Wednesday 10 October 2012

Datuk Siti Nurhaliza masuk UiTM!

Well. My roommates semua dah keluar dari bilik since their papers dah habis. But yet, my stuff semua STILL ada kat sana and tak ambik-ambik pun lagi. Aigoo. Eh ehh wait a second! This entry is not myself but about PENYANYI NO 1 NEGARA, Datuk Siti Nurhaliza! Huhhh! You must be wondering why and what is this all about kan. Haha no laa. Actually last night masa tangan dok gatal search UiTM kat google tetiba kat satu blog ni state about Datuk Siti will be studying in UiTM. Ehh pernah dengar pasal ni but not so sure sama ada betul atau tidak. Alah, doesn't even matter to me. Apa yang mengganggu pandangan, minda dan hati saya adalah berkenaan komen tentang entri tuan punya blog tersebut. Makhluk Allah sorang ni menaip "CT memang layak masuk Uitm sebab Uitm tempat budak2 kantoi SPM..pendek kata untuk orang bodoh macam CT la" di dalam komennya.

Add caption


Wahai cik MakN Ulam, walaupun saya tidak mengenali anda secara mendalam tetapi saya dapat merasakan bahawa anda:-

1. Tidak menyukai penyanyi tersebut
2. Bukan salah seorang pelajar UiTM
3. Anda sangat cemerlang dalam SPM
4. Anda tidak layak masuk UiTM
5. Anda sememangnya seorang yang bijak pandai (di dalam dunia anda sendiri)

Well, sama ada betul atau tidak 'perasaan' saya ni saya pun tidak tahu kerana saya tidak mengenali anda. Apapun, saya ada alasan saya sendiri mengapa saya merasakan begitu.

Saya merasakan anda tidak menyukai Datuk Siti kerana anda melabel beliau dengan 'BODOH'.  Well, kalau ikut logik akal anda takkan label beliau macam tu kalau anda meminati beliau, bukan?  Kalau minat, orang gila pun tak kan cap orang yang dia minat dengan perkataan BODOH kan?

Sekiranya anda salah seorang pelajar UiTM, anda tidak akan menaip 'Uitm tempat budak2 kantoi SPM'. Well, apa yang saya dapat pastikan di situ maksud anda adalah 'siapa yang kantoi SPM, tempat yang selayaknya adalah Uitm and hanya orang-orang yang bodoh sahaja di Uitm nehh'. So I guess, if you're an UiTMians, you will not simply type that comment, well if you're an Uitmians.. you just fool yourself with your own statement. Bagi saya la, seteruk-teruk pelajar UiTM yang sangat rebel with UiTM will never state 'UiTM is a place for idiots'. Well, if they have..they just saying that they're idiots too. HAHA LOL XD BTW, UiTM ada garis panduan dan kelayakan bagi seseorang untuk menjadi salah seorang dari mereka. Kalau betul lah apa yang anda cakap siapa yang kantoi SPM tempat dia kat UiTM, well kenapa masih ada saki baki mereka yang kantoi SPM tidak menjadi salah seorang warga UiTM..? Baik pelajar, pensyarah, kerani mahupun pekerja di UiTM?

Anda sangat cemerlang dalam SPM anda kerana tidak kantoi SPM and tidak masuk Uitm. Susah nak point out my reason for this 'feeling'.

Anda tidak layak memasuki UiTM kerana anda telah melabel UiTM sebagai tempat untuk orang-orang yang bodoh and you must not want to be one of it, am I right cik MakN Ulam? Oh yeah, saya rasa anda ada sedikit sakit hati dengan UiTM.. maybe kerana permohonan anda ditolak kerana anda terlalu bijak untuk menjadi salah seorang warga UiTM :)

Well, you're so intelligent in your own world to labeled other people who want to study 'BODOH'. Mungkin anda telah mendapat ilmu yang lebih dari ijazah kedoktoran sehinggakan anda cop orang yang mahu belajar sebagai bodoh. Well, bagi saya.. orang yang mahu belajar bukan lah bodoh tetapi berusaha menambahkan ilmu mereka. Bagi yang tidak mahu belajar pula bukanlah bodoh kerana di dalam dunia ini banyak benda yang boleh dipelajari setiap hari walaupun kita sendiri tidak mahu. Bagi saya, seorang yang bodoh adalah seseorang yang mempunyai ilmu dalam sesuatu perkara tetapi tidak berusaha menggunakan ilmu yang diperolehinya.

Saya tidak ingin bermusuh dengan cik MakN Ulam tetapi sekiranya dia berhak bersuara sama lah juga dengan saya.

*Well, bagi saya ada perbezaan di antara UiTM dan Uitm. UiTM adalah Universiti Teknologi Mara manakala Uitm adalah universiti yang dianggap oleh cik MakN Ulam sebagai tempat untuk mereka yang kantoi SPM and bodoh!

No comments:

Post a Comment