Friday 18 January 2013

Kisah Di UiTM Lendu :)


Hai. Kali nii nak cerita pasal UiTM Lendu. Kenapa cerita pasal UiTM Lendu? Yelaa, kan tengah trending kat burung biru (Twitter) sekarang. Eh, kenapa boleh trending pula? Apa yang hebat sangat UiTM Lendu ni sampai boleh trending macam selebriti-selebriti? Hm. Well, UiTM Lendu trending sebab diganggu makhluk halus. Ehh, betul ke? Terpulang kat korang nak percaya ke tak tetapi..apa yang akan saya ceritakan selepas ni adalah pengalaman saya selama satu sem di UiTM Lendu. Saya tak paksa korang nak percaya so korang janganlah nak tuduh saya tokok tambah ke hape sebab ni semua pengalaman SEBENAR saya!



* * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * * 

Well, saya kat Lendu satu sem je sebab lepas satu sem kat Lendu saya buat keputusan untuk tukar program lain. Walaupun satu sem je saya duduk LONDON sana, tetapi.. macam-macam perkara yang saya lalui!

Well, awal-awal takde masalah sangat..tapi sebulan lepas tu..macam-macam yang jadi.. benda ni jadi sebelum puasa. Well, saya duduk Dang Anum dulu.. Dang Anum ni berhadapan dengan Tasik Tun Fatimah.. Waktu siang..okay laa.. Do enjoy the view, tapi bila malam..fuhh tak payah cakap laa. Nak duduk kat meja study pun pikir dua kali sebab saya and roommates memang biarkan tingkap dan langsir terbuka sebab panas jugak laa bilik tu. Saya duduk tingkat 1, Alhamdulillah tak tinggi macam rumah saya ni haa.

Ni laa Tasik Tun Fatimah. Copy dari Google Images :D

View ni dari Masjid berhampiran Dang Anum

View Tasik Tun Fatimah waktu malam

TTF : Tasik Tun Fatimah

Dari tebing Tasik Tun Fatimah

Tepi tu jambatan Tasik Tun Fatimah


Pada awalnya, saya tidur di bahagian atas katil double decker.. Panas dia tak payah cakap laa sebab tidur memang bukak lampu sebab roommates saya ni tak biasa tidur tutup lampu. Masa dua minggu pertama tidur atas tuh, pergghh berpeluh-peluh tidur! Campur lagi airmata dok nangis homesick kan HAHA XD tetapi nasib baik my roommates ni faham so diaorang cabut tiga fius lampu belajar so masa tidur tutup lampu utama and biarkan satu lampu belajar terbuka. Walaupun satu, masih terang wooaahh!

Bilik kitaorang ni memang panas sikit so ‘S’ yang tidur di katil bahagian bawah beralih tidur kat lantai sama dengan ‘T’ yang tidur dekat katil double decker sebelah bahagian atas.. So, tinggallah saya sorang-sorang tidur kat atas. Beberapa hari kemudian saya mula dengar orang sebelah ketuk dinding selepas jam 12 malam. Pelik and bengang jugakk sebab orang nak tidur diaorang dok bergendang dengan dinding pulak. Tapi, takde la marah ke hape buat relaks buat cool dah laa sebab nanti gaduh pula kan.  Tetapi lama-lama tension jugak kan yelaa dengan orang sebelah main ketuk-ketuk dinding, orang atas main seret-seret kerusi.. Siapa boleh tidur macam tu? Haihh!

Bilik kitaorang kalau nak tahu berdepan dengan bilik air.. Walaupun begitu, Alhamdulillah selama saya dan roommates tinggal kat bilik tu..takde di antara kami yang kena rasuk cuma setakat diganggu sahaja. Saya memang sentiasa di bilik sebab kelas saya sangat sikit kalau nak dibandingkan dengan budak-budak bilik yang ambik TESL dengan Pra-Dip. Selalu kelas belah pagi and tengahari dah habis. Yela, 3 subjek je masa sem 2 sebab sem 1 dah cover.. Kelas yang ada rabu dengan khamis je.. Hari lain, semua kat rumah atau duduk bilik je.

So, sampai la satu hari tu.. Kitaorang tak suka keluar bilik sebenarnya so bila ada cheers ke, meeting level ke apa ke.. Kitaorang yang paling lambat sekali akan keluar. Masa tu maghrib.. Luckily saya dah mandi petang tu.. So selalunya my roommates akan mandi lepas azan maghrib. Tetiba hari tu level kitaorang kecoh sebab ada budak histeria lepas balik dari KOKO. Hahh. Kecoh jugak la. Yang kitaorang dalam bilik buat tak tahu je sebab yang penting diaorang nak mandi tapi kitaorang tak dibenarkan keluar bilik and kena kuarantin dalam bilik baca yaasin. So, kitaorang baca laa Yaasin 3 kali. Lepas dah baca yaasin tu kitaorang lepak-lepak and berborak tetiba pintu bilik kena ketuk.. ‘A’ budak bilik sebelah suruh baca surah Al-Mulk.. dengan 3KUL  sebab budak tu makin teruk. Hmph =.=” ‘N’ yang tengah period masa tu memang dah takut laa kan.. So, kitaorang pun ikut jela. Masa tu dalam pukul 10 and kitaorang tak makan lagi so kitaorang pun makan laa. Tengah makan pintu kena ketuk lagi. Dah kena pilih sorang wakil untuk azan dalam bilik. So, ‘S’ dipilih. Habis semua tu dalam 10.30 baru selesai. Budak bilik pun pergi mandi. Esoknya kitaorang dapat tahu yang budak histeria semalam budak bilik sebelah kitaorang. Katanya dia penat and tension sangat that’s why jadi macam tu.

Weekend kitaorang ada gotong royong. Pelik jugak sebab orang kuat level kitaorang takde pagi tu. Tapi, lama lepas tu baru diaorang ada. Takde laa syak apa-apa kan.

Warga-warga level

Ni my roommates. Belakang tu kolej kitaorang. Ni kat court

TieQa and Nas

Nas

Nampak tak muka baru bangun tidur?

TieQa a.k.a RANTING

Ultimate!

Sebahagian warga Ultimate

Nas and me. Nampak beno baru bangun


 So petang tu kitaorang lepak bilik akak senior.. Dalam bilik tu nampak ‘F’ tengah tidur and ‘A’ tengah main laptop. So, kitaorang pun berborak. Kitaorang tanyalah ‘F’ tu okay ke sebab nampak tidur lena sangat macam tak sihat.. ‘A’ cakap dia okay! So, korek punya korek.. ‘A’ pun cerita kat kitaorang apa yang dah jadi sebenarnya. Malam semalam dalam kul 4 macam tu ‘F’, ‘A’ dengan akak senior tak tidur lagi. Tetiba diorang nampak ada banyak bayang-bayang dari luar macam tengah lari. Diaorang nampak bayang-bayang tu dari bawah pintu so diaorang pelik la. Lagi satu, bilik akak senior ni tak boleh kunci and tak boleh tutup rapat pun sebenarnya.. so, masa bayang-bayang tu lalu.. pintu bilik tu macam terkuak sikit. Ehh, pintu bilik akak tu bukan kayu playwood tau tapi pintu rintangan api yang kaw-kaw berat.. So, betapa kuatnya ‘angin’ yang datang dari bayang-bayang yang berlari tu. So, ‘F’ pun pi tutup balik pintu tu and diaorang buat tak layan jela. Masa subuh, ‘F’ nak pergi amik wuduk, tapi bila balik dari tandas.. Dia macam dah lain. Mengikut kata ‘A’, mungkin benda tu dah masuk masa dia pergi tandas sebab ‘F’ kata dia cuma ingat dia pergi tandas je lepas tu terus tak ingat apa dah. Balik dari tandas tu ‘F’ dok gelak tak berhenti. ‘A’ cakap ‘F’ gelak tak macam tu! So, ‘A’ pun tanya laa si ‘F’ tu.

A : “Awak okay ke?”
F : “Kita okay je.”

Dari situ ‘A’ tahu yang itu bukan ‘F’ sebab ‘F’ bukan jenis yang lebut nak bahasakan diri “KITA”.

A : “Ye ke? Nama awak sapa?”

Masa ‘A’ tanya, ‘F’ senyap kejap then dia cakap

F : “Ni kita la”
A : “Yela tahu la itu awak. Tapi nama awak sape?”

‘F’ terus gelak tak berhenti lepas tu. So ‘A’ suruh ‘F’ baca ayat Qursi tapi ‘F’ tak nak and dia kembali gelak tak berhenti semula! Tengok keadaan ‘F’, ‘A’ dengan akak-akak senior terus baca Yaasin. Sebab tu diaorang lambat pagi tadi. Mengikut kata akak senior.. Akak tu sebenarnya terkejut sebab level kitaorang tak pernah kena ganggu sebelum ni tapi level-level lain memang pernah kena sebelum-sebelum ni. That’s why akak senior level lain terkejut bila tahu ada kes kat level kitaorang.
Malam tu, lagi teruk! Sampai tiga orang kena serentak! So, kitaorang satu level baca Yaasin sampai kul 2 pagi. Mengantuk dia tak payah cakap laa. Kepala dah tersenguk-senguk dah masing-masing.. Tajwid semua lari.. Haa amik kau! Oh ya! Malam tu first time jumpa GOTAM yang akak Fara pernah cerita dulu. GOTAM ni dulu duduk dekat UiTM Lendu sebelum UiTM Lendu bukak. Bila UiTM Lendu bukak, dia yang jaga.. Kalau ada kes-kes macam ni memang diaorang panggil GOTAM je. Tapi, sekarang ni GOTAM dah kahwin and dah tak jaga sana so baru hari tu GOTAM datang balik. Itu apa yang diceritakan kepada saya.. Betul ke tak, Wallahualam. Tapi, Alhamdulillah, lepas tu.. Kes kena rasuk semua reda.
Sampai la satu hari tu.. Ada cheers lepas kul 10 macam tu. Siapa yang tak keluar, akan bergelap dalam bilik sebab akak-akak tu tutup bekalan elektrik semata-mata nak suruh semua orang keluar bilik ikut cheers.So, tak lama lepas tu.. Masa tengah buat cheers, ada orang tetiba pengsan kat pondok.. Hahh, lepas tu akak-akak senior berkejar sana sini cari budak yang dah pernah kena dulu sebab potensi benda tu nak masuk dalam badan diaorang memang tinggi berbanding mereka yang tak pernah kena sebab benda-benda tu dah tahu jalan mana yang diaorang perlu ikut untuk masuk dalam badan diaorang. So, kitaorang semua kena berkumpul dekat court baca 3KUL  ulang-ulang. Budak Dang MerduWati yang tengah buat cheers pun join sekali. Setengah jam lepas tu baru kitaorang boleh balik bilik tapi budak yang terbabit kena stay sana. Sudahnya, sampai ustaz dengan ustazah datang sebab makin teruk sampai 7 orang dah kena! Ustazah tu marah kitaorang sebab level kitaorang punya mural ada gambar haiwan.. Ustazah tu kata syaitan-syaitan dan iblis ni memang suka benda-benda macam tu. Start hari tu tiap-tiap hari kitaorang kena baca Yaasin.

Oh ni nak cerita pasal apa yang jadi kat bilik kitaorang. Pasal dinding kena ketuk tu.. Lepas benda tu semua jadi, dia bergendang bukan pukul 12 dah.. Ikut suka dia je nak gendang pukul berapa.. So, ada laa satu hari tu tengah duduk tengok movie kat meja, tetiba dengar ada orang ketuk dinding.. bagitahu ‘S’.. Lepas tu ‘S’ pun balas dengan ketuk dinding tu balik. Lepas tu terus senyap. So, aman laa sikit. Beberapa minit lepas tu mula lagi and makin kuat! So ‘S’ pergi ketuk bilik sebelah and guess what.. ‘S’ jumpa budak-budak sebelah tu baru balik and tengah bukak pintu! Diaorang kata takde sape pun dalam bilik tu sebab yang sorang tu dah balik rumah and diaorang dua baru balik. Masa tu memang meremang bulu roma dengar, Tapi, kitaorang takde laa bagitahu apa-apa sebab tak nak kecoh takut tambah takut kat budak-budak lain. Then, ada satu malam tu lepas kul 12.. Kitaorang semua tak tidur lagi and dalam bilik.. Tetiba ada orang ketuk pintu bilik kitaorang yang jenis bergendang punya.. Saya nak pergi buka.. Tapi, terhenti kejap sebab fikir siapa yang ketuk pintu. Pintu tetap diketuk ‘N’ pulak bangun tapi dia pun stop sebab ‘S’ cakap jangan buka. Esok dia bagitahu kenapa. So, kitaorang pun biarkan saje la pintu tu diketuk. Saya ingatkan diaorang nak suruh meeting ke, apa ke so malas laa sebab dah pukul 12. Esoknya ‘S’ bagitahu yang semalam bilik kitaorang kena kacau. “Benda” yang ketuk bilik kitaorang sebab ‘S’ tengok bawah pintu takde bayang-bayang pun. Haa! Amik kau. Tambah lagi seram wehh!
Start harituhh, pintu bilik kitaorang kena ketuk kadang-kadang pukul 3-4 pagi. Sabar jela. Satu hari, masa meeting level.. Ada budak bilik lain dengar ada orang ketuk tingkap bilik diaorang sedangkan kitaorang duduk tingkat 1. Yang lain dengar ada orang berlari-lari lepas kul 12 kat koridor. So..that’s all.

Mengikut cerita akak senior.. Lendu ni sebenarnya tempat Bunian.. Di antara level D****e dengan A*****c sebenarnya ada satu lagi level yang tak boleh dilihat dengan mata kasar..

Cerita kat atas ni adalah pengalaman saya dan ada diantaranya diceritakan kepada saya oleh akak-akak senior. Kot mongak lah dorang, mongak lah den. Enjoy reading and follow my blog J

* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *

Kat bumi Allah ni bukan jenis kita je ada. Ada juga yang lain. So, respect each other!

12 comments:

  1. Assalammualaikum sya tnye mcm mne prosedur tukar course? dpt tak tukar kak? bgthu sya, sya ade masalah dgn course yg sya dpt sbb x minat..

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum akak mcm mne akak tukar cousre prosedur dia? dpt tak ttukar?? bgthu sya please

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. Ouh nak tukar course ke? Setahu saya sistem UiTM skg dah tak boleh tukar course. Kalau nak kan kepastian better tanya orang yang lebih tahu. Lecturer ke.. Sorry tak dapat tolong.

    ReplyDelete
  4. so akak x tuka la course?? tula sya xminat pentadbiran awam,,hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh. Kes akak lain. Akak memang wajib transfer ke Lendu dari Puncak Perdana sebabkan pointer tak capai target untuk jadikk fasttracker. Lain pulakk kalau nak tukar program. Yang tuhh memang dah tak boleh

      Delete
  5. biar betul.. saya dapat uitm melaka. ya Allah. moga saya kuat.

    ReplyDelete
  6. seram...kalau saya,, dah lama tukar tempat lain.

    ReplyDelete
  7. Salam..awk sy nak tanya..mcm mana awk bt pertukaran kos???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak buat, tapi pihak pengurusan UiTM sendiri yang tukarkan saya atas sebab pointer rendah dan kira tak layak nak sambung fasttrackers. Setahu saya, dah tidak boleh menukar kursus ((;

      Delete
  8. kak ada lahi benda2 macam tu? em *gigit jari*

    ReplyDelete