Thursday 27 June 2013

Monday Couple Moment Together, Part 3

Monday Couple Moment Together Part 3. Gary dan Ji Hyo semakin erat dan pelbagai perasaan timbul di antara Gary dan Ji Hyo. Tidak lupa juga Joong Ki yang sentiasa cuba untuk rapat dengan Ji Hyo. Do enjoy J

Episod 19, The Korea House, Nichkhun & Lizzy

Ketika Nichkhun disoal oleh HaHa dalam permainan ‘Pengetahuan HaHa’, HaHa telah menanyakan kepada Nichkhun tentang berat Ji Hyo. Nichkhun meminta supaya dia dibenarkan mendukung Ji Hyo untuk mengagak berat Ji Hyo. HaHa membenarkannya namun Gary kelihatan tidak bersetuju. Gary kemudian bertanya samada soalan itu boleh ditukar atau tidak. Ketika Nichkhun mendukung Ji Hyo, Gary berpura-pura seakan-akan tidak melihatnya.

Episod 20, Korea Meterological Administration, Lizzy & Hee Chul

Jae Suk bertanya kepada Ji Hyo samada dia berasa sejuk atau tidak memakai pakaian yang nipis dalam cuaca sejuk. Ji Hyo berkata ya dan dalam pada masa yang sama Gary kelihatan bimbang mengenai Ji Hyo. Gary kemudian memberitahu Jae Suk yang rapnya lebih tenang berbanding dahulu kerana dahulu ketika Gary rapping tangannya akan dihayunkan tetapi kini dia hanya berlagak tenang seperti nama samarannya Peaceful Gary. Ji Hyo kemudian memberitahu bahawa Hee Chul boleh meniru gaya rap Gary dengan baik.
Apabila Ji Hyo mencuba alat penipuan, Jae Suk bertanya kepada Ji Hyo lelaki yang mempunyai gaya seperti Gary ialah lelaki yang menarik dan Ji Hyo dengan jujur menjawab ya. Jae Suk kemudian bertanya adakah Ji Hyo tidak menyukai HaHa walaupun sedikit dan Ji Hyo dengan sekeras-kerasnya mengiyakan dan itu membuatkan Gary tersenyum namun alat pengesan penipuan menunjukkan yang Ji Hyo sedang menipu dan perkara itu membuatkan Gary berasa tidak masuk akal kerana dirinya dibandingkan dengan HaHa.
Ketika permainan kejar mengejar, Ji Hyo yang berada di tingkat 7 ditemui oleh HaHa. Ji Hyo telah membuli HaHa untuk menyelamatkan dirinya. Gary melihat gelagat mereka berkira-kira untuk pergi ke arah mereka kerana Gary tidak mahu melihat Ji Hyo dan HaHa bermesra namun dalam pada masa yang sama Gary tidak mahu menangkap Ji Hyo. Gary menjadi semakin marah apabila fikirannya menjadi buntu. Gary mahu dilihat sebagai lelaki yang baik kerana melepaskan Ji Hyo. Ji Hyo yang kepenatan kerana membuli HaHa meminta agar dilepaskan namun HaHa menjawab yang HaHa teringin berlakon seperti di dalam filem. Ji Hyo menggunakan peluang itu dengan menawarkan diri untuk menjadi pelakon pembantu. HaHa kemudian bersetuju. Gary yang mendengar perbualan Ji Hyo dan HaHa berasa tidak senang. HaHa dan Ji Hyo mula berlakon. Cerita yang dilakonkan oleh mereka adalah mengenai seorang pekerja perempuan yang ingin membalas dendam kerana tidak dipedulikan. Setelah selesai, Ji Hyo kemudian berlari keluar untuk melarikan diri namun ditangkap oleh Gary yang sedang cemburu. HaHa yang mendengar kekecohan itu pergi melihat apa yang berlaku. Ji Hyo telah membuli Gary untuk melepaskan dirinya. HaHa dalam dilema untuk memilih samada menolong Gary yang merupakan ahli kumpulannya atau Ji Hyo ahli kumpulan lawan yang telah berlakon bersamanya. HaHa kemudian memilih untuk menolong Ji Hyo. Gary menjadi kecewa kerana Ji Hyo bermain kayu tiga. Setelah tamat permainan, Ji Hyo menangis teresak-esak menyesali perbuatannya membuli Gary namun Gary yang sememangnya tidak kisah tentang itu namun melepaskan geramnya kepada HaHa.

Episod 21, KTX Gwangmyeong Station, Lizzy & Kim Jae Dong

Ketika kumpulan Ji Hyo dan Joong Ki sedang berpusing-pusing, Gary turut serta dalam keseronokan mereka.
Ketika Gary sedang sibuk membeli air di mesin, Ji Hyo yang ingin cepat menyelesaikan misi menolak Gary dan memeluk Gary dengan segera untuk membiarkan Joong Ki membeli minuman buat kumpulan mereka. Joong Ki kemudian bertanya samada Ji Hyo mahukan kopi atau koko dan Ji Hyo menjawab koko dan kemudian Gary menjawab yang dia tidak perlukan apa-apa (kerana Ji Hyo sedang memeluknya).
Ketika di dalam KTX, ahli yang lain memprotes kumpulan Jong Kook kerana menghantar ahli yang paling kuat sebagai wakil iaitu Jong Kook. Ji Hyo kemudian menyebut nama Gary supaya menjadi wakil. Gary yang mendengar panggilan Ji Hyo bertanya apa yang Ji Hyo mahu cakapkan.
Joong Ki kemudian berkata sekiranya mereka menghantar Kwang Soo sebagai wakil sudah tentu kumpulan mereka akan kalah jadi sebagai denda Joong Ki dan Ji Hyo akan ke stesen Mok Po bersama.HaHa bertanya kepada Ji Hyo tentang keputusannya (dengan cadangan Joong Ki). Ji Hyo tidak menafikan untuk setuju. Gary yang mendengar kata-kata Ji Hyo memandang ke arah Ji Hyo sambil berkata apabila mereka berdua tiba di sana mereka akan mendapati Gary telah berada di sana dahulu dengan menaiki helikopter. Ketika ahli Running Man sedang berkumpul untuk berbincang mengenai misi 1:9 Jae Dong, Gary perlu membuatkan Jae Dong berkata “saya cemburukan awak”. Gary berasa sangat susah lalu HaHa mencadangkan supaya Ji Hyo dan Gary melakukan sentuhan fizikal untuk membuatkan Jae Dong cemburu namun Ji Hyo dengan pantas mengatakan bahawa mereka telah putus (kerana kes pengkhianatan pada episod lepas) namun Gary dengan tenang menjawab “ianya baru sahaja bermula. Ianya tidak putus hanya kerana awak mengatakan putus. Saya sudah menyatakan yang saya cintakan awak. Saya kelihatan seperti orang bodoh.”
Ketika Ji Hyo meletakkan tangannya di bahu Jae Dong, Gary kelihatan cemburu dan bertanya apa yang sedang Ji Hyo lakukan. Ji Hyo melakukan pelbagai cara agar Ji Hyo kelihatan seperti menyukai Jae Dong untuk membuatkan Jae Dong mengatakan “Adakah awak berminat dengan saya?” namun Jae Dong mengatakan sekiranya Ji Hyo tidak mempedulikannya setelah membuat kadar degupan jantungnya naik, Jae Dong tidak akan memaafkannya. Gary yang mendengar kata-kata Jae Dong bertanya apa yang Jae Dong cakapkan.

Episod 23, 2018 PyeongChang Winter Olympics Candidate City, Shim Hyung Rae

Ketika Joong Ki memberi ucapan untuk penutup tahun 2010, Joong Ki telah barkata kepada Ji Hyo untuk tidak bersama dengan Gary pada tahun 2011 sebaliknya menjalinkan hubungan dengannya yang diibaratkan putih dan suci seperti salji. Mendengar kata-kata Joong Ki, Gary yang marah bertanya adakha cintanya untuk Ji Hyo itu kotor? Kemudian, Lizzy menegur Ji Hyo yang mula memakai topi seperti yang dipakai HaHa lalu HaHa mula mengusik Ji Hyo dengan bertanya adakah Ji Hyo mencintainya? Ji Hyo memarahi HaHa kerana berkata begitu. Gary hanya memerhatikan sahaja pertelingkahan mereka.
Ketika giliran kumpulan Ji Hyo untuk melakukan tugasan di mana Suk Jin perlu menjerit memberitahu petunjuk untuk diteka oleh Ji Hyo dan Joong Ki dari cable car sementara Ji Hyo dan Joong Ki berlari sambil mendaki bukit. Joong Ki yang melihat Ji yo semakin kepenatan kemudian memegang tangan Ji Hyo sambil berlari bersama seakan-akan pasangan kekasih. Gary yang melihat kelakuan mereka dari atas bukit hanya mampu mengeluh.


Thanks for supporting Monday Couple. Tak kira la lakonan atau realiti.. Monday Couple sweet dengan cara mereka sendiri. Monday Couple Jjang!

No comments:

Post a Comment