Thursday 27 June 2013

Monday Couple Moment Together, Part 2

Hai. Kali ni nak sambung entri pasal Monday Couple Moment together. Do enjoy and keep on supporting Monday Couple. Monday Couple Jjang!

Episod 14, Boramae Safety Experience Center, Lizzy

Ketika pembukaan rancangan, Jae Suk telah menegur Gary yang sengaja melepaskan Ji Hyo pada episod lepas dan Gary menjawab dia mempunyai sebab kenapa dia berbuat demikian. Gary memberitahu bahawa Ji Hyo telah menyatakan bahawa dia tertarik dengan Gary ketika rancangan tersebut namun Ji Hyo membetulkan ayat Gary dengan berkata dia hanya mengatakan yang Gary seorang yang handsome bukannya tertarik padanya. HaHa kemudian bertanya  kepada Ji Hyo adakah setiap hari isnin mereka berdua akan berpasangan?
Ketika permainan kejar mengejar.. Ji Hyo dan Gary yang berada di dalam lif mendengar Jae Suk meminta bantuan untuk mengeluarkan Jong Kook namun Gary merasakan yang ianya tidak penting. Gary hanya mahu bersama Ji Hyo. Ketika pintu lif terbuka, Ji Hyo memegang dan menarik tangan Gary sambil berlari. Gary yang sangat gembira dengan reaksi Ji Hyo meminta VJ merakamkan saat tersebut.

Episod 15, Train Carriage Depot, Kim Kwang Kyu & Tony.

Misi meningkatkan kadar degupan jantung Ji Hyo.. Ji Hyo menyatakan yang dia tidak suka dengan lelaki yang jahat / nakal namun HaHa memberitahu Ji Hyo lelaki sebegitu juga mempunyai sifat toleransi dan penyayang dalam diri mereka. Ji Hyo kemudian bertanya siapakah orangnya lalu Gary menjawab bukankah orang itu berada di hadapan awak?
Ketika Joong Ki sedang mencuba untuk bercakap dengan Ji Hyo, Gary berasa terancam dan tidak tenang. Apabila tiba giliran Gary untuk bercakap dengan Ji Hyo, Gary terus berkata “SAYA CINTAKAN AWAK” dan itu membuatkan kadar degupan jantung Ji Hyo meningkat naik dari 104-120-126-124. Kemudian Gary menambah “SETIAP ISI PADA DIRI SAYA MENCINTAI AWAK”. Kata-kata Gary itu  membuatkan kadar degupan Ji Hyo meningkat naik melebihi 130 iatu 136.
Ketika misi sebenar dimulakan, Joong Ki yang mencium pipi Ji Hyo membuatkan Gary terkejut, kecewa, cemburu serta patah hati namun Gary dengan tenang mengatakan ianya tidak mengapa kerana pipi kirinya masih belum dicium. Gary memulakan bicaranya dengan Ji Hyo dengan menyampaikan lirik lagu yang ditulis khas buat Ji Hyo. Ji Hyo menyukai lirik tersebut dan berasa terharu. Pada akhirnya Gary bertanya bolehkah mereka mula keluar bersama selepas ini? Bolehkah dia memiliki Ji Hyo? Ji Hyo mengangguk dan bersetuju.
Ketika permainan kejar mengejar Ji Hyo yang cuba menghalang HaHa dari menangkapnya menahan pintu koc keretapi. Gary kemudian datang menghampiri mereka dan ketika itu mereka dipisahkan antara satu pintu. Gary melukis bentuk hati pada tingkap pintu koc. Gary menunggu Ji Hyo dengan sabar di sebalik pintu dan apabila Ji Hyo datang ke arahnya, Gary terus memeluk Ji Hyo. Demi untuk menyelamatkan rakan sepasukannya Jae Suk, Ji Hyo segera memeluk Gary dan itu membuatkan Gary terkaku dan tidak mampu berbuat apa-apa. Sekali lagi, Jong Kook mengarahkan Gary untuk mencabut tanda nama Ji Hyo tetapi Gary tetap mengingkari arahan komander dengan membuat perjanjian dengan Ji Hyo. Gary melepaskan Ji Hyo setelah Ji Hyo memberitahu bagaimana dan bila mereka yang sudah terkeluar dari permainan dihidupkan semula.

Episod 16, Yongsan “I” Shopping Mall, Yuri SNSD

Ketika pembukaan rancangan, Jae Suk mengimbas kembali episod lepas di mana Joong Ki mencium pipi Ji Hyo dan itu membuatkan Gary berasa marah. Ji Hyo kemudian menjelaskan dan menyatakan bahawa dia telah dimiliki oleh seorang lelaki iaitu Gary pada setiap hari Isnin.
Ketika misi mengenakan Yuri, apabila tiba giliran HaHa untuk memberi penjelasan HaHa telah bertanya kepada Gary.. “ketika hari jadi Ji Hyo mereka telah berkumpul bersama dan HaHa menemani Gary untuk membelikan hadiah untuk Ji Hyo.” Kwang Soo kemudian menjawab ianya adalah berlian namun Gary menambah yang ianya merupakan Marquise Diamond.

