Thursday 27 September 2012

New theme of google chrome! BIG BANG! ^^ V


Ni la theme baru saya. Hey, still with 2PM tau but currently gain some new interest in Big Bang! Actually attracted to Big Bang because of T.O.P :) Which one is T.O.P? Let me introduce you to Big Bang members :)

From left it's TAEYANG, SEUNGRI, TOP, G-DRAGON and the right side one is maknae DAESUNG :)

This is the old picture of Big Bang. How do I know? Because their new colour and syle of hair is different and more HOT than this. TOP's hair colour is currently emerald and daesung dyed his hair to blonde (now silver). GD's hair syle also change. The new one is one in the Fantastic Baby MV :)

Say what? WOW! FANTASTIC BABY!

New members of the family :)


Assalamualaikum :) This time I wanna share about the new members of my family ;) Hee~ They are two cute little kitties (they got no name yet). Dorang ni comel sangat tau. Tapi, kelahiran mereka seakan serupa seperti kelahiran anak-anak Pipok yang dahulu. Entah lah. Apa yang saya harapkan, tekaan saya saat ni salah kerana hati ini tidak kuat dan tidak mampu untuk menerima hakikat sekiranya mereka akan membesar tanpa melihat dunia sebenar. Semalam, saya menjadi veterinar sebentar (hehe). Biasalah, perkara pertama yang saya akan periksa adalah mata. Kedua-dua ekor anak kucing ni ada masalah pada mata mereka. Seekor mata sebelah kanan dan seekor lagi sebelah kiri. Risau juga melihat keadaan mereka tetapi apa yang mampu saya lakukan saat ini hanyalah berdoa supaya mereka berdua akan baik sahaja.

Nak tengok diaorang tak? Hehe semalam sempat jadi photographer untuk mereka dua beradik ni yeaahh :P















Ujian Berkomputer/ Ujian Bahagian 1 :)

Alhamdulillah :) Saya telah lulus ujian berkomputer semalam. Walaupun keputusannya tidaklah sehebat keputusan mak dan ayah saya yang mendapat 50/50 tetapi sekurang-kurangnya LULUS :) Berbaloi bersengkang mata menghadap buku memandu and do a lot of question! Target saya untuk ujian berkomputer adalah untuk mendapatkan markah penuh seperti parent saya tetapi saya hanya mendapat 48/50. Tidak mengapalah kerana sasaran sebenar saya adalh  untuk lulus ujian berkomputer ni.

Nak dijadikan cerita semalam pagi-pagi lagi terpaksa berjalan 2KM ke IMKEDA Au3 dari rumah saya kerana bas T309 Rapid KL telah pun terlepas di depan mata. Nak buat macam mana. Nak tunggu lagi setengah jam jadi memang tidak sempat lah kerana sudah jam 8.10 pagi. Kakak kerani pesan 8.30 dah ada kat IMKEDA so saya pun berjalan kaki lah menuju ke IMKEDA Au3 bawah sana. So, macam yang saya dah agak bukannya 8.30 pagi tetapi pukul 9.30 pagi pun masih ada lagi yang belum datang. Panas je hati ni. So, around 10.00 am bertolak ke myEG di Danau Kota/ Setapak Indah.

Sampai je di sana, kerani tu memaklumkan bahawa sistem mereka tengah offline hampir 2 jam. Jadi, ramai lah yang menanti giliran untuk booking dan mengambil ujian tersebut. Setelah menunggu hampir 1 jam di myEG Danau Kota, giliran saya untuk mengambil ujian tersebut tiba. Saya telah diarahkan untuk mengunakan PC 3. Alhamdulillah, kebanyakan soalan yang telah saya buat dan kaji keluar di dalam ujian saya. Saya mengambil masa 15 minit untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Hati ini rasa berdebar-debar di saat mengklik butang semak keputusan. Hati saya kemudian berbunga riang setelah melihat keputusan saya. Keluar dari bilik ujian tersebut, senyuman dilemparkan kepada semua orang di situ :) Hehe bangga lah juga kerana telah lulus ujian berkomputer pada kali pertama :)

Walaupun saya sudah selesai menjawab ujian, saya masih perlu menunggu beberapa orang calon lain selesai menjawab soalan barulah saya boleh balik kerana saya datang di situ menaiki van. Bukannya tidak boleh balik sendiri tetapi tak salah rasanya menunggu lagi. Masa menunggu tu sempat juga hantar sms dekat mak and ayah tentang keputusan ujian saya. Hati ini melonjak riang apabila ayah mengucapkan tahniah kepada saya :D Bagi saya itu lebih penting dari hadiah yang akan diberikan kepada saya kerana lulus ujian tersebut :D

Jam menunjukkan jam 12 tengahari. Kami datang ke myEG seramai 9 orang tetapi yang balik menaiki van tersebut hanyalah 4 orang dan dari 9 orang hanya 2 orang yang lulus ujian tersebut. Rata-rata mereka yang gagal ujian tersebut mendapat markah 41/50 jadi mereka mahu mengambil semula ujian tersebut. Oh ya, budak lelaki seorang tu tak boleh ambil ujian berkomputer kerana blacklist JPJ. Saman tak bayar lah kot.

So, hari ahad ni ada kelas amali 3 jam. Akak kerani kata 8.30 pagi dah ada. Akak oii, memang tak lah saya nak tunggu lama lagi. Kelas tu 3 jam je kak. Habis kelas tu pukul 12.30 tengahari kenapa saya nak datang 8.30 pagi sedangkan ramai yang datang pukul 9.00 pagi? Apa-apa pun tengoklah hari ahad ni macam mana. Kot saya ada mood saya datang lah awal kalau tak, pukul 9.00 pagi lah saya datang yaa :P

Ya! Ch'in gu! Annyong hi gaseyo! Na jung e bwae yo! 

Hey! Friend! Goodbye. See you later :)

Tuesday 25 September 2012

Lesen Memandu in progress :P

Assalamualaikum. Minggu lepas, secara rasminya saya telah mendaftarkan diri di IMKEDA AU3 untuk lesen D. Excited sangat sampai tidur pun bawak buku tu sekali. Haha. So, nak dijadikan cerita sabtu lepas ada ceramah KPP yang 5 jam tu. Takde lah excited mana nak pergi dengar ceramah tu tapi nak dijadikan cerita sedih, saya terbangun jam 5 pagi sebab si MIMIT orang kayo bising satu rumah minta makanan. Bila dah bagi si MIMIT makan, mata ni mengantuk tapi tak boleh nak tidur so bersengkang mata dari jam 5 pagi sampai lah 5 petang.

Sampai kat IMKEDA pukul 9 pagi so dah key in nama and pass my IC kat kerani tuh, masuk lah bilik ceramah. Sakitnya hati bila tengok ada yang datang lambat, yang datang pukul 10 pun ada. Haishh. Rasa menyirap je. So, around 10 am baru lah start ceramah tu. First session interesting and catchy walaupun mata ni dah kena celak setan tapi still tahan lagi. Tapi, second session start around 1.30 pm. Aigoo, dah lah mengantuk, penceramah pula buat-buat macam dia tu 'happy-go-lucky' ish macam apa dah dalam bilik tu. Duduk kat belakang nampak dia macam kecik beso kecik beso dah HAHA XD. Habis je KPP, terus balik rumah. Ingatkan balik pukul 3.30 petang tu boleh lah tido ke apa sekali terbantut bila tengok kat luar rumah selipar berterabur menandakan ada orang datang. Dalam hati ni dah menyumpah bagai dah. So, bila masuk rumah tengok Acu datang. (sorry lah cu, tak larat nak layan) Masuk rumah, terus pergi bilik air basuh muka then terus masuk bilik merehatkan diri. Bukan sombong ke apa tapi memang dah tak larat nak menghadapkan diri kat luar tu. Baru je nak jadi sleeping beauty, terdengar Acu nak balik so dengan penuh rasa hormatnya keluar lah pergi salam dengan family Acu.

Lepas Acu balik, ingat boleh lah tidur sepuas-puasnya sekali hampeh bila dapat call ajak keluar. Nak tolak, dah janji so sempat tidur sejam je. Bangun pukul 6 petang terus siap-siap then keluar. Tengok wayang cerita Resident Evil: Retribution tak boleh nak tidur sebab banyak sangat zombi nya. Huaaaa! Penatnya diri ini. Sampai rumah pukul 10 dah macam nak pengsan. Sudahnya, dah mandi semua terus tidur sehinggalah jam 12 tengahari keesokan harinya. GARA-GARA KAU LAH NI MIMIT!

Monday 17 September 2012

Fikiran Kusut


Assalamualaikum. Kebelakangan ni tidak tahu lah kenapa fikiran saya ni kusut sangat. Memang saya ada masalah tapi tidak lah besar mana pun. Yang jadi kusutnya bila tidak tahu cara bagaimana nak selesaikannya. Apalah! Selalunya saya yang pandai bagi jalan penyelesaian kat orang lain tapi bila diri sendiri ada masalah, tak tahu pun macam mana nak selesaikannya. Hm.

Saya dah buat keputusan untuk menukar program diploma saya tetapi yang menjadi masalah bagi saya adalah macam mana nak beritahu mak dan ayah tentang keputusan saya. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk memberitahu mereka kerana takut mereka akan kecewa dan marah dengan keputusan saya. Saya kalau boleh hendak tunggu masa yang sesuai untuk berbincang dengan keluarga saya mengenai hal ini tetapi masalah dalaman yang melanda kami kebelakangan menyukarkan segalanya.

Saya belum menceritakan apa yang saya hadapi saat ni kepada sesiapa pun kerana saya tidak mahu mengganggu kawan-kawan saya yang sibuk dengan persiapan final mereka dua minggu lagi. Tetapi, malam ni entah mengapa fikiran saya semakin kusut. Makin saya tidak peduli, makin kusut jadinya. Aduhai. Kenapa lah macam ni sekali? 

*Terhenti di sini kerana fikiran terlampau kusut saat ni. Maaf :l

Wednesday 12 September 2012

A new fan of KPOP :) TheReal2PM :D


Siap set theme 2PM kat Google Chrome tau :O

Hello guys. This entry this time is all about me being new to KPOP. Feels it already too late to stop put more interest in the KPOP. Hey, saya minat je tau not FANATIK macam certain people out there. Hehe. I'm starting to build my interest in them since my roommates TieQa give me the RUNNING MAN show. I can't stop myself to click the next episode after watching it for the first time. That show is awesome and superb lahh! I know a bit about KPOP when there is/are guest in the show :) Thanks to RM cause from there i got some chance to know 2PM :)
2PM is originally team up with seven people but now only six. They are Woo Young, Chansung, Junho, Junsu, Taecyon and the last one is Nichkhun. Among six member of 2PM, I personally like Nichkhun and Chansung more than the other members. The reason why I'm choosing to personally like them both are because

NICHKHUN:


  • He is cute, adorable and blablabla (kalau cerita semua tak de sape pun nak baca kan)
  • He can speaks a few language which are Korean, Thailand and English.
  • Nichkhun will sing the rap in english part because of he is used to that language.
  • He appear in the RM and he is doing great :) SARANG HAE Nichkhun Oppa :)
CHANSUNG:

  • He is stylish, funny and awesome :)
  • His voice is amazing :) goosebumps every time I hears his part in I'll Be Back :P
  • CHANSUNG Oppa jjang!





