Friday 12 October 2012

Perubahan baru di blog saya :)

Anyo Haseyo! Haha saje me-moyo-kan diri dengan dengan korean greeting. Haha masa tengah post entri ni sempat tersenyum bila ayah cakap "I'm a boss and you're my servant" kat adik bila adik cakap ayah tak basuh pinggan lepas makan. HAHAHA XD apa yang kelakar? Tak pernah-pernah ayah guna perkataan servant tu. Selalu guna "NENG" je. Neng tu apa? Neng tu kira macam orang gaji la HAHA XD Wow ayah! Nampaknya ada improvement and I'm impress hehe XD

Hehe. Saya baru je selongkar pakcik google untuk cari macam mana nak cantikkan blog and I'm so excited to see my blog now walaupun tidak lah se-perfect kaki-kaki blog yang lain. Asalkan cantik di mata saya sudahlah sebab saya je pun yang selalu drop by kat my own blog. Huhu :( Antara perubahan yang telah saya lakukan adalah tukar background, add music playlist (kalau tak suka, sila rajin tekan butang pause di atas sana ya), clock and calendar. So far, saya suka sangat! Hehe.

Bagi saya ni cantik ni bergantung pada individu kerana citarasa masing-masing berbeza. Macam saya, saya suka macam ni, ada orang suka macam tu and much more jadi everyone deserve to choose what they want and tak payah lah nak condemn cakap apa yang tak patut dicakap-kan. Macam saya, saya tak suka pop up bila dok singgah blog orang lain sebab macam melambatkan masa saya nak membaca sudahnya tak nak singgah akhirnya. Well, lagu kat blog rasanya tak perlu sebab ianya mungkin akan spoil kat mood viewer and mungkin juga memeranjatkan mereka sekiranya lagu yang dimainkan tidak bersesuaian (well, ada pengalaman, tahu lah!) Macam saya, saya letak lagu kat blog tapi saya slow down the volume so tak de lah annoying sangat.

Kadang-kadang cemburu juga melihat orang lain punya blog yang lagi comel and simple tapi macam saya cakap citarasa masing-masing. Saya mahu yang begini mereka mahu begitu :) Apa-apa pun masing-masing punya hak individu dan sama-sama lah hormati hak itu. Kalau kritikan membina okay lah boleh terima lagi kalau tetiba kritik yang macam hampeh tu memang order penyepak satu kuali lah kan. Haha so be smart in your decision (poyo! sendiri pun tah pape haha XD)

No comments:

Post a Comment