Wednesday 23 January 2013

Pengalaman kena ragut!


Hai. Korang mesti ada pengalaman pahit yang korang tak boleh lupakan 

sampai bila-bila kan? Mungkin ada yang kata break dengan kekasih hati, 

kena tipu dengan orang dan bermacam lagi. Bagi saya semua tu lumrah 

dalam kehidupan manusia. Seperti anda semua juga..saya juga ada 

pengalaman pahit saya yang tak mungkin saya akan lupakan sampai bila-

bila. Apa dia? Meh la baca dulu J


* * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *


Peristiwa ni masih segar di dalam ingatan saya walaupun perkara ni dah

 hampir dua tahun terjadi kepada saya. Sampai sekarang semua tu masih 

jelas seakan-akan baru semalam terjadi. Pada 18 Mei 2011, merupakan hari 

jadi ayah saya.. dan hari tu juga merupakan salah satu hari terburuk 

saya.Pada hari tersebut saya telah diragut oleh seorang penunggang

 motor! Macam mana boleh terjadi?


Kisah dia macam ni. Pada hari tu seperti biasa saya menunggu bas rapid T 

309 untuk pergi kerja. Tetapi biasa lah. Kadangkala saya terpaksa 

menunggu sehingga sejam untuk mendapatkan bas. Nak jadikan cerita, hari 

tu saya keluar lambat sikit dalam 3.30 petang

sedangkan saya masuk kerja jam 4.00 petang. Semasa saya sedang melintas

 jalan untuk ke busstop tu saya ternampak bas rapid U 21 parking betul-

betul di bahagian depan busstop tu. Geram memang la geram sebab semua tu

 menyukarkan saya untuk melihat kenderaan yang lalu lalang sekitar tu. 

So, saya pun hanya pandang ke kanan untuk menanti bas.


Hairan juga sebab bas itu kelihatan tidak ada kerosakan apa-apa kerana

 enjin bas itu dihidupkan dan pemandunya ada di dalam bas tak tahu buat

 apa. Korang sendiri tahu bunyi enjin bas macam mana kan, memang sakit 

hati kalau korang kena ada kat situ.


So, hari tu saya tak pakai beg galas dan buat kali pertamanya saya

 memakai sling bag yang beru dibeli unuk pergi kerja. Saya ni bukannya 

jenis yang minat sangat sling bag tapi sebab backpack saya dah tak 

elok..saya pakai jela sling bag tu. Lagi satu saya jenis yang bukan 

simpan handphone dalam beg tetapi disebabkan bas rapid tu tersadai kat

 depan saya dan enjinnya tidak pula dimatikan..Saya pun keluarkan 

handphone untuk mendengar lagu. Masa tu saya baru pakai handphone jenama 

NOKIA C3.. Handphone tu pemberian dari mak saya kerana saya mendapatkan 

keputusan yang memuaskan dalam SPM..handphone tu saya beru pakai dalam

 dua minggu.


Masa saya keluarkan handphone tu, saya ternampak ka ekor mata saya macam 

ada someone datang dari arah kiri so saya toleh dan saya lihat muka dia 

memang tak boleh dipercayai..saya simpan handphone dalam beg..tak tahu 

kenapa saya letak dalam beg masa tu. So, saya pun buat tak tahu tapi 

still pegang sling bag dengan kuat..dalam sekelip mata budak lelaki tu 

menolak saya dan beg tadi terjatuh kat atas tempat duduk..habis semua 

barang terkeluar..dan yang pasti saya lihat dia hanya sempat capai 

handset saya yang jatuh berdekatan dengan dia. Kenapa dia tolak saya?

 Sebab saya pakai beg sebelah kanan dan dia datang dari arah kiri jadi

 agak susah kalau dia nak tarik macam tu..Saya pun apa lagi dengan 

pantasnya merebut kembali handphone saya tetapi saya genggaman saya

 terlepas setelah lelaki tersebut menghentak tangan saya di besi 

penghadang busstop tu. Masa bergelut tu memang lah saya ada jerit mintak 

tolong tapi bas rapid tu punya enjin memang sial bangang hampeh sape 

boleh dengar saya jerit? Seriously ramai orang cakap suara saya ni 

kecik..mana laa boleh lawan dengan enjin bas punya bunyi..


So, saya kejar juga lelaki tadi tu.. Saya nampak dia park motor RXZ di 

hadapan bas tu so bila dia dah dapat handset saya dia terus naik motor.. 

Tapi saya sempat tolak dia dan dia hampir terjatuh tetapi nasib 

menyebelahi dia sebab saya yang terjatuh dulu kat jalan raya tu. Masa 

saya terjatuh tu saya fikir lebih baik saya cepat bangun sebelum ada 

kereta yang lalu. Saya pun bangun. Masa tu masih terkejut. Bila dah 

sedar tu..nak tengok nombor plat motor tu dah jauh. Serious masa tu tak 

menangis Cuma terkejut tapi bila dah ramai yang berkumpul..saya cerita

 apa yang jadi tetiba saya menangis. Haha XD Sebenarnya ramai yang 

nampak apa yang jadi tetapi mereka lebih suka melihat sahaja dan 

mengambil sikap berkecuali. Mereka menganggap saya sedang bergaduh

 dengan boyfriend saya. Kepala atok korang Banyak la korang saya tengah

 gaduh.So, saya pun tumpang sorang abang ni pergi Setiawangsa. Sampai 

kat tempat kerja saya minta maaf sebab lambat datang. Kalau boleh saya 

tak nak cerita tetapi Nadia tahu ada sesuatu yang dah jadi kalau tak

 kenapa saya menangis kan? So saya cerita. Nadia suruh saya buat report

 polis. Hm. Ikut hati “buat apa nak buat report? Bukannya boleh dapat 

balik pun. Silap haribulan yang ragut tu anak polis!” tetapi bila fikir

 mungkin dia akan menyalahgunakan sim saya..saya pun buat report dekat 

Balai Polis Setiawangsa.


Sampai sekarang takde apa berita..dan semakin ramai yang kena ragut.

 Pengalaman tersebut banyak memberi pengajaran kepada saya. Saya tidak

 sepatutnya leka bila berseorangan. Kemungkinan lelaki tersebut telah 

lama memerhatikan saya. Mana mungkin on the spot dia nak ragut kan? 

Bukannya saya baru keluar dari bank yang dia nak ragut. Sejak tu kalau

 ada motor atau sesiapa yang lalu dibelakang saya, saya akan lebih 

berhati-hati..dan kerana kejadian itu juga saya trauma. Saya ni bukan

 mudah terkejut..tetapi sekarang benda tu takde laa terkejut mana tapi 

saya akan rasa macam jantung nak tercabut..


So, kepada peragut yang berkenaan..Ingat saya nak halalkan handphone 

saya tu? Jangan harap. Mungkin di mulut saya boleh kata saya halalkan

 tetapi di hati amat berat untuk saya lepaskan kerana itu merupakan 

hadiah yang saya tunggu dari mak saya selama ni! Susah payah mak saya 

kerja untuk mendapatkan wang untuk membeli handphone tu untuk saya, kau 

senang-senang je nak ambik? Kalau saya yang beli sendiri, saya boleh 

halalkan tetapi itu hasil titik peluh emak saya sendiri. Saya akan 

memaafkan anda kerana semua manusia berbuat silap tetapi saya tidak akan 

pernah melupakan apa yang terjadi pada hari tersebut. Kau dah tinggalkan 

pelbagai kesan buruk dekat saya..Mungkin kau tak terfikir macam mana 

kalau keluarga kau yang kena. Apa pun saya berharap kau akan berhenti 

dari buat kerja macam ni dan sebaliknya berusaha untuk mendapatkan 

sesuatu yang halal. Ingat! Segala apa yang kita lakukan di dunia ini 

Allah janjikan balasan. Mungkin kau takkan terima balasan di dunia 

tetapi ingatlah bahawa Allah itu Maha Adil.. Allah akan membalas 

perbuatan mu di akhirat kelak. Wassalam.


* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


Sebulan selepas kejadian tu saya bebas dari telefon. Bulan Julai baru 

saya beli handphone baru menggunakan duit saya sendiri J

No comments:

Post a Comment