Pipok beranak lagi :D

Alhamdulillah. Pipok dah selamat melahirkan dua ekor anak kucing beberapa hari lepas (gambar tiada lagi). Yang hairannya, Pipok tidak menunjukkan tanda yang Pipok nak beranak pun akhir-akhir ni. Cuma dia just cari tempat that's why kami tak perasan yang kami ada tetamu baru di dalam rumah. Pipok now dah tiga kali beranak and I really hope that this time her kitties will last long. Tak nak OMBAK RINDU dah atas kematian anak-anak kucingnya.
Kali pertama Pipok beranak adalah ketika saya di semester 1. Dalam bulan Feb atau Mac 2012 lah. Masa tu anak Pipok tiga ekor tapi selamat untuk tiga hari je lepas tu kiookkk . Tapi that time saya tak sedih sangat sebab masa Pipok beranak and anak dia mati tuh saya ada kat kolej. Just dapat mesej dari mak jelah. Tapi, hanya bersedih di dalam hati.

Kali kedua Pipok beranak adalah pada bulan Jun 2012. Kali kedua ni sangat menyayat hati kami sekeluarga terutama saya dan amiey because we're already named those kitties. For the second time, Pipok telah selamat melahirkan lima ekor kitties yang comel-comel and gemuk-gemuk di kampung. Yang pertama diberi nama OPEK (tiada gambar). Opek yang paling gemuk and paling bising dalam lima-lima ekor anak kucing ni. Memang sayang lebih kat dia sebab nama dia OPEK. That's why masa dia mati memang saya yang paling sedih sebab saya paling sayang OPEK and I'm the first one nampak dia keluar and first one jugak find out dia dah keras. Memang tak semena-mena airmata jatuh masa pegang dia. (Akak tetiba rindu OPEK walaupun OPEK sempat hidup tiga hari je). Saya rasa Opek mati sebab sejuk atau semut cause masa saya pegang dia mmg ada semut while the rest takde.

So, saya cuma mampu selamatkan yang lain-lain jela. Tapi, sedih lagi bila tengok ada dua ekor lagi dah lemah sangat-sangat. Try to hold and touch them but they did not respond but still breathing hardly. So, decide tanam Opek dulu. Kubur Opek pun saya yang galikan. Try not to crying but me is myself yang memang cepat tersentuh hati. So, just try our best to take care of the two kitties yang dah lemah. Memang sedih tengok yang second mati (La-Laa) sebab masa dia lemah tu memang mulut dia berair mcm kena poison something. So, meet La-Laa.

La-Laa banyak ikut Opie, her daddy :) Adios La-Laa. Kakak will miss you :'(




The third one yang pergi is Boo-Bu. Dia yang paling menyayat hati. Boo-bu  gemuk tapi kurang gemuk dari Opek, banyak ikut  Opie, and masa dia mati almost maghrib. Sedih sangat hari tu. I discovered yang mata Boo-Bu macam terbukak tapi nothing in there I mean no eyes it just blank and dark. For me, biarlah Boo-Bu pergi dari dia terus hidup macam tuh sebab saya memang tak sampai hati nak jaga kalau apa yang saya fikir tu betul. So, a few minutes before maghrib we found out that Boo-Bu dah takde. So, meet Boo-Bu.

So, this is Boo-Bu. Memang gemuk kan, bayangkanlah Opek yang lagi gemuk. Bu, miss you :'(


So, in one day three my beloved kitties died. Memang sedih sangat hari tu and harap sangat yang lagi dua ekor survive. Tapi, besok nya Kitty dah mati juga. Tapi Kitty memang kami dah predict yang dia tak akan bertahan lama sebab Kitty tak pandai menyusu sangat and Pipok pun dah ignore dia (btw, takde gambar). So, that's it. Kami memang tak letak harapan kat Lucky sebab taknak kecewa lagi tapi miracle is there where Lucky is survived for a few months then died after fall from sliding cupboard. The last one memang bagi nama Lucky sebab dia survived a bit more that the rest :)

Being transfer from Puncak Perdana to Alor Gajah

This is my own story about my life as a UiTM-ian. At first, i'm taking a Diploma in Accountancy (Fast Track) at UiTM Puncak Perdana. OMG. It should not be the beginning of the story. HAHA XD. So this is the beginning of the story... (berhabuk english aku, berabad tak pakai HAHA XD) 1st intake through UPU, mmg tak de chance langsung dari mana-mana IPTA yang saya mohon so a bit down that time. Yela, kawan-kawan sekolah and tempat kerja kebanyakannya semua dah dapat tawaran tapi saya tak dapat but still move on with my life. I have no idea about UiTM 2nd intake until my auntie told me. So, dengan penuh harapannya saya memohon di UiTM untuk menyambung pelajaran. Alhamdulillah, saya ditawarkan tempat di Sri Iskandar, Perak dalam jurusan Perakaunan. Suka and gembira sangat lah time tu. A few weeks later, saya dapat message dari UiTM yang mengatakan saya telah ditukarkan ke Kampus Puncak Perdana. Bertambah girang lah hati ni bila dapat tahu saya akan ditukarkan ke kampus yang berdekatan dengan rumah kesayangan :) Tapi, sayang.. Kegembiraan yang diperolehi hanya sementara. Masa MDS, saya telah mendapat tahu bahawa kampus Puncak Perdana khas untuk pelajar Perakaunan Trek Pantas. Generally pasal Fast Track ni (yang saya tahu) :

  • Akan memperolehi Diploma In Accountacy (FAST TRACK) dalam masa dua tahun pengajian (sekiranya habis belajar lah).
  • Terus proceed Degree in Accountancy (FAST TRACK) untuk dua tahun juga (bergantung pada perfomance semester 3 dan 4 Diploma)
  • Setiap semester akan mengambil lapan (8) subjek termasuk kokurikulum.
  • Anda akan mengorbankan cuti semester anda untuk menghadiri (apa nama lupa jap) Intersesi. Setiap Intersesi anda akan mengambil dua (2) subjek. (Tiada kokurikulum)
  • Sekiranya pada semester 1 dan 2 anda tidak mencapai sekurang-kurangnya CGPA 2.70 anda akan ditukarkan ke kampus negeri and proceed your left semester there.
  • Sekiranya pada semester 3 dan 4 anda tidak mencapai sekurang-kurangya CGPA 2.70 anda boleh menghabiskan Diploma Trek Pantas anda di Puncak Perdana tetapi anda tidak akan bleh proceed Degree in Accountancy in Fast Track lane anymore. That's mean you kena amik Degree tiga (3) tahun laa.
  • Sekiranya anda dipindahkan ke kampus negeri, anda tidak perlu mengambil subjek yang sama (sekiranya anda sudah ambil di Puncak Perdana) pada semester tersebut. (Free sikit la)
  • For what i know kalau anda dipindahkan ke kampus negeri, kolej disediakan. (consider anda pelajar baru) Tetapi bergantung pada kolej.
So, nak taknak terpaksa lah go on dengan Fast Track walaupun hati ni rasa tak nak kerana UiTM telah menguatkuasakan Akta yang menyatakan 'PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MENUKAR KAMPUS DAN PROGRAM'. Rancangan saya pada mulanya ingin membuat yang terbaik untuk memperolehi Diploma dalam masa dua tahun tetapi hasrat saya itu terbantut kerana masalah yang saya hadapi. Nak dijadikan cerita, semester 2 saya dipindahkan ke Kampus Alor Gajah, Melaka. 
Memang awkward sangat masa awal-awal tuh. Yela, tempat baru mana nak tahu apa kan. So, dah settle semua and dah dapat kolej (DANG ANUM) ingat nak study hard balik tapi terbantut juga kerana hati ni dah tak minat nak sambung study. (macam apa je) now, I'm deciding to quit from UiTM and mohon balik untuk program lain. In my mind and my heart dari dulu lagi dengan business. Hehe.