Wednesday 5 June 2013

Bercuti di Negeri Di Bawah Bayu

Hai. Kali ni nak cerita pasal my trip to Negeri di Bawah Bayu. Haaa? Negeri apa? Amboi. Lama dah lupa ‘nickname’ bagi setiap negeri di Malaysia ke? Sebenarnya saya sendiri tak berapa ingat tapi sebab nak buat entri ni saya berusaha juga lah ingat kembali dan akhirnya saya berjaya ingat semua nickname negeri di Malaysia ni..yippi! Haa, bagi yang tak tahu tu or tak ingat sangat.. Negeri di Bawah Bayu adalah nickname bagi Negeri Sabah.

* * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *

Kali pertama saya menjejakkan kaki di Sabah adalah pada bulan April 2012 dan kali kedua pada bulan Mac 2013. Harap-harapnya boleh lah pergi Sabah setiap tahun sebab bagi saya ianya satu negeri yang sangat menarik perhatian saya.

Well, saya pergi ke Sabah untuk bercuti jadi sudah semestinya saya berjalan makan angin kan? Antara tempat yang sempat saya pergi adalah Kota Kinabalu, One Borneo, Suria Sabah, Pantai Tanjung Lipat, Pantai Tanjung Aru, Kota Belud, Pantai Lok Kawi, Papar, Kinarut dan kawasan sekitarnya lah. Haa, yang paling saya suka adalah Pantai especially Pantai Tanjung Aru. Memang nampaklah air laut yang biru tu. Angin kat situ pon sedap je masa saya datang. Seronok jugalah bermandi manda dan yang paling menarik adalah saya terjumpa beberapa ekor obor-obor atau ‘balung’ semasa mandi ketika hari hampir gelap. Haa, nasib baik nampak kalau terleka habis gatal-gatal badan saya kena obor-obor tu. Memandangkan Pantai Tanjung Aru berhampiran dengan Lapangan Terbang, banyak juga lah melambai ke arah kapal terbang ketika mandi.  Haa, nampak childish kan? So what, macam lah tak pernah buat.

Well, Suria Sabah boleh dikatakan macam Mid Valley and One Borneo macam Times Square bagi saya. Masa saya pergi Suria Sabah sempat juga tengok wayang Wrath of The Titans. Hee. Not bad laa theatre dia cuma Wangsa Walk punya theatre lagi best bagi saya sebab saya prefer Tanjung Golden Village (TGV) punya theatre compare to Golden Screen Cinemas (GSC).

Oh yaa, berhampiran dengan Suria Sabah ada macam pasar malam yang jual seafood fresh woaahhh. Murah lagi tu! Yela, kan dekat dengan laut. Bayangkanlah, baru turu dari kapal..after that dah jual.. Haa, fresh woaahh! Memang puas hati lah cuma masa saya pergi tu ada krisis laut merah..macam beracun laa. Kalau nak makan seafood kena hati-hati and take extra precautions sebab kalau terkena boleh mengundang maut. Jadi saya tak makan lah. Bila kali kedua datang baru saya makan. Haa, amik kau. Berkilo-kilo sotong saya beli.. Macam-macam jenis masakan saya masak.. Goreng,. Bakar..Masak Kicap..Masak Sambal..Masak Lemak tak lah pulak sebab tak jumpa kelapa nya. Hee~ Oh lupa, saya ada jugak beli ketam beberapa ekor then masak kari wahhh masih tak puas woaahhh! Tapi, seksa lepas makan seafood tu memang kena tahan laa lepas tu.. Mana gatal-gatal hampir satu badan tambah lagi resdung haa berganda lagi lah.. Tapi sebab nak makan punya pasal, lantak juga laa.

Masa pergi jalan-jalan dekat Kota Belud.. Saya banyak ‘melantak’ kelapa pandan. Haa, masa on the way nak balik.. Seksa nak terkucil lah datang tapi apa-apa pun memang best. Well, jalan nak ke Kota Belud dari Kota Kinabalu mana ada highway.. Jalan kampung tapi best laa! Tak banyak kereta sangat lagipun kiri kanan jalan banyak hutan tambah pulak ada laut dengan sawah padi..waaahh ternganga macam tak pernah nampak jugalah masa lalu tu. Memang terbaik lah!

Oh yaa, masa kali kedua saya pergi ke Sabah..after a few days tu ada timbul isu pasal tentera Sulu so tak berapa nak keluar sangat lah sebab banyak roadblock yang dilakukan. Masa on the way nak pergi ke Lapangan Terbang untuk balik semula ke Kuala Lumpur.. Ada ternampak beberapa kumpulan tentera di Pantai Lok Kawi bersama guni.. Mungkin diorang amik pasir laut lah kot. Anyway, Alhamdulillah isu tentera Sulu sudahpun reda sekarang ini. Tak lupa kepada anggota polis yang terkorban semasa Ops Daulat ni dijalankan..Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota dan terima kasih tidak terhingga kerana melindungi negeri dan juga Negara ini dari diserang musuh. Al-Fatihah.

 * * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


*Sabah Negeri di Bawah Bayu.. Bayu yang bertiup sangat mendamaikan jiwa. Ingin sekali kembali ke Sabah suatu hari nanti. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment