Saturday 24 November 2012

Pergaduhan di khalayak ramai :O

Hai :)

Korang pernah tengok or saksikan orang bergaduh secara 'live' tak? Tak kisah lah gaduh bertumbuk or bertikam lidah.. Janji bergaduh! Pernah? Haaa.. Kali ni nak cerita pengalaman saya about this :O

Well, let's make a situation. Tengah enjoy online dekat kopitiam..tetiba ada orang gaduh.. a boy and a girl. For sure hal 'rumahtangga' diaorang lah kann so nak masuk campur ke tak nak? Fikir dok fikir.. "PAAAANG!!" Budak lelaki tersebut belasah budak perempuan tu.. Hahh! Tak ke DAYUS namanya bagi seorang lelaki yang menaikkan tangan mereka terhadap perempuan :l MARAH lahh ni kan. Kalau korang berada dalam situasi ni apa yang akan korang lakukan?

(i) Korang buat tak tahu macam takde apa yang berlaku and berlalu pergi dari situ
(ii) Korang buat tak tahu tapi still jadi penonton setia
(iii) Korang masuk campur and tolong selesaikan hal tersebut
(iv) Korang terus call polis

Hm. Antara empat tindakan di atas yang mana satu akan korang pilih dan lakukan? Honestly kalau saya, saya akan call police sebab itu dah dikira mengganggu kenteteraman saya. Lagipun, saya tak nak jadi saksi jenayah! Tetapi, ramai masyarakat kita sekarang ni lebih suka buat tak tahu and jadi penonton setia. Cuba korang letak situasi tu kat tempat korang pulak.. Kot adik beradik korang ke, bakal anak-anak korang ke.. Mesti korang bertindak kan? Ni tak.. ‘prihatin’ melihat tetapi tidak prihatin secara keseluruhan.

Apa-apa pun.. remaja kini semakin rosak akhlak mereka. Mugkin kerana ibu bapa sibuk bertungkus lumus mendapatkan wang untuk menyara keluarga di zaman ‘duit adalah segalanya’..jadi hal didikan anak dilepaskan kepada guru-guru di sekolah. Haii.. Kalau dah semuanya nak cikgu yang ajar..anak-anak cikgu siapa pulak nak ajar?

Happy reading and enjoy J

No comments:

Post a Comment