Saturday 12 January 2013

Kemalangan Tahun Baru 2013, DUKE Highway



Hai. Lama sangat tak update blog.. Al maklumlah kalau mood takde memang tak jadi apa lahh kann. Hm. Entri kali ni sebenarnya pasal kemalangan yang melibatkan orang-orang di sekeliling saya pada penghujung 2012 dan pada awal pagi 2013.. Mujur kemalangan yang melibatkan adik saya dan juga manager baru di tempat saya bekerja dahulu tidak serius dan mereka yang terlibat hanya cedera ringan.

* * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *

Pada 23 Disember 2012, adik saya telah ditimpa kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian dia sendiri. Kemalangan tersebut berlaku sekitar 3 pagi di kawasan Ampang. Dia pergi lepak dengan kawan-kawan dia sampai dekat Ampang sedangkan petang tu mak saya dah pesan jangan keluar hari ni..tetapi dia degil juga. Dia keluar seawal jam 8 malam. Pelik juga rasanya bila tengok jam dah pukul 12 tapi dia tak balik lagi. Tetapi buat tak endah..terus tidur jela.

Bangun kul 7.. Ayah saya masa tu baru pergi kerja.. So adik saya ni pun keluar lah dari bilik dia.. Bila dia dengar pintu pagarseperti dibuka kembali..dia cepat-cepat masuk ke bilik semula. Hairan dengan perangai dia..Tapi lantak laa. So, bila dia keluar bilik sekali lagi.. Saya terperasan yang tangan dia berbalut dan bibir dia bengkak.. Masa tu baru laa saya tahu kenapa dan apa yang dah terjadi sebenarnya. So, immediately call adik bongsu saya yang adsa di kampung masa tu sebab nak tanya sama ada dia tahu pasal kemalangan tu.

Bila call, adik saya yang bongsu tu cakap dia memang tak tahu. Hang up dengan dia.. Adik bongsu saya terus call dia nak tahu details. Hmph -.-“ Yela.. Kalau saya tanya mana dia nak bagitahu hal sebenar.. So, dia cerita laa. Adik saya yang accident ni cuba laa sorok hal dia accident from us tapi sampai bila kan? Pukul 8 pagi macam tu mak saya figure it out and of course laa tsunami hit the house kan. Yela. Mak mana yang tak marah and risau bila tahu yang anak dia accident.. Dah laa accident.. Tak bagitahu pulakk tu.. Lagi nak sorok ada laa. So, sesi soal siasat pun bermula laa. Mak saya tanya laa soalan bertubi-tubi.. WH Question pun keluar tau! Patutlah adik saya nak sorok hal tu sebab kalau bagitahu memang macam tu laa jadinya. So, yang teruk tangan kanan dia jela. Tangan dia bergesel dekat tar so terkoyak laa kulit dia. The rest pinggang, kaki, lutut and bibir. Pergi HKL juga sebab nak XRAY tangan dia kot patah or retak ke but luckily okay je, ALHAMDULILLAH :D Seminggu macam anak raja. Nak makan berhidang, nak makan ubat bersuap. Ish mengadalah tuh! Nasib baik adik kalau tak..hmph -.-“ melayang dah!







Yang manager accident pula pada pagi tahu baru 2013. Kemalangan ni berlaku di Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE Highway) sekitar jam 12 : 03 pagi, 1 Januari 2013. Malam tahun baru selalunya kopitiam tu akan gather dia punya staff untuk makan-makan so I was there that night and manager brings along his family. Tapi nak dijadikan cerita hari tuh takde selera sangat nak makan sebab dok piker kenapa laa mata kiri nii dok berkedip-kedip. So, around 11.30 malam saya dah nak balik so kena tunggu teksi tetapi hampa sungguh sebab tunggu nak dekat sejam.. satu teksi pun tak ada. So, around 12 : 15 macam tu my yayang dapat call yang manager tu accident so kitaorang pun pergi laa sana.

Sampai sana memang ramai laa mat-mat motor and a few car yang prihatin dok berhenti kat tepi tu tapi Alhamdulillah rescue team dah ada so terkawal sikit laa keadaan masa tu. Sampai-sampai terus pergi dekat baby Is sebab masa call tadi manager cakap kepala baby Is yang injured. So bila tengok, kepala Baby Is bengak and luka sebab terhantu kuat dekat dashboard. His wife and Adam takde injured mana-mana and manager punya bibir pecah sebab hentakan kuat masa kereta belakang tu hentam kereta diaorang. A few minutes later, ambulans from HKL pun sampai. They said that they need to bring Baby Is to hospital coz he’s still a baby and tak tahu keadaan sebenar. So, his wife and his children naik ambulans pergi HKL while manager and us stay there for the car. Manager cerita.. bila dia cuba menukar lorong sebab lorong kiri dah ditutup Avanza yang dipandu perempuan Korea tu tak sempat brek so hentam laa kereta dia. Well, highway DUKE kott.. Mana orang jumpa brek sebab DUKE boleh dikatakan tidak sibuk dan tambah pulak jalan yang lurus.. Memang tak jumpa brek laa. So, nak communicate dengan perempuan Korea tu pun susah sebab dia pun tak berapa sangat English nya. Manager rasa nak hempuk dia pun ada. Tengok keadaan kereta..memang kuat berlanggarnya. Yela, Avanza tu memang kemek habis depan dia memang macam tak boleh jalan. Yang manager punya pulak kemek teruk kat belakang. Hmph -.-“
So, bila dah settle.. Kitaorang pergi HKL. Sampai HKL.. Baby Is just fine.. just his mother tetiba tak boleh bernafas. Maybe sebab dada dia terhentak masa tu. So, we stay at HKL sampai pukul 3 sebab tolong jaga Adam dengan Baby Is.. Kitaorang balik lepas family manager sampai.









Sekarang ni Alhamdulillah, everyone is healthy and just happy J

* * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *

*Berhati-hati bila di jalanraya.. tak kira masa, walau di mana jua! Kenderaan yang rosak boleh dibaiki..tetapi kalau nyawa yang melayang..tak de galang ganti! Happy reading and do follow me :D TQVM.


2 comments: