Wednesday 23 January 2013

Maharaja Lawak Mega 2012..penuh dengan nilai-nilai yang baik dan nasihat :)





Last week, kumpulan Jozan telah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 

2012. Walaupun pertandingan tu telah pun berakhir namun masih ramai yang tidak 

berpuas hati dengan kemenangan kumpulan Jozan. For me, memang Jozan kurang 

menyengat kali ni kalau nak dibandingkan dengan kumpulan Jambu tapi rasanya 

kumpulan Jozan berhak menerima kemenangan tu atas usaha dan dugaan yang 

mereka tempuh sepanjang Maharaja Lawak Mega 2012 terutama Zizan. Memang 

salute dengan dia sebab walaupun dia sibuk dia tetap berusaha untuk membuatkan

 penonton ketawa walaupun kurang lawaknya masa tu. Bagi saya, kumpulan Jambu 

pun tidak kurang hebatnya cuma mungkin Allah dah tetapkan rezeki mereka 

sebagai Naib Juara sahaja tetapi Jambu memang terbaik.





Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah nilai persahabatan mereka. Rasanya 

ramai yang melihat Zizan mencium pipi Johan, dan Yus mencium pipi 

Tauke..bukannya diaorang gay ke apa tetapi kerana nilai persahabatan itu 

mendorong mereka untuk berbuat demikian. For me, it’s something sweet dan 

jarang berlaku. Yela, mana lelaki nak tunjuk semua tu lain la kalau nak cium 

perempuan kan?


Sebenarnya hari ni takde AL KISAH sebab saya nak tulis semuanya tentang 

Maharaja Lawak Mega. Kang buat AL KISAH macam tak tahu mana satu nak 

cerita. Hee~


Saya ada juga dengar yang Zizan kecewa kerana Maharaja Lawak Mega 2012. 

Kenapa Zizan kecewa? Haa.. Siapa tak kecewa kalau dituduh meraih simpati dan

 undi dengan linangan airmata? Rasanya kat Maharaja Lawak Mega 2012 bukan kali 

pertama saya melihat Zizan mengalirkan airmata tetapi kali kedua. Kali pertama 

saya melihat Zizan menangis ketika Super Spontan episod akhir di mana Zizan

 dinobatkan sebagai Juara. Haa, masa tu memang dah terserlah yang persahabatan 

Zizan dengan Johan memang akrab. Tatkala Zizan menangis, Johan yang berada di 

sebelahnya memeluk Zizan ‘LIVE’. Haa, kalau takde orang pun lelaki ni fikir dua kali 

ni kan pulak LIVE. Memang sweet sangat diaorang ni. Lagipun Zizan sendiri dah 

bagi statement yang dia bukannya jenis yang senang mengalirkan airmata. Biasa lah,

 kalau orang tak puas hati..memang lah dia cakap macam-macam kan? Alaa, macam 

la korang yang tuduh Zizan macam tu tak pernah rasa sebak, terharu dan gembira 

sampai menangis. Tak payah nak menipu la kalau kata tak pernah sebab “Ini Semua

 POYO!” So,terima lah hakikat yang kemenangan mereka tu memang milik mereka.



















Kumpulan Jambu memang terbaik. Walaupun diaorang ni tak banyak bercakap dan 

kadangkala dialog diaorang ni sama je..rasanya tetap lawak. Itulah bakat mereka.

 Bagi saya kumpulan Jambu ada sesuatu yang boleh membuatkan orang ketawa dari

 segi gerak badan mereka. Yela, sebab Jambu la masa Maharaja Lawak dulu Ahmad

 Idham suggest silent comedy! Haa, tough tu sebab korang tak boleh bersuara jadi 

gerak badan memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej tu selain dari 

bunyi latar. So, Jambu masih juara Cuma naib juara :D












SHIRO! Haa, tak sangka kumpulan ni layak masuk Maharaja Lawak Mega 2012 

sebab kumpulan ni pun baru sahaja menyertai Raja Lawak 6. Memang Shiro ni lebih 

kurang macam kumpulan Sepah tetapi mereka masih lawak dan dalam pada masa 

yang sama memberikan saingan yang hebat kepada pelawak-pelawak otai yang turut

 bertanding. Shiro punya lawak tak boleh diduga so itu yang membuatkan saya 

ketawa terbahak-bahak macam orang tak siuman bila tengok diorang ni melawak.

 Mungkin Ajak dan Shahrol akan menjadi pelawak yang kreatif seperti Sepah, Jozan 

dan Jambu suatu hari nanti.











Kumpulan Boboi. Terus terang saya katakana yang Boboi kurang menyerlah di 

Maharaja Lawak Mega 2012. Masa Maharaja Lawak Mega dulu memang saya cukup 

minat gabungan Harun Salim Bachik dengan Afdlin Shauki ni sebab diaorang ni 

sangat kreatif dan bersahaja. Salute diaorang guna lollipop je untuk tugasa ‘PROPS’ 

ketika Maharaja Lawak Mega dahulu. Cuma saya rasa Boboi seakan kembali ketika 

final Maharaja Lawak Mega 2012 sebab yang pasal Hang Li Po punya akak-akak tu 

memang kelakar! Syabas Boboi kerana masih berjaya membuatkan saya ketawa.













Saywho! Haa. Memang suka kumpulan ni sebab diaorang ni banyak idea menarik

 yang disampaikan dalam lawak mereka. Hanya mereka dari kumpulan Indonesia yang

 mampu menarik minat dan perhatian rakyat Malaysia kerana mereka berusaha 

untuk mendalami bahasa, budaya dan mengenali rakyat Malaysia. Mungkin kerana

 kehadiran jejaka cilik, si Boncil turut menyumbang kepada kemenangan mereka.








Sabon pula kelihatan tidak menyerlah. Saya akui yang kumpulan OSBON adalah 

salah satu kumpulan yang cukup saya minati ketika Maharaja Lawak Mega tetapi 

mungkin gandingan Abon dan juga Sathiya tidak begitu kuat dan mantap seperti 

mana Abon dengan Os dahulu. Apa-apa pun, mereka masih mampu buat orang 

ketawa walaupun kurang menyegat.


Kumpulan lain yang saya tak komen tu rasanya tak perlu kot sebab cukuplah yang ni 

sahaja J Apa-apa pun, saya seronok dan terhibur dengan rancangan Maharaja 

Lawak ni sebab ketawa adalah satu terapi bagi saya dalam membuang segala 

perasaan sedih, risau dan duka. Rasa macam lega selepas menonton rancangan tu. 

Terima kasih kepada semua peserta yang membuatkan saya ketawa J Harap ada lagi 

lepas ni J


Ada orang bagitahu saya yang kemenangan  Jozan ke atas kumpulan Jambu hanya 

dibezakan dengan 1 markah sahaja. Betul atau tidak, Wallahualam J

No comments:

Post a Comment