Sunday 25 March 2012

Sugar Glider :D

SUGAR GLIDER :)
Si Comel ni boleh didapati di seluruh bahagian utara dan timur tanah besar Australia serta pulau-pulau di sekitar Tasmania, Papua New Guinea dan Indonesia. Dia juga boleh didapati di mana-mana hutan yang mempunyai bekalan makanan. Diaorang ni jenis 'nocturnal' iaitu keluar pada waktu malam. Nak senang cerita sama dengan kelawar lah keluar waktu malam dan tidur pada waktu siang :) Sugar Glider ni mmg manja.  Sesuai dibuat haiwan peliharaan. Tapi ingat, disebabkan dia manja, dia juga perlukan teman dan ianya mungkin boleh mati sekiranya kesunyian ;( Sugar Glider ni menyerupai tupai :)
Sugar Glider ni sangat memerlukan penjagaan rapi dari segi pemakanan. Kira, makanan dia lebih eksklusif dari tuan dia sendiri :) Sugar Glider boleh mengalami kekurangan kalsium kalau tak diberi makanan diet yang mencukupi. kalsium untuk nisbah fosforus adalah 02:01 untuk mencegah 'hypocalcemia' atau lumpuh kaki belakang.
Sugar Glider punya sexual maturity ada sedikit berbeza antara jantan dan betina. Si jantan mencapai kematangan antara usia 4-12 bulan, manakala betina mencapai usia kematangan antara usia 8-12 bulan. Kalau dalam hutan, sugar glider membiak sekali atau dua kali setahun bergantung kat iklim dan habitat dan dia juga boleh membiak beberapa kali setahun jika dibela di dalam kurungan bergantung kepada keadaan hidup yang konsisten dan diet yang betul.
Kat Malaysia ni memang dah agak popular sebab dia ni comel dan manja tapi harga dia memang agak mahal. Ikut kata seseorang yang memang suka haiwan ni, si Cucup kata baby Sugar Glider cost around RM200 to RM 300. Bagi yang dah dewasa tuh RM500 atau RM600. Memang mahal tapi berbaloi memelihara mereka :)

No comments:

Post a Comment