raya kerana dikhuatiri akan menyusahkan orang lain pula.

 * * * * * * * * * *  A L - K I S A H  * * * * * * * * * *

Well, perkara pertama yang korang perlu lakukan untuk mendapatkan lesen memandu yang sah di Malaysia ini adalah dengan mendaftar di mana-mana institut memandu yang korang tahu. Sekarang ni dah banyak institut memandu dan bermacam-macam pakej yang diaorang tawarkan untuk menarik minat para pelanggan jadi bergantung pada korang la nak pilih institut memandu yang mana. Macam saya dulu, saya ambil dekat IMKEDA AU3 je sebab dekat dengan rumah. Tak payah pergi jauh-jauh. Lagipun, dulu mak saya ambil dekat situ juga so tiada masalah la.

Selepas korang mendaftar, korang kena la buat pembayaran yang ditetapkan oleh institut memandu yang korang daftar. Macam IMKEDA, saya ambil lesen D jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM780 (tidak termasuk bayaran lain-lain). Tapi saya tak adalah bayar penuh cuma bayar RM500 dahulu. Bakinya saya selesaikan sebelum Ujian Bahagian II dan III. Lepas dah bayar, korang kena pergi menghadirkan diri ke kelas KPP lima jam. Dalam kelas KPP ni akan diterangkan sedikit sebanyak mengenai peraturan jalan raya dan proses-proses untuk mendapatkan lesen memandu. KPP ni macam ceramah juga laa, luckily masa saya dapat penceramah yang kelakar and sporting so tidak beberapa mengantuk la.

Next step, lepas korang dah menghadirkan diri selama 5 jam di kelas KPP, korang perlu menduduki Ujian Bahagian I iaitu Ujian Berkomputer. Ramai juga yang tidak lulus so, korang kenalah study and fahamkan betul signboard and beberapa perkara lagi tentang peraturan jalanraya di Malaysia. Janganlah buang duit dok repeat benda yang sama sedangkan korang boleh lulus sekali untuk mendapatkan benda yang sama. Markah lulus 42 dari 50. Saya dulu dapat 48 while my parents dapat markah penuh. Hmph (tak dapat nak beat their scores!) Salah dua soalan dekat bahagian A which is signboard. Maybe over-confident or confused dengan jawapan yang seakan-akan sama maksudnya. Oh ya, sebelum korang menduduki ujian Bahagian I ni, korang perlu membayar RM10 untuk gambar yang akan ditangkap untuk urusan JPJ sekiranya lesen kita hilang kemudian hari atau apa. Eh, walaupun korang bayar dan tangkap gambar pada hari Ujian Bahagian I, korang takkan dapat gambar tu tau sebab terus masuk dalam sistem. Hee. Oh ya, sebelum korang jawab ujian Bahagian I, korang perlu menjawab soalan warna dengan betul. Kalau salah satu je pun, nama korang akan terus di-blacklist di JPJ yang akan menyebabkan korang hilang layak untuk mendapatkan lesen. Sekiranya korang nak clearkan balik nama, korang kena jumpa doktor untuk mengesahkan yang korang ni tidak mempunyai masalah penglihatan. Dah satu hal lagi nak kena buat kan?

Sekiranya korang lulus Ujian Bahagian I, korang perlu menghadiri kelas Teori untuk kelas kenderaan yang korang pohon. Kali ini, tiga jam ceramah mengenai asas-asas kenderaan. Kalau kelas D macam saya dulu, penceramah akan memberitahu maklumat dan pengetahuan kepada kita bakal pemandu di jalan raya tentang komponen-komponen kenderaan dan juga kegunaannya. Selepas tu, korang kena hadiri kelas amali selama tiga jam juga. Macam saya dulu, tak sampai tiga jam pun sebab saya sudah faham dengan apa yang disampaikan oleh Cikgu Atemar atau lebih senang dan mesra dipanggil Cik Man. Tapi, kalau korang tak faham juga walaupun dah tiga jam kelas amali, kelas tu tetap akan di-extend! Haa, dah parah pula kan nak kena dengar ceramah lagi. Eh lupa, kelas amali takde ceramah sangat cuma kita diberi pendekatan lebih dekat dengan komponen-komponen kenderaan. Kalau nasib korang bagus, dapatlah belajar tukar tayar. Macam saya dulu, tak ada tukar tayar pun cuma dapat tengok bahagian enjin, fan and blablabla..

Lepas dah selesai enam jam kelas asas pengetahuan memandu.. Korang akan memperoleh lesen L yang membolehkan korang belajar memandu kelas kenderaan yang korang daftar. Kalau D, boleh bawa kereta dah la tetapi setakat belajar di litar memandu. Kalau nak bawak di luar, korang perlu bawa kenderaan yang diwartakan oleh institut memandu sahaja dan tenaga pengajar yang bertauliah perlu ada sekali. Lesen L ni valid dalam masa tiga bulan sahaja. Jadi, korang perlu mendapatkan lesen P dalam masa tiga bulan dan sekiranya gagal, korang perlu memperbaharui semula lesen L korang sehinggalah korang memperolehi lesen P. Lepas dah dapat lesen L ni, korang perlu belajar memandu selama 10 jam sekurang-kurangnya untuk membolehkan korang menduduki Ujian Bahagian II dan III. Tapi, katakan lah kalau dah cukup 10 jam and korang dah yakin yang korang dah boleh memandu, korang tak perlu menambah jam untuk memandu lagi tetapi sekiranya anda mahupun tenaga pengajar tak rasa yang anda boleh memandu lagi maka korang perlu menambah jam memandu lagi. Oh ya, masa saya dulu enam jam di litar memandu dan baki empat jam diteruskan di litar memandu di kawasan yang akan diuji oleh pegawai JPJ untuk membiasakan diri kita dengan jalan-jalan dan situasi sebenar ketika Ujian Bahagian II dan III.

Lepas korang dah confirm tarikh untuk ambil ujian Bahagian II dan III which is test JPJ.. Korang akan ke litar ujian sebenar untik diuji oleh para pegawai JPJ. Untuk Ujian Bahagian II anda akan diuji di bukit, parking dan juga 3 penjuru. Oh ya, sekarang dah tak ada tiang so korang kena lebih berhati-hati la yaa. Masa saya test Bahagian II dulu, saya buat bukit dua kali sebab masa kali pertama naik bukit, tayar hadapan tak sampai di garisan. Katanya 50 masuk 50 keluar. So, kalau berhadapan dengan situasi macam ni, korang kena la turun ke bawah bukit semula dan naik ke bukit sekali lagi. Oh ya, hanya dua kali percubaan je tau dan masa diberi tiga minit sahaja. Katakanlah macam saya dulu, kali pertama tak sampai then saya turun..saya naik atas bukit semula tapi tayar masih tidak berada di atas garisan, tetap GAGAL tetapi Alhamdulillah kali kedua berjaya. Menggigil juga la tangan dengan peluhnya lagi. Padahal masa sebelum naik kereta tu takde la nervous macam tu. Haha penangan Ujian JPJ punya pasal. Then, lepas korang lepas buat bukit, korang kena buat parking. Parking lima minit sahaja tau. Lebih lima minit dan masih tidak selesai meletakkan kenderaan anda di dalam petak anda dikira GAGAL! Korang kena park betul-betul jangan bagi mana-mana bahagian kenderaan keluar dari garisan kuning kalau tidak anda GAGAL! Lepas korang lulus parking, korang dikehendaki membuat pusingan tiga penjuru. Masa tiga penjuru ni JPJ dah kira tutup sebelah mata dah janji korang tak langgar apa-apa masa tu. Lupa pula, katakanlah semasa ujian anda melanggar sesuatu, anda tetap dikira GAGAL!

