Tuesday 29 January 2013

Kenapa Perempuan Melayu Selalu Kena Rasuk?


Hai. Masa dok selongkar blog orang lain.. Saya tertarik bila 

melihat satu artikel di blog mana entah..tak ingat. Entri dia 

pasal RASUK! Kenapa saya berminat dengan artikel tu? Jom 

baca.



* * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *



Haa. Saya tertarik dengan entri tersebut sebab entri dia 

bertajuk “Sebab perempuan melayu dirasuk”. Saya pun nak 

jugak tahu kot boleh tambah ilmu kan..bolehlah juga 

mengelak dari berbuat sesuatu yang boleh membuatkan diri 

saya ni dirasuk. So saya klik. Intro entri tersebut pasal kes 

budak sekolah yang dirasuk. Haa, korang nak tahu sebab 


apa? Berikut saya COPY AND PASTE dari blog seseorang 

yang saya tak ingat, harap maklum J



Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan 

tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan 

india. Di mana salah nya... ... ..Kita ikuti percakapan 

antara bomoh melayu dan syaitan.



Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri 

terjawab!



Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani 

hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di 

asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek 

itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun 

membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, 

ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu 

pun datang engan menunjukkan wajah rupanya yang begitu

 hodoh dan jijik..



Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun 

hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun

 lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh

 tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh 


pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan 

semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu 

yang begitu menakutkan itu.



"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah?


Jawab!!!" Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai 

syaitan yang direjam???"



Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun 

menjawab...



""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, 

Tiada Memikat"" 


""Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik,Kalaulah 

Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... "" 


""Aduhai... (korang nyanyilah sendiri lagu ni sampai habis..) 

hehehehe.....



Haa, tula jawapan dia. Nak sakit hati pun tak jadi sebab ada 

unsur-unsur terkono kat situ. Anyway, enjoy J


* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


Hidup ni jangan serius sangat , kadangkala perlu lawak 

jenaka untuk mewarnai hari kita J

No comments:

Post a Comment