Friday 12 October 2012

Kesusahan mengajar erti bersyukur :)

Mendapat sedikit inspirasi lepas tengok korean variety show which is Strong Heart (tak ingat episod berapa). Suka tengok Strong Heart sebab ada Lee Dong Wook oppa yang jadi host dia. Hehe comel je Dong Wook oppa :) So, back to the main topic.. Apa yang memerikan inspirasi kepada saya?

Sebenarnya guest Strong Heart Kim Ki Duk and Lee Joon (MBLAQ) yang bagi inspirasi kepada saya. Ehh ehh? Inspirasi apa ni? Sebenarnya mereka memberikan inspirasi kepada saya untuk terus maju dalam kehidupan walaupun orang sekeliling anda mengatakan TIDAK kepada anda. Banyak cerita lain yang boleh memberikan inspurasi kepada kita cuma tertarik dengan cerita Kim Ki Duk dengan Lee Joon sebab mereka berjaya dengan apa yang mereka mahu walaupun orang lain kata TIDAK.



KIM KI DUK













Kim Ki Duk. Saya tak rajin nak google pasal dia so apa yang saya tulis ni hanyalah pengetahuan dan pandangan saya setelah menonton Strong Heart. Ki Duk berasal dari keluarga yang miskin maka dia tidak mampu pergi ke sekolah. Pada usia remajanya dia malu apabila dibandingkan dengan remaja seusianya yang berjaya dalam kehidupan mereka. Ki Duk bekerja di kilang selama beberapa tahun. Dia sering merasa rendah diri kerana dia sedar diri nya bagaimana. Akan tetapi, Ki Duk mempunyai bakat yang susah diperolehi dengan pergi ke sekolah. Walaupun dia tidak pernah belajar melukis, dia mampu melukiskan senario yang mempunyai mesej yang mendalam. Di dalam Strong Heart, dipaparkan dua lukisannya iaitu lukisan tangan digari dan ular dan kepala.

Maksud lukisan tangan digari ialah penindasan oleh warga asing yang berlaku di Perancis. Ketika dia tiba di Perancis, dia melihat warga asing yang ditindas di situ jadi dia terus melukis senario tersebut. Untuk lukisan ular dan muka pula menggambarkan diri dia sendiri. Lukisan tersebut dilukis ular yang memasuki dari telinga dan keluar di kepala nya. Bagi saya, mesej yang disampaikan sangat mendalam.

Kim Ki Duk juga mempunyai bakat dalam menghasilkan sesuatu dari bahan terbuang. Dia telah menghasilkan mesin membuat kopi dan bermacam lagi. Malahan boss kilang dia dulu pun memuji dia kerana dia mampu menambah penghasilan produk setelah membaiki mesin di kilang tersebut.

Ketika dia melukis di jalanan, pelukis yang meukis di sebelahnya berkata yang dia tidak boleh melukis senario dengan baik tetapi semua tu disangkal dengan hasil kreativitinya setelah satu produksi memilih lukisan senarionya. Ketika kali pertama dia mengarah, dia pernah ditendang oleh eksekutif syarikat penerbitan dan krew-krew dia berkata bahawa dia tidak akan dapat mengarah untuk kali kedua. Namun begitu, segala cacian orang terhadapnya membuatkan dia semanagt untuk membalas balik dan membuktikan bahawa dia mampu berjaya. Buktinya dia telah menerima anugerah untuk hasil tangan beliau. Bayangkan, lelaki yang tidak mempunyai ilmu yang tinggi tetapi menggunakan bakat yang dimiliknya dengan sebaik mungkin. Dulu, dia pernah makan dan tidur di dalam kereta api dam berpusing mengelilingi Eropah menggunakan kereta api kerana tidak mempunyai duit untuk menyewa tempat tinggal dan kini dia adalah salah seorang pengarah yang terkenal di Perancis J

LEE JOON (MBLAQ)














Lee Joon pula pada sangkaan saya datang dari keluarga yang berada namun sangkaan saya meleset apabila Lee Joon menceritakan persekitaran rumahnya. Pernah anda lihat lipas berkerumun dengan banyak dan tikus berleluasa di kawasan rumah? Itulah persekitaran rumah Lee Joon. Dia berasal dari keluarga yang miskin. Sewaktu dia kecil dia teringin menjadi pelakon tetapi keinginan nya dihalang oleh kawan sebaya yang mengatakan dia tidak akan berjaya kerana memperoleh gred 23 dari 54. Malah, cikgunya juga tidak menyokongnya. Lee Joon kemudiannya membatalkan hasratnya dan beralih kepada seni tarian setelah melihat video seorang selebriti Korea yang terkenal. Lee Joon menyertai pertandingan setelah berlatih selama sebulan dan mendapat temapat kedua. Lee Joon juga turut bersaing dengan kanak-kanak yang telah berlatih selama 10 tahun.

Usaha Lee Joon membuahkan hasil bila dia telah ditawarkan biasiswa ke sekolah seni yang hebat. Sangkaan saya dia akan dilayan dengan baik tetapi tidak. Kawan-kawannya memperkecilkan kebolehannya kerana dia tidak mampu meregangkan kaki seperti mereka. Lee Joon juga hanya mempunyai satu baju tarian dan kerana dia menari hampir setiap hari dan berpeluh jadi dia perlu membasuh baju itu setiap hari. Sekiranya dia memakai baju itu sebelum kering, well baju tu confirm lah berbau dan kawan-kawannya tidak akan mendekatinya. Hampir setiap malam dia berlatih di dalam gelap bercahayakan lampu jalan di luar. Dia hanya mengguanakan kasut tarian yang paling murah selama beberapa tahun dan akhirnya dia telah mendapat tempat di Universiti terhebat di Korea. Hanya ketika itu kawan-kawannya mula berbuat baik kepadanya dan sekarang Lee Joon telah berjaya dan menjadi salah seorang Hallyu Star yang terkemuka!

Walaupun kisah hidup saya tidak sesusah mereka namun saya juga bukan orang berada. Saya tidak mampu memiliki apa sahaja yang saya mahukan dan kadangkala saya terpakasa melupakan sesuatu yang amat saya inginkan. Bertuah lah siapa yang lahir dari keluarga yang kaya namun saya bersyukur kerana setidak-tidaknya saya tahu bersyukur dengan apa yang ada tidak seperti segelintir budak-budak zaman sekarang ni. Parent dah belikan handphone mintak iPhone, dah belikan PS3 mintak Laptop, dah beli broadband minta pasang WiFi, dah bawak pergi jalan-jalan minta bawa ke LegoLand! Itulah umpama bagi betis minta peha (ehh? Betul ke?)

Happy reading and enjoy!

No comments:

Post a Comment