Episod 17, Hanyang Women’s University, Koo Joo Won & Jung Yong Hwa

Semasa ujian ejaan, Gary telah mengusik Ji Hyo dengan memberikannya jawapan yang salah sedangkan jawapannya sendiri betul. Perbuatan Gary itu membuatkan Ji Hyo rasa dikhianati. Ketika Ji Hyo berpindah tempat duduk, Gary memohon maaf kepada Ji Hyo namun tidak dipedulikannya. Sekali lagi apabila Gary perlu bertukar tempat duduk, Gary berjalan di belakang Ji Hyo dan menyentuh bahunya.
Apabila Running Man sedang bermain alat muzik, Gary mula menari dan kemudian mengajak Ji Hyo menari bersamanya.

Episod 18, Cruise Special, Lizzy

Episod kali ini adalah episod khas di Busan di mana mereka berlumba di atas cruise. Gary yang mabuk laut menampal sesuatu di bawah telinganya. Ji Hyo bertanya kepada Jae Suk adakah mereka akan menaiki dan berlayar di atas kapal tersebut? Gary kemudian mencelah dan bertanya adakah Ji Hyo mahu melakonkan atau merasai pengalaman romantik seperti TITANIC?
Ketika ahli Running Man disuruh mencari pesalah di kalangan mereka, apabila tba giliran Gary..Gary bergurau dengan Ji Hyo dengan menutup matanya.
Apabila tiba permainan cinta di atas kapal mereka disuruh memilih pasangan berdasarkan rupa. Gary yang sudah semestinya memilih Ji Hyo namun Jae Suk sengaja mengusik Gary dengan menyatakan yang Gary memilih Lizzy. Gary yang terkejut dengan usikan Jae Suk kemudian menjerit menyebut nama Ji Hyo. Gary berharap Ji Hyo juga memilihnya namun Ji Hyo memilih Joong Ki dan itu membuatkan Gary kecewa. Kekecewaan Gary diubati apabila Lizzy memilih Gary berdasarkan paras rupa.
Apabila ahli Running Man sibuk memberi perhatian terhadap pilihan Lizzy, Ji Hyo memakai lipstick dan perbuatan Ji Hyo itu membuatkan Gary bertanya adakah Ji Hyo mahu melakukan ciuman lagi pada hari itu.
Ketika giliran Joong Ki untuk menawan hati Ji Hyo, Joong Ki menggunakan senario seorang junior yang ingin meluahkan perasaannya kepada seorang senior membuatkan Gary berasa bimbang. Sepanjang perbualan mereka, Gary memerhati mereka dan Gary menjadi bertambah cemburu apabila Joong Ki mengajak Ji Hyo melakukan adengan seperti di dalam TITANIC. Ketika Ji Hyo berdiri di atas palang besi sambil dipeluk erat oleh Joong Ki, Joong Ki meluahkan perasaannya. Gary berasa tidak puas hati kerana terpaksa melihat adengan mesra Joong Ki dan Ji Hyo.
Apabila tiba giliran Gary, Gary memilih senario 100 hari bersama. Gary cuba menggunakan idea TITANIC seperti Joong Ki namun hasilnya tidak beberapa menjadi kerana Gary mabuk laut. Gary menyuruh Ji Hyo menunjukkan jari-jarinya dan melipat jarinya setiap kali Gary mengatakan sesuatu kepadanya.

Song Ji Hyo, lipatkan jari.”
Ji Hyo, lipat
Gadis tercantik yang berdiri di hadapan saya, lipatkan jari.”
Meluangkan masa 100 hari bersama saya, lipatkan jari.

Setelah keempat-empat jari Ji Hyo dilipat, tinggallah jari kelengkingnya yang masih ditunjukkan. Gary kemudian mengeluarkan sebentuk cincin dan cuba menyarungkannya di jari Ji Hyo namun saiznya tidak sepadan dengannya.
Apabila tiba giliran Gary meluahkan perasaanya, Gary menyatakan “Bagi kebanyakan orang, hari Isnin merupakan hari yang memenatkan namun bagi saya, Isnin adalah hari yang paling gembira.” Gary yang berdebar, memilih Ji Hyo sambil memandang ikhlas ke arahnya. Ji Hyo pula menyatakan “Betul itu lihatlah saya. Tetapi saya juga melihat seorang lelaki yang tidak cekap..selalu tidak tetap pendiriannya. Cincin yang tadi masih boleh dipakai bukan? Monday Couple JJang!” Sepanjang luahan hati Ji Hyo, Gary kelihatan malu. Akhirnya Ji Hyo memilih Gary.
Ketika permainan kejar mengejar, Gary dan Ji Hyo berlainan pasukan bertemu. Gary memberitahu Ji Hyo bahawa dia kecewa dan tidak puas hati dengan perbuatan Ji Hyo melakukan adengan TITANIC bersama Joong Ki. Gary kemudian bertanya kepada Ji Hyo kenapa dia melakukannya sedangkan ianya hari Isnin? Gary berkata kepada Ji Hyo, sekiranya Ji Hyo melakukan adengan itu semula dengannya, dia akan melepaskan Ji Hyo. Walaupun Ji Hyo setuju, adengan mereka kelihatan kekok dan kemudian mereka dikejutkan dengan kehadiran Jong Kook yang memerhati gelagat mereka dari jauh. Melihatkan Jong Kook yang sedang marah, Gary mengarahkan Ji Hyo segera pergi dari situ dan berhati-hati.


Hubungan di antara Gary dan Ji Hyo semakin rapat. Monday Couple Jjang!

3 comments:

  1. pandai awak buat blog..he..he..saya suka baca blog..kalau boleh saya nak tulis pasal gary nji hyo jerrr..fighting.salam berkenalan.byyyye.

    ReplyDelete
  2. bessst baca blog awak...

    ReplyDelete