Thursday 27 June 2013

Monday Couple Moment Together, Part 1

Hai. Kali ni nak cerita pasal saat-saat Monday Couple bersama. Well, selalunya saya buat video je pasal Monday Couple sebab kalau dibaca mungkin apa yang saya tulis tak fit dengan situasi tu. Anyway, I tried my best to write about Monday Couple. Anyway, Monday Couple Jjang!

*Tiada Al-Kisah. Untuk memudahkan anda mengingati semula episod yang saya olahkan semula..saya sertakan sekali episod, landmark dan juga tetamu J Hope enjoy :*

Episod 4, Gwacheon National Science Museum, Nichkhun 2PM & Jessica SNSD

Ketika Gary sedang fokus unuk melontarkan roket Joong Ki, Ji Hyo datang menyelinap ke sebelah Gary untuk membuat kejutan terhadapnya. Gary yang terkejut dengan tingkah laku Ji Hyo kelihatan malu dan hairan dengan Ji Hyo.










Episod 8, Seoul Museum of History, Victoria, Park Joon Kyu & Lee Joon

Suk Jin bertanya kepada Ji Hyo tentang perkara apa yang dia mahir dan bagus? Ketika Ji Hyo sedang berfikir, Gary serta merta menjawab.. “CINTA”. Gary juga menambah Ji Hyo mempunyai mata yang cantik. Suk Jin kemudian bertanya samada Gary menyukai Ji Hyo namun Gary yang malu menukar subjek serta merta.



Episod 10, National Museum of Contemporary Art, Cha Tae Hyun & Yoon Se Ah

Ketika Ji Hyo perlu dijentik di dahi sebanyak 7 kali menggunakan chopstick oleh Suk Jin untuk mendapatkan Kupon Bebas Dari Hukuman.. Gary telah menawarkan diri untuk menggantikan Ji Hyo namun ditolak oleh Ji Hyo.
Ketika mereka disuruh memilih seorang ahli dalam setiap kumpulan untuk tinggal dan ahli-ahli yang lain keluar mencari lukisan.. mereka terus memilih Ji Hyo dan Gary. Setelah ahli-ahli yang lain keluar..tinggallah Gary dan Ji Hyo berdua. Mereka berdua kelihatan kekok namun saling mencuri pandang sesama mereka. Gary kemudian berjalan ulang alik di belakang Ji Hyo dan menutup matanya secara tiba-tiba untuk bergurau dengannya namun itu hanya membuatkan Ji Hyo menjadi lebih kekok. Gary kemudian bertindak keluar untuk membelikan Ji Hyo kopi ais. Ji Hyo yang terharu dengan usaha Gary mengambil lagi satu cawan untuk berkongsi minuman. Setelah selesai minum..Ji Hyo bertanya bilakah Gary mahu berkahwin kerana Gary sudah berada di usia pertengahan 30-an. Gary kemudian menjawab dia tidak merancang untuk berkahwin lagi. Gary bertanya Ji Hyo kembali adakah Ji Hyo mahu berkahwin cepat? Ji Hyo ketawa. Ketika mereka berdua keluar untuk mencari lukisan yang dimaksudkan oleh ahli kumpulan mereka.Gary telah mengambil gambar Ji Hyo.

Episod 11, Seoul Central Post Office, Jung Yong Hwa & Kim Jae Dong

Ketika Jae Suk sedang bercakap dengan Gary di awal rancangan, Ji Hyo segera melangkah keluar untuk memandang Gary seakan-akan memberi perhatian kepadanya. HaHa kemudian terus menyakat Ji Hyo dengan Gary. Gary kemudiannya mencadangkan kepada Ji Hyo untuk melangkah ke belakang untuk saling memerhati selepas ini. Cadangan Gary membuatkan Ji Hyo hilang kata-kata.
Ketika misi mengenakan Gary.. Ahli-ahli Running Man menggunakan Ji Hyo sebagai salah satu cara untuk mengalih perhatiannya. Gary yang malu tapi mahu duduk bersebelahan dengan Ji Hyo. Ketika Kwang Soo sedang cuba mencalit dakwat di pipi Gary.. Ji Hyo megalih perhatian Gary dengan mencalit dakwat di pipinya dahulu. Gary terkejut dan bertanya kenapa dia berbuat begitu? Gary juga turut mencalit dakwat ke pipi Ji Hyo.Perhatian dan emosi Gary telah dialihkan kepada Ji Hyo. Yong Hwa yang kemudiannya cuba ‘membersihkan’ kesan dakwat yang dicalit Ji Hyo telah dihalang oleh Gary kerana Gary ingin menyimpan kesan dakwat itu sehingga esok. Gary juga turut mengajak Ji Hyo untuk bekerjasama untuk mendapatkan Running Ball. Ketika Gary dan Ji Hyo menjadi peserta terakhir..mereka berdua diminta memberi ucapan. Ji Hyo berkata yang dia akan mencuba sebaik mungkin dan Gary pula berkata yang dia akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan kemenangan kepada Ji Hyo kerana Ji Hyo menginginkan kemenangan namun Gary hanya mahukan Ji Hyo. Setelah misi sebenar didedahkan, Gary kelihatan kecewa dengan Ji Hyo kerana Ji Hyo telah mengelirukan perasaannya.
Ketika giliran Ji Hyo untuk mengambil kotak tanpa menjatuhkan kotak-kotak yang lain tipis.. Ji Hyo mengeluh dan berkata alangkah bagusnya jika dia dapat menggunakan kuasa Jong Kook. Mendengar kata-kata Ji Hyo, Gary berasa sedih dan bertanya siapa dia pada diri Ji Hyo. Gary dengan manjanya memberitahu Ji Hyo bahawa dia juga belajar boxing. Jadi, Ji Hyo menggunakan bantuan dari Gary. Melihatkan peluang itu, Jong Kook mencadangkan kepada Ji Hyo supaya memenuhi permintaan Gary sekiranya dia berjaya mengalihkan kotak tersebut. Gary mencuba sehabis baik namun gagal tetapi Ji Hyo melompat gembira kerana tidak perlu menunaikan permintaan Gary.

Episod 12, Seoul Design Fair,(tiada tetamu)
*Happy Birthday Joong Ki oppa. <3 :D

Ketika mereka sedang bersedia untuk bermain ‘kad pencuri’Joong Ki menyentuh pipi Ji Hyo. Gary yang sentiasa peka terus bertanya apa yang sedang Joong Ki lakukan namun Joong Ki seakan-akan tidak mengambil peduli dengan soalan Gary itu dan itu membuatkan Gary bertambah stress. Joong Ki kemudian meminta maaf tetapi Jae Suk menggusarkan hati Gary dengan berkata walaupun cinta itu baik dan bagus tetapi kalau tiada jodoh tetap tiada guna namun Gary dengan yakin menjawab yang dia tidak akan berputus asa terhadap Ji Hyo.
Ketika permainan kejar mengejar..Jong Kook telah mengarahkan Gary untuk menangkap Ji Hyo namun Gary telah mengingkari arahan komander Jong Kook dengan memberi alasan Ji Hyo berlari lebih laju darinya sedangkan Jong Kook nampak Ji Hyo di depan matanya yang berada dalam keadaan selesa. Perbuatan Gary itu membuatkan Jong Kook sendiri menangkap Ji Hyo. Gary yang melihat Ji Hyo ditangkap bergegas ke arah mereka. Jong Kook kemudian mengarahkan Gary untuk mencabut tanda nama Ji Hyo sementara Jong Kook dan HaHa menangkap Joong Ki. Setelah ditingglkan berdua, Ji Hyo merayu kepada Gary supaya dilepaskan. Mereka kemudian berjalan berdua-duaan di atas padang di dalam hujam sambil membincangkan tawaran masing-masing. Gary yang mahu melepaskan Ji Hyo meminta Ji Hyo supaya tidak memberitahu Jong Kook dan Ji Hyo bersetuju dengan syarat Ji Hyo memberikan nombor telefonnya kepada Gary. Setelah ‘memeterai’ perjanjian bersama di dalam hujan, Gary melepaskan Ji Hyo pergi.

Episod 13, SBS Broadcast Centre, Jang Dong Min & Lizzy

Ketika mereka sedang bermain permainan menyambung perkataan, Ji Hyo yang telah terkeluar lebih awal membantu Gary menyambung perkataan dengan menyebut “CHAL – DDEOK”. Seterusnya, ketika perkataan JI sampai ketika giliran Gary.. Gary terus menyebut “JI HYO”.

Sampai di sini dahulu. Tetapi jangan risau.. Entri ini akan disambung J Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca olahan semula saat-saat Monday Couple bersama. Teruskan menyokong Monday Couple! Monday Couple Jjang! Bye.

p/s: Gambar lain akan di-upload kemudian. Slow connection. Sorry readers.

No comments:

Post a Comment