Hai. Korang mesti ada laman sosial seperti
facebook, twitter, tagged dan lain-lain lagi.
Bukan golongan muda dewasa juga
tetapi adik-adik yang masih bersekolah rendah pun
kebanyakannya sudah ada fb.
Mungkin ada antara korang semua yang tak tahu atau naïf
dengan dunia IT ni
sampai dengan slumbernya mendedahkan perkara peribadi korang di
laman sosial.
Haaa! Perbuatan korang tu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri
korang
sendiri tanpa korang sedar. Ni tips-tips saya supaya korang tak terdedah kepada
mangsa jenayah siber nih. Check it out,okay?
* * * * *
* * * * * A L – K I S A H * * * * * * * * * *
Berikut merupakan antara perkara-perkara yang
tak patut didedahkan di dalam fb
mahupun mana-mana laman sosial anda:
1.
Tarikh Lahir :
Korang
jangan pernah sesekali mendedahkan tarikh lahir korang di fb. Kenapa?
Kebanyakan kita menggunakan tarikh lahir sendiri sebagai kata laluan untuk kad
bank,
email dan apa-apa juga benda yang memerlukan password kerana itu lebih
mudah untuk
diingingati. Jadi, sekiranya anda mendedahkan tarikh lahir korang
di mana-mana laman
sosial..takut seseorang yang kurang bermoral menyalahgunakan
tarikh lahir anda untuk
mengakses sesuatu kepunyaan anda. Biarlah kita tak
terima banyak wish ketika birthday
kita dari terpaksa menempuh kesusahan di
kemudian hari.
*Jangan
guna tarikh lahir sebagai password. So, guna lah tarikh lain. Sesuatu yang
tidak
obvious J
2.
Nama ibu :
Kenapa
tak boleh? Sebab kebanyakan laman sesawang menggunakan nama ibu sebagai
soalan
keselamatan. Well, kalau korang register broadband celcom pun diaorang akan
tanya nama ibu korang sebagai soalan keselamatan. So, take note!
*Tahu
sayang ibu. Siapa tak sayang? Tetapi jangan sampai kita meraung hanya kerana
nama :P
3.
Alamat rumah :
Jangan
pernah sekalipun korang memberitahu sesiapa alamat rumah korang di laman
sosial.
Yelaa, selalunya waktu raya kan ramai orang buat Open House..konon nak
invite semua kat
friendlist so post lah alamat rumah..tak cukup dengan tu siap
buat map lagi macam mana
nak datang rumah! Haa, nanti kalau korang pergi
holiday..sah korang akan update status
“I’m far away from home! Out for a
weekend for holiday with my beloved family!
Yeehaaa!” Haaa! Jangan tanya kenapa
rumah korang boleh kena aim kat situ. Dah lah bagi
alamat, siap bagi map, bagitahu
takde dekat rumah, boleh pulak bagitahu bila nak balik..
Haa, lagi menyenangkan
kerja orang tu laa kan!
*Tak
payah nak bagitahu alamat. Suruh je datang kat dewan then pergi lah jemput
mereka
di sana J Tak
semua orang yang dijemput akan hadir!
4.
Check-in to a place far away from
home :
Perbuatan
korang ni mungkin memberi manfaat kepada mereka yang telah lama
memerhatikan
keadaan rumah anda! Awas! Jangan memudahkan kerja mereka tetapi
sebaliknya
elakkan dari menjadi mangsa jenayah!
*Tak
payah nak bagitahu orang sangat korang kat mana setiap masa.
5.
Nombor telefon :
Kebanyakan
kita tidak sedar akan bahaya meletakkan nombor telefon di laman sosial
walaupun
kita set kepada private/only me. Untuk pengetahuan korang..Walaupun korang
set
sebegitu..tidak mustahil maklumat korang boleh bocor suatu hari nanti.
Especially
kepada mereka yang online menggunakan telefon bimbit yang akan
sentiasa “synchronise”
maklumat korang. Pernah sekali masa nak send message
dekat someone..nombor telefon
orang yang takde dalam list contact turut barada
dalam senarai kerana telah diautomatik
“sync”. Kadang-kadang kita terlalu
peramah dan pemurah memberikan nombor kepada
kenalan baru tetapi ingatlah
bahawa perbuatan anda sebenarnya memberikan peluang
besar kepada telemarketers,
stalkers dan sesiapa sahaja!
Nama-nama di atas adalah mereka di friendlist fb saya. Saya tidak mempunyai apa-apa maklumat selain dari nama mereka teapi bila saya hanya menaip AB, nama mereka di fb keluar bersama email dan juga nombor telefon.
*Jangan
bagi nombor telefon kepada sesiapa di laman sosial sebaliknya berilah nombor
public kepada mereka. HAHAHA XD
6.
Gambar di dalam rumah :
Kadang-kadang
apabila kita membeli perabot baharu, kita selalu snap gambar untuk
dikongsi
kepada rakan-rakan di laman sosial. Konon baru beli TV LED 56’ inch, 3D lagi,
dilengkapi dengan Home Teater haa kauuu. Jangan tanya kenapa kegembiraan anda
memeliki TV baharu tidak kekal lama. Anda sendiri punca segalanya!
*Tak
payah bagitahu umum kita ada beli sesuatu yang canggih serta baharu. Sebaliknya
amalkanlah sikap low-profile. Anda selamat, orang lain pun tidak fikir yang
anda mahu
berlagak J
7. Gambar yang tidak senonoh
:
Yaa!
Tak dinafikan sesetengah pemilik laman sosial lebih gemar meletakkan gambar
berunsur ‘panas’ kerana inginmenjadi HOT di laman sosial tetapi ingatlah bahawa
neraka
Allah lebih HOT kelak. Belum lagi fikir orang dok right-click and save
gambar anda untuk
disalahgunakan kelak.
*Anda
nak seksi, terpulang kepada anda tetapi tidak perlu berkongsi gambar kerana
orang yang tak nampak keseksian anda turut mendapat dosa apabila memandang
gambar
anda!
8.
Membuat status atau statement yang
boleh mengundang perbalahan sesama
pegguna laman sosial lain :
Kadang-kadang
kita meluahkan rasa tidak puas hati kita di laman sosial dan kadangkala
bahasa
yang digunakan tidak elok jadi perkara sebegini boleh mengundang rasa tidak
puas
hati orang lain juga apabila membaca status anda. Kadangkala kita tidak
state nama orang
yang buat kita sakit hati tetapi ingat kadangkala orang lain
juga terasa juga J
*Berpada-pada
lah nak berkongsi rasa hati di laman sosial.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang tidak
sepatutnya kita dedahkan di laman sosial ni,
Kesimpulannya, laman sosial ni
lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Jadi marilah
kita beramai-ramai
deactivate semua akaun laman sosial kita sebaliknya face-to-face
berbicara
kerana itu lebih mudah..jimat masa dan tidak memerlukan wang yang banyak
malah
potensi untuk terdedah kepada jenayah juga tipis J
* * * * * * * * * * T A M A T
* * * * * * * * * *
Tak
semua pengguna laman sosial macam SO-SIAL :P Tetapi mencegah itu lebih baik
dari
merawat.