Wednesday 23 January 2013

Skrin Laptop Pecah


Hai. Haa, kali ni nak cerita pasal teknologi canggih. Haha padahal bukannya tahu 

sangat pun pasal IT ni saja memoyokan ayat. J “Ini Semua Poyoo” Haa korang mesti 

ada laptop kan..tapi budak sekarang nak glamour panggil lappy pon boleh J Ni nak 

share dengan korang pengalaman saya berhadapan dengan masalah laptop ni. 

Masalah apa? Hee~


* * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *


Haa. Ni nak cerita pengalaman saya berhadapan dengan skrin laptop yang pecah! 

Pernah terjadi kat korang tak? Kalau korang pernah alami benda ni, mesti korang 

tahu macam mana saya rasa.

Masa awal-awal discover skrin pecah. Nampak garisan kaca tu sebelum on laptop!


Beberapa hari selepas skrin pecah. Liquid mula keluar di bahagian yang pecah


Bahagian kanan, bawah skrin yang pecah

Ramai yang kata bentuk peccah ni macam daun

Beberapa minggu selepas skrin pecah

Close up skrin pecah bahagian kiri

Close up bahagian kiri

Close up bahagian kanan. Liquid pecah ke atas

Bahagian kiri, bawah yang semakin teruk

Close up bahagian kiri

Haa, nampak tak daunnya?

Bahagian kiri

Bahagian kanan

Bahagian kiri yang semakin teruk

Beberapa bulan selepas pecah. Ni liquid dia dah kurang tetiba. Kalau tak memang hitam kawasan pecah tu

Close up



Haa, nampak liquid dia makin banyak yang keluar san semakin teruk!

Ni akibat saya geram..saya tekan sampai liquid tu tak berhenti keluar

Ni dah elok balik dah. 






Bahagian kiri yang semakin elok untuk beberapa hari. Kemuadian tambah teruk






Ceritanya begini. Saya beli laptop jenama Toshiba dalam bulan Disember 2011 sebab 

nak memudahkan urusan saya dalam membuat assignment. Gembira memang lah 

gembira sebab memang dah impikan selama ni nak beli laptop dan akhirnya 

kesampaian juga. Saya jaga laptop baru saya dengan penuh kasih sayang tau. Walau

 ada habuk sikit pun saya akan bersihkan apatah lagi kalau ada orang dok cap jari 

dia kat skrin kan. Haa. Tetapi kegembiraan saya mempunyai laptop hancur berkecai 

bila skrin laptop saya pecah akibat kecuaian adik saya! Dah lah beli tak sampai dua 

bulan..dah pecah skrin. For your information, warranty tak tanggung bahagian 

kecuaian kita. Korang kelentong la macam mana pun takkan terpedaya punya yela

 dah dua bulan beli..tetiba pecah..logik tak? Haa, sedih laa saya. Saya tanya kedai 

“Well Com PC” dekat Wangsa Walk tu sebab saya beli kat situ.. Kalau betulkan 

berapa.. Dia kata RM 900 kalau Ori, kalau pirate RM 600! Saya tanya dia apa beza 

Ori dengan pirate. Dia kat skrin ni pakai lifetime. Kalau Ori.. 10000jam lifetime. 

Kalau pirate 6000 jam sahaja. Mak aihh! Takkan mahal bebeno. So, adakah saya 

setuju? Dah tentu lah tak. RM900 macam-macam boleh buat tau. So saya kata saya 

fikir dulu.


Saya ingat nak tunggu duit PTPTN masuk baru betulkan tapi bila duit tu dah 

masuk.. Saya tak betulkan jugak sebab saya rasa membazir sangat Rm900 dekat 

skrin laptop tu. Oh ya, lepas skrin tu pecah.. haa dah takde saying-sayang kat laptop 

dah buat tak tahu je kalau ada 10 cap jari pun kat skrin tu.


Saya try tanya kedai Ashashi depan Well Com PC tu berapa harga kalau diaorang 

betulkan. Diaorang cakap RM500 warranty 3 bulan. Siap seminggu. Saya tanya laa 

berapa lifetime dia. Dia buat muka pelik. Dia cakap mungkin saya kena tipu. Mana

 ada skrin ori ke tak Cuma beza dia warranty berapa lama je. Haa, saya pun percaya

 la dekat dia.. Tetapi seminggu tu mana tahan. Saya cakap cepat sikit tak boleh ke? 

Dia cakap boleh..dia buat sendiri tak guna barang kedai tapi kena tambah duit lah. 

So saya pun cakap saya fikir dulu.


Sudahnya bulan 1/2012 pecah.. bulan 6/2012 baru betulkan. Teruk tak saya dan 

lihatlah tahap kesabaran saya. Saya bersabar dengan laptop yang skrin dia entah 

macam apa dah selama enam bulan. Terbaik wok! Haha. So kat mana saya betulkan 

dan berapa? Mesti korang ingat saya pergi dekat Ashashi kan? Mana ada! Dia pun 

tipu jugak!


Saya survey harga kat internet jauh lebih murah. Harga dalam RM280 sahaja! Jauh 

beza weh! So saya pun call la orang tu nak tanya dengan lebih lanjut. Katanya 

warranty tiga bulan. Kalau skrin tu bermasalah dalam tempoh tiga bulan..dia akan 

gantikan dengan yang baru secara percuma. Saya tanya dia berapa lama dia boleh

 buat? Dia cakap pilih satu tempat..bawak laptop tu dan dia akan betulkan laptop 

tu depan mata saya sendiri. 10 minit boleh siap dah! Haa. Itu yang nak dengar tu

 sebab saya boleh lihat dengan mata kepala saya sendiri macam mana kerja diaorang. 

Cuba fikir.. Kalau hantar kat kedai yang konon seminggu tu.. macam-macam 

diaorang boleh buat. Tak mustahil diaorang amik part laptop yang ori ni diaorang 

ganti dengan yang local punya..saya yang tak tahu apa-apa ni pun angguk je padahal 

barang ori dah lesap. So saya pun set la dengan dia. Malam tu kiatorang jumpa 

dekat Kopitiam. Yela, precaution, mana laa tahu dia nak tipu kea pa.. Ada jugak my 

yayang kat sana kan. So bila dia sampai dia terus betulkan. Saya tengok skrin asal 

dia MADE IN CHINA! Haa! Orang Well Com PC kata dia akan order part Ori dari 

Jepun..banyaklah kau..yang ori pun CHINA mari kau nak kelentong aku! Sepak 

kang! So saya cerita la kat dia semua.. Dia cakap biasa laa orang nak untung cepat.

 So, bila dia pasang skrin yang dia bawak tu.. Skrin yang dia bawak tu tetap pecah 

so dia cakap tak payah bayar dulu. Dia bagi saya resit.. Dia cakap esok pergi tempat

 dia bawak laptop kat sana boss dia akan settlekan. So, I agree.


Saya pun pergilah Plaza Imbi bawak laptop dengan hasrat nak betulkan skrin. 

Sampai sana boss diaorang Syed Ibrahim betulkan.. Lepas saya puas hati dengan 

kerja diaorang.. Saya pun bayar RM280. Haa, lega rasanya. Bila keluar dari Plaza 

Imbi tu kami terserempak dengan anak buah my yayang yang kerja kat situ jugak. 

Guess what? Kalau saya jumpa dia lebih awal..saya hany perlu membayar harga asal

 skrin tu dengan harga RM150! Haha! Sumpah bila dapat tahu hanya mampu gelak 

sahaja. Nak buat macam mana, redha jela. Tapi, lepas je dapat tahu yang anak buah 

my yayang ada bukak business kat situ..apa-apa yang berkaitan dengan laptop saya 

akan beli dan tanya pada dia sebab saya akan dapat harga yang murah J

Bahagian atas skrin asal. yang bawah skrin yang Vicky bagi free sebab pecah

Atas yang asal, bawah yang Vicky bagi tapi dah pecah

See, Ori pun Made In China. Nak amik sampai seminggu pulak tu!

Skrin yang pecah

Now my lappy dah okayy.



Kalau korang nak betulkan laptop korang, nak beli aksesori laptop macam screen 

protector, laptop sticker, fan, mouse, antivirus, internet security, update 

windows, format laptop.. Korang boleh pergi dekat Plaza Imbi.



MASSYURIIT
Encik Samri
G18, Ground Floor, Imbi Plaza, 55100 Kuala Lumpur
+6019 538 5818
+6012 524 5808


Sama-sama lah kita menolong sesama Melayu sebab kat Plaza Imbi ni rasanya kedai 

dia je yang orang melayu selebihnya warga Pakistan :’(


* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


Sebelum membuat keputusan, fikirlah beberapa kali dan cuba cari alternatif lain.

 Saya mungkin tertipu sekiranya saya tidak mengambil sikap suka tangguhkan dahulu.

23 comments:

  1. Yang anak buah awak tu betulkan kat mana rm150? nak number kedai tu boleh?

    ReplyDelete
  2. MASSYURI IT
    Encik Samri
    G18, Ground Floor, Imbi Plaza, 55100 Kuala Lumpur
    +6019 538 5818
    +6019 524 5808

    ReplyDelete
  3. number office tawu x? sbb kol xdpt pun dua2 number ni. boleh confirm dpt murah kee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde pulakk num office.Selalu whatsapp je Abang Samri tuhh.Mugkin dia busy sekarang nii.Murah juga laa berbanding yang lain ((;

      Delete
  4. salam.
    laptop saya pon sama nasib dengan awk jugk. tapi npe jauh sangat. tade cwangan dekat perak ke . hehee :) thanks kalau reply ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Perak? Adoii. Tak ada laa pulakk. Try survey kat internet, mana tahu rezeki awak dapat murah ((;

      Delete
  5. owh mksudnye tkar skrin laptop yg rosak x mahal la.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan tukar skrin rm180 je. tukar lappy mahal laa yunk uii ~

      Delete
  6. mkudnya tkar hrga laptop x mahal la ea....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maaf lambat reply. Saya kurang faham maksud awak.

      Delete
  7. ni dikira normal lg skrin dia. hahaha. i punya gelap smua.. crack bukan main terok.. tnya kedai ckp 300++ dh setahun lebih xbaiki.. mahal sgt.. pasang extntion dgn skrin pc je. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu lahh. Sempat lahh siapkan beberapa assignment kann. Tu lahh, nasib baik kenal dengan abang Samri nii kalau tak mahu melayang 900 hengget camtu jea.

      Delete
  8. no fon tak same dgn dlm kad.
    dlm kad 012, tulis 019.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh, maafkan saya. Dah dibetulakn. Terima kasih kerana bagitahu

      Delete
  9. Salam 1 malaysia saya gigahertz. Saya menyediakan perkhidmatan menukar skrin laptop atau netbook di selayang pada harga berpatutan.

    Stok skrin adalah terhad,screen bersaiz 10.1 inci,14 inci dan 14.1 inci. jika berminat hantarkan jenis dan model laptop/netbook anda
    ke email saya bagi memudahkan saya memastikan saiz screen anda.

    Jenis Laptop: Lenovon G405 ,Acer Aspire ,Compaq Presario , Asus A43s , Dell

    Jenis Skrin: ORIGINAL 14.0" inci LCD High Definition (HD)

    Untuk masalah : Skrin Putih , Skrin bergaris , kabur , tidak jelas , warna kuning

    Punca Kerosakan: Penggunaan Melebihi Jangka Hayat (3000 jam) , ditimpa sesuatu ,

    Tempoh Pembaikan: 10 minit +-

    Tempat: Lot 1.38 First Floor Selayang Capitol Complex 68100 Selayang jaya Selangor

    Kami menyediakan khidmat repair skrin di tempat anda di sekitar Lembah Klang.
    Sama ada di pejabat atau di rumah anda.
    McDonalds, Pertronas, Caltex, atau di mana-mana sahaja, janji anda berpuas hati!

    -------------------------------------Info mengenai Screen laptop----------------------------------------------------

    Screen merupakan perkara penting untuk sesebuah laptop. anda setuju?. Apabila menghadapi masalah LCD / LED screen anda rosak, diminta untuk anda berhati-hati untuk membeli atau menukar LCD/LED screen baru.

    ----------------------Bagaimana screen LCD/LED boleh rosak-------------------

    Setiap screen mempunyai jangka hayat yang telah ditetapkan bagi sesebuah LCD/LED screen. Selalunya dalam 3000 hingga ke 4000 jam (bagi screen baru dan original).

    Bila sampai jangka hayatnya, dari situ lah bermulanya screen menjadi kabur, berbelang-belang, tidak mengeluarkan gambar, berwarna putih, ada gambar tapi tiada lampu, green screen, blind screen dan macam-macam lagi.

    Pengalaman kami telah mendapat 70% customer yang screen-nya pecah kerana berlaku insiden-insiden yang tidak disengajakan. Contohnya letak objek-objek yang keras di antara screen dan keyboard dan akibat cuai, terus lipat laptop kemudian screen menjadi retak.

    Selain dari pada itu terjatuh, kanak-kanak kecil bermain dan banyak kemungkinan lagi. Jadi apabila sudah rosak, pastinya perlu di tukar.

    -------------Kenapa anda perlu tukar kepada screen yang original---------------
    Disini kami menegaskan pada anda, jangan sebab nak tukar screen anda tidak fikir tentang kualiti screen itu.

    Sebab screen amat penting bagi sesebuah komputer atau laptop. Tiada screen tidak bermakna bagi komputer atau laptop.

    Jangan mudah tertipu dengan screen yang berharga murah. Kerana anda akan tertipu dengannya. Gejala penipuan screen kini sudah beleluasa.

    Ramai orang di luar sana telah tertipu. Screen yang di tukar itu bukannya screen yang baru sebaliknya, screen yang telah rosak secara halus yang tidak mudah untuk di kesan. Ianya kedengaran too good to be true. Screen tersebut seperti;

    -Screen refurbish , Secondhand , Kualiti rendah-

    Banyak syarikat atau kilang yang boleh membaiki screen tetapi, screen akan mudah untuk rosak. Mereka hanya mengambil kesempatan kepada pengguna.

    -----Call /Whatsapp / SMS 0163149620 - Gigahertz Sekarang!-------------

    -----lawat www.gigahertzcs.com.my-----------------------


    ReplyDelete
  10. Thz for the good info..

    ReplyDelete
  11. So , dia boleh baiki screen laptop depan mata kita ?

    ReplyDelete
  12. Klu mcm skrin tu pecah. N then skrin tu black. Xkuar pape pom. Dorg leh repair gk eh?

    ReplyDelete
  13. salam 1 malaysia. Saya Gigahertz. Kedai saya di selayang. beralamat di Lot 1.38 First Floor selayang capitol complex 68100 selayabg jaya selangor. saya boleh membaiki screen laptop pecah pada harga serendah rm200 sahaja. waranti dan resit juga akan diberikan. saya sudah repair pelbagai jenis screen laptop seperti

    * acer aspire * * acer aspire one *. * hp mini * *compaq CQ presario*. *hp pavillion* *asus notebook*

    dan bermacam macam brand lagi.

    sebarang pertanyaan atau persoalan saya boleh dihubungi di talian 0163149620 (boleh whatsapp sms)

    anda juga boleh masuk ke website saya - www.gigahertz.com.my

    ReplyDelete
  14. Tahan smpai sekarang ke screen tu ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tahan Alhamdulillah. Tak ada masalah apapa sampai hari nii

      Delete
  15. So ... screen tu tahan sampai sekarang ke ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tahan sampai sekarang. Alhamdulillah tak ada masalah

      Delete