Thursday 22 November 2012

Highland Tower





Anyo Haseyo :)

Hai! Pernah dengar pasal HIGHLAND TOWER tak? Alaa.. Tiga blok kondominium mewah yang runtuh di Taman Hillview, Ulu Klang pada 11 Disember 1993. Untuk pengetahuan anda, lokasi Highland Tower ni terletak berdekatan di kawasan rumah saya tapi saya tak pernah pun pergi sana :P

Well, kalau nak tahu sejarah Highland Tower ni, anda boleh google je. Segalanya di hujung jari anda :) Sebab saya tak nak cerita pasal sejarah.. saya mahu cerita tentang masa kini :D

Hm. Kenapa saya tetiba je cerita pasal Highland Tower nih? Sebabnya kebelakangan ni saya, Kak Mimiey Rae dengan Kak Faizah asyik cerita pasal 'hantu' je :O Dok cerita pasal hantu tetiba Kak Mimiey cerita pasal pengalaman kawan dia pergi 'melawat' Highland Tower tengah malam.

Mengikut cerita Kak Mimiey.. Kawan-kawannya pergi melawat Highland Tower sebab dah takde tempat lain nak pergi. So diaorang pun pergilah kat sana. Jalan nak masuk Highland Tower tu memang sunyi. Ada beberapa banglo yang didirikan sebelum sampai ke Highland Tower namun hanya dua buah banglo pertama yang berpenghuni..selebihnya kosong! Tiada apa-apa yang berlaku ketika mereka tiba di sana namun ketika hendak balik..mereka terlihat kelibat seekor anjing yang duduk diam sambil memerhatikan mereka. Seketika kemudian, anjing tersebut bergerak beberapa langkah dan kemudian kembali duduk diam. Hairan, tapi mereka tetap keluar dari kawasan Highland Tower tersebut. Mereka menggunakan PLUS Highway untuk ke Melaka. Perkara pelik bermula ketika mereka berada di atas lebuhraya.

Mereka hairan kerana kereta di belakang mereka akan memintas kereta mereka dengan laju seolah-olah tidak mahu berada berdekatan dengan kereta mereka. Penunggang motosikal pula sempat melihat ke atas bumbung kereta mereka dan kemudiannya memecut laju tanpa menoleh ke belakang. Setelah tiba di Melaka.. Mereka bermimipi yang pelik-pelik selama seminggu.

Mengikut pandangan saya..kemungkinan ada sesuatu yang mengikut mereka dari kawasan Highland Tower..Mujur sesuatu itu tidak melakukan sesuatu yang buruk kepada mereka :D




1 comment: