Saturday 29 June 2013

Nasib Malang Kucing Yang Sedang Bunting

Hai. Entri kali ni agak menyedihkan bagi sesiapa yang menyayangi kucing. Kenapa? Sebab saya telah ditemukan dengan kucing yang bernasib malang. Sedihnya hati sehingga menangis beberapa jam melihat nasib kucing ini. Apa jadi kat kucing ni? Meh saya cerita.

 * * * * * * * * * *  A L – K I S A H  * * * * * * * * * *

Ahad, 30 Jun 2013, Jam0530. Saya terdengar bunyi anjing meyalak. Pada mulanya saya biarkan sahaja kerana sudah biasa dengan bunyi salakan anjing sebelum matahari terbit ni. Then, a few minutes later.. Saya terdengar bunyi kucing..bukannya bunyi kucing yang sedang bermanja atau bermain tetapi bunyi kucing yang sedang marah atau diancam. Sebelum ni saya tak pernah berdepan dengan situasi begini walaupun anjing-anjing liar kerap berlegar-legar di sekitar rumah pada waktu malam (siang pun ada). Ingat nak biar je.. Tapi entah macam mana teringat si Opie yang keluar dari petang tak balik-balik. Walaupun saya tahu itu bukan Opie tapi entah macam ada magnetic force yang suruh menjenguk melihat keadaan itu.

Saya pun jenguk lah dari tingkap bilik. Dari jauh kelihatan beberapa ekor anjing di atas bukit berhampiran. Bunyi kucing dan anjing tum akin kuat dan kerap pula. Dalam hati mengatakan yang anjing-anjing tersebut sedang mengerjakan kucing itu tetapi jauh di lubuk hati berharap yang ianya tidak benar. Jadi, saya pun ambil handphone untuk menyuluh ke kawasan bukit itu namun masih tidak nampak apa-apa.

Saya nekad untuk keluar rumah dan melihat apa yang terjadi. Just in case, bawak paying kot-kot apa-apa terjadi nanti. Sampai je kat bukit tu, nampak tiga ekor anjing sedang melarikan diri mereka. Tapi, bayang kucing tu tak kelihatan. Saya pun suluh ke bawah bukit dan saya melihat seakan-akan seekor kucing berwarna putih sedang terbaring lemah. Saya segera turun ke bawah bukit untuk melihat dengan lebih jelas. Alangkah sedihnya hati ni bila melihat apa yang saya sangkakan itu benar belaka. Seekor kucing betina yang sedang bunting terbaring lemah di kawasan semak. Saya ingin menolong kucing tersebut tetapi bimbang sekiranya saya mengangkat kucing itu keadaan kucing itu akan menjadi semakin teruk. Saya cuba memegang kaki hadapannya namun kucing tersebut mendengus kesakitan. Saya tidak tahu mahu berbuat apa masa tu. Jadi, mahu tidak mahu, saya tetap mengangkatnya ke sebuah meja berhampiran.

Saya menyuluh badan kucing tersebut.. terdapat luka di badannya walaupun tidak berdarah. Kukunya ada yang patah kemungkinan cuba melawan anjing-anjing tersebut. Ekornya kembang seakan-akan masih takut. Saya hanya mampu berdoa ketika itu supaya Allah memanjangkan umur kucing tersebut sekiranya itu yang terbaik untuk kucing itu.

Saya segera membawa dia ke rumah. Tetapi saya letakkan di luar rumah dahulu kerana badannya masih basah terkena air liur anjing. Saya masuk ke rumah untuk membasuh tangan dahulu. (Sertu akan dilakukan kemudian) Saya kembali melihat kucing tersebut..Kucing tersebut sedang nazak.. Bercucuran air mata melihat keadaannya yang cuba bernafas. Kelihatan satu bonjolan besar di bahagian badannya setiap kali ianya cuba bernafas. Beberapa minit kemudian, nafas kucing itu berhenti.

Saya cuba menggerakkan kucing tersebut dengan harapan dia akan kembali namun hamba Allah yang kecil ini telahpun mati. Saya tidak dapat menahan airmata melihatkan kucing tersebut mati di hadapan mata saya. Saya ingat kucing tersebut akan mampu pulih seperti sedia kala memandangkan tiada luka teruk di bahagian luar badannya namun sangkaan saya salah kerana saya melihat darah mengalir keluar dari mulut kucing tersebut semasa dia mati. Mungkin ada pendarahan dalaman kot anjing-anjing itu melambung dan menghempaskan kucing itu ke tanah.

Ketika itu jam hampir jam0600. Masih gelap untuk ke belakang rumah untuk tanam kucing tersebut. Saya hanya mampu balutkan kucing tersebut dengan surat khabar dan plastik just prepare kot berbau sebab kucing ni sebelum dia mati ada poops yang keluar sedikit. Nak tutup mata dan mulut kucing tu hanya dapat separuh sahaja.

Jam0730, hari dah terang.. Saya pergi ke belakang rumah untuk menanam bangkai kucing tersebut. Sedih hati sebab kat kawasan tu jugalah saya tanamkan burung tiung dan burung perling mata merah yang pernah saya bela.

Ya Allah. Please protect my missing kitties out there. Let them be safe wherever they are. I miss them so much and for the Mama Cat, I’m sorry for not being there earlier. If I go there straight away after hearing you, you might survive and give birth to your beautiful kitties. I’m really sorry! And for Opie and Mama Pipok, just stay at home after this. I will not let you go out after this.

 * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *


*Tak tahu sama ada kucing itu mempunyai tuan ataupun tidak. Melihatkan kucing itu mempunyai bulu yang lawa dan cantik seakan-akan ada tuannya tetapi entahlah. For my neighbours yang duduk area Keramat, kot ada hilang kucing betina berwarna putih, ekor berwarna perang kehitaman.. Maafkan saya, saya tak sempat menyelamatkan kucing anda.

**Gambar? Later. Masih sedih untuk upload!

1 comment:

  1. Hi awak.. Kucing saya baru je dijumpai mati sekitar jam 3 pg. N yes dia tgh bunting. We call her Kim.. Mlm td sekitar jam 1130 mlm, ayah x sengaja terlanggar Kim guna moto sebb keadaan gelap n yet Kim suka main kat bukit juga. Rumah kami ada bukit kecil n kene turun bukit tu tuk sampai rumah. Sblum turun bukit tu ada selekoh. So Kim x jelas sgt. N ayah btol2 rs bsalah. Kim pecah ktuban n paling sedeh, kim pun kluar air mata time urut2 dia mlm td. Skitar jam 3 pg, ayah xleh tido n nak p check Kim. Tp Kim dah xde. Sedih sgt n nangis pn sembunyi2 sbb xnak ayah rasa bsalah. But yes, still deeply sad. Sbb tu try google pasal kucing y mati time bunting. Septutnya Kim akan ada babies in few days sbb skrg dia dh srat. X sangka ending camni.. sedeh sgt2. X leh nak tangkap gmbar dia y terakhir sebb mmg sedeh.. x sangka sgt dia akan pergi dgn babies skali. Sempat main perut kim tuk rasa babies movement. Btp excited nak sambut babies Kim. Kim kucing berbulu belang hitam. Lupa nak mention. Huhu.. btw, Thanks for the writing. Atleast i have the place to share ;)
    Emiey

    ReplyDelete