Setelah selesai Ujian Bahagian II yang mendebarkan, jangan fikir anda boleh bertenang, Masih ada Ujian Bahagian III yang memerlukan korang memandu di jalanraya sambil diuji oleh pegawai JPJ yang duduk bersebelahan dengan korang. So, kena laa bawak dengan penuh berhati-hati dan berhemah. Tak payah nak potong kenderaan lain walaupun kenderaan di hadapan lebih perlahan dari kura-kura sebab kalau korang buat macam tu, korang akan kehilangan 1 markah kerana memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Ouh, markah lulus 16 daripada 20 markah. Masa saya dulu dapat 18, ayah saya 17 dan emak saya 16. Hihi. Puas hati dapat beat markah diaorang. Kekeke XP Masa tengah tunggu giliran nak ambil Ujian Bahagian III tu, nampak punyalah banyak kenderaan yang dipandu pulang oleh pegawai JPJ yang menandakan anda GAGAL! Takut juga tetapi Alhamdulillah lulus juga. Seperti biasa, kat traffic light yang pertama, semasa latihan dan juga ujian..Enjin kenderaan mati sebab lift clutch more than accelerator. Hee, takut juga pegawai tu suruh berhenti lepas tu tapi nasib baik dia okay je. Dia tahu saya gelabah sebab kereta saya paling depan sekali and sebelah kereta saya adalah bas. Mana tak gelabah. Haa.

So, kalau lulus semua ujian-ujian tersebut maka anda akan memperoleh Lesen P yang sahlaku sehingga dua tahun. Jadi selama dua tahun juga lah anda perlu menampal pelekat P di kenderaan anda (:

So kepada korang yang ingin atau sedang mengambil lesen, semoga berjaya memperolehi lesen dengan sekali percubaan dan kepada yang dah dapat lesen tu jangan lupa diri. Lesen tu sebenarnya satu tanggungjawab. Jadi pemandu yang berhemah agar kadar kemalangan jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan :D

 * * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


*Terima kasih Cik Man sebab dah ajar saya sampai saya berjaya dapat lesen P (: Takkan lupa Cik Man sebab cik man ajar saya dan juga Cik Man pernah meniaga sayur menggunakan lori masa saya kecil-kecil dulu :P

Saturday, 29 June 2013

Nasib Malang Kucing Yang Sedang Bunting

Hai. Entri kali ni agak menyedihkan bagi sesiapa yang menyayangi kucing. Kenapa? Sebab saya telah ditemukan dengan kucing yang bernasib malang. Sedihnya hati sehingga menangis beberapa jam melihat nasib kucing ini. Apa jadi kat kucing ni? Meh saya cerita.

 * * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *

Ahad, 30 Jun 2013, Jam0530. Saya terdengar bunyi anjing meyalak. Pada mulanya saya biarkan sahaja kerana sudah biasa dengan bunyi salakan anjing sebelum matahari terbit ni. Then, a few minutes later.. Saya terdengar bunyi kucing..bukannya bunyi kucing yang sedang bermanja atau bermain tetapi bunyi kucing yang sedang marah atau diancam. Sebelum ni saya tak pernah berdepan dengan situasi begini walaupun anjing-anjing liar kerap berlegar-legar di sekitar rumah pada waktu malam (siang pun ada). Ingat nak biar je.. Tapi entah macam mana teringat si Opie yang keluar dari petang tak balik-balik. Walaupun saya tahu itu bukan Opie tapi entah macam ada magnetic force yang suruh menjenguk melihat keadaan itu.

Saya pun jenguk lah dari tingkap bilik. Dari jauh kelihatan beberapa ekor anjing di atas bukit berhampiran. Bunyi kucing dan anjing tum akin kuat dan kerap pula. Dalam hati mengatakan yang anjing-anjing tersebut sedang mengerjakan kucing itu tetapi jauh di lubuk hati berharap yang ianya tidak benar. Jadi, saya pun ambil handphone untuk menyuluh ke kawasan bukit itu namun masih tidak nampak apa-apa.

Saya nekad untuk keluar rumah dan melihat apa yang terjadi. Just in case, bawak paying kot-kot apa-apa terjadi nanti. Sampai je kat bukit tu, nampak tiga ekor anjing sedang melarikan diri mereka. Tapi, bayang kucing tu tak kelihatan. Saya pun suluh ke bawah bukit dan saya melihat seakan-akan seekor kucing berwarna putih sedang terbaring lemah. Saya segera turun ke bawah bukit untuk melihat dengan lebih jelas. Alangkah sedihnya hati ni bila melihat apa yang saya sangkakan itu benar belaka. Seekor kucing betina yang sedang bunting terbaring lemah di kawasan semak. Saya ingin menolong kucing tersebut tetapi bimbang sekiranya saya mengangkat kucing itu keadaan kucing itu akan menjadi semakin teruk. Saya cuba memegang kaki hadapannya namun kucing tersebut mendengus kesakitan. Saya tidak tahu mahu berbuat apa masa tu. Jadi, mahu tidak mahu, saya tetap mengangkatnya ke sebuah meja berhampiran.

Saya menyuluh badan kucing tersebut.. terdapat luka di badannya walaupun tidak berdarah. Kukunya ada yang patah kemungkinan cuba melawan anjing-anjing tersebut. Ekornya kembang seakan-akan masih takut. Saya hanya mampu berdoa ketika itu supaya Allah memanjangkan umur kucing tersebut sekiranya itu yang terbaik untuk kucing itu.

Saya segera membawa dia ke rumah. Tetapi saya letakkan di luar rumah dahulu kerana badannya masih basah terkena air liur anjing. Saya masuk ke rumah untuk membasuh tangan dahulu. (Sertu akan dilakukan kemudian) Saya kembali melihat kucing tersebut..Kucing tersebut sedang nazak.. Bercucuran air mata melihat keadaannya yang cuba bernafas. Kelihatan satu bonjolan besar di bahagian badannya setiap kali ianya cuba bernafas. Beberapa minit kemudian, nafas kucing itu berhenti.

Saya cuba menggerakkan kucing tersebut dengan harapan dia akan kembali namun hamba Allah yang kecil ini telahpun mati. Saya tidak dapat menahan airmata melihatkan kucing tersebut mati di hadapan mata saya. Saya ingat kucing tersebut akan mampu pulih seperti sedia kala memandangkan tiada luka teruk di bahagian luar badannya namun sangkaan saya salah kerana saya melihat darah mengalir keluar dari mulut kucing tersebut semasa dia mati. Mungkin ada pendarahan dalaman kot anjing-anjing itu melambung dan menghempaskan kucing itu ke tanah.

Ketika itu jam hampir jam0600. Masih gelap untuk ke belakang rumah untuk tanam kucing tersebut. Saya hanya mampu balutkan kucing tersebut dengan surat khabar dan plastik just prepare kot berbau sebab kucing ni sebelum dia mati ada poops yang keluar sedikit. Nak tutup mata dan mulut kucing tu hanya dapat separuh sahaja.

Jam0730, hari dah terang.. Saya pergi ke belakang rumah untuk menanam bangkai kucing tersebut. Sedih hati sebab kat kawasan tu jugalah saya tanamkan burung tiung dan burung perling mata merah yang pernah saya bela.

Ya Allah. Please protect my missing kitties out there. Let them be safe wherever they are. I miss them so much and for the Mama Cat, I’m sorry for not being there earlier. If I go there straight away after hearing you, you might survive and give birth to your beautiful kitties. I’m really sorry! And for Opie and Mama Pipok, just stay at home after this. I will not let you go out after this.

 * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


*Tak tahu sama ada kucing itu mempunyai tuan ataupun tidak. Melihatkan kucing itu mempunyai bulu yang lawa dan cantik seakan-akan ada tuannya tetapi entahlah. For my neighbours yang duduk area Keramat, kot ada hilang kucing betina berwarna putih, ekor berwarna perang kehitaman.. Maafkan saya, saya tak sempat menyelamatkan kucing anda.

**Gambar? Later. Masih sedih untuk upload!

I'm A VIP, VIP of Big Bang!

Hai. Saya VIP, anda? Eh, VIP yang saya maksudkan ni bukan akronim untuk Very Important Person / Princess tau. VIP yang saya maksudkan di sini adalah VIP yang khas untuk fans K-Pop Idols, Big Bang (: Kenapa fans Big Bang dipanggil VIP? Sebabnya adalah setiap kali Big Bang berada di atas pentas dan membuat comeback, most of their song will be the King of The Charts and when they perform on stage they will take the entire stage like a VIP! That’s why la. Tapi, kenapa saya minat dengan Big Bang?


 * * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *

Well, bagi saya setiap ahli Big Bang ada daya tarikan nya sendiri. As a VIP, my bias(es) is T.O.P oppa <3 , G- Dragon , Taeyang , Daesung and Seungri! Ahh, semua laa. Haha, okayokay serious my bias is Choi Seung Hyun oppa a.k.a T.O.P. ! Well, who’s your bias(es)? Let me know if you’re a VIP too (:
The reason(s) why I like Big Bang is/are because:

Choi Seung Hyun / TOP:
o   Suara TOP oppa bila rapping is so low that’s why I like him so much!
o   Bila on-camera or on-stage, TOP oppa akan berubah menjadi seorang yang sangat senyap, malu dan pasif sedangkan hakikat sebenar bukan la begitu.
o   TOP oppa sangat nakal and funny!
o   His personality on-camera adalah personaliti yang sangat diidamkan oleh kebanyakan wanita di sana! (off-camera juga saya sukaaaaaa!)
o   He speaks his mind and kind of honest, is it?
o   Suka bila TOP is getting aroused and turned his personality from being shy to a mischievous man!
o   For me, killer part of TOP oppa is when he’s stare directly to you! His stares kills me that instant!
o   His emerald hair! Unique and suits him well.

Kwon Ji Young / G-Dragon:
o   His nickname itself Dragon, kind of unique that’s why he’s one of a kind!
o   Talented in music. Composes many HIT songs for every BIG BANG’s comeback!
o   The most important thing is his smile. My Gosh, melting!
o   He’s a very passionate leader!
o   He has a high sense in fashion! Maybe sometimes it’s weird but after a while, I can see some people will starts to follow his new style (: (indeed my sis try to cut her hair like his hair in Fantastic Baby MV)

Dong Young Bae / Taeyang:
o   His vocal is extremely makes me melting like an ice-cream! His voice, if there’s 5 stars I will rate it 100 stars! He’s voice like it is from heaven!
o   The way he dances vigorously on stage! On-stage he’s an active person but actually he’s a shy person.
o   His personality looks matured and sometimes I will think that he’s the eldest one when he speaks!
o   His six-packs! My god so sexy! (astaghfirullahalazim!)

Kang Dae Sung / Daesung:
o   He ALWAYS smiling and try to entertain people near him.
o   He’s shining bright like a diamond! (cewahh Rihanna pula)
o   Hardly to see he shows his sadness. (oh! Just once ! Seeing him like that tears me apart.)
o   His body + his six-packs! Same like Taeyang, sexy!
o   His blonde hair! Hee~

Lee Seung Hyun / Seungri:
o   He’s the maknae in the group!
o   Very talkative and love everytime he quarrel with TOP. (he said why should he call TOP hyung when his english name is TOP! HaHaHa!)
o   He looks very confident and try his best in everything.

Itulah sebab-sebab kenapa saya sangat meminati Big Bang. Bagi saya diaorang ni sangat talented! So, for those VIP out there, keep supporting our oppas in future! <3

 * * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *

*VIP is the most tough and cool fans coz even though there are many scandals and bad issues of Big Bang, we keep on support our oppas.