Tuesday 27 November 2012

Running Man: Monday Couple


Anyo Haseyo J Hahh! Kali ni adik saya suruh buat entri pasal ‘MONDAY 

COUPLE’ sebab dia minat sangat dengan ‘MONDAY COUPLE’ tu. Ehh ehh? 

Siapa ‘MONDAY COUPLE’? Hahh! Kalau korang pernah tengok ‘RUNNING 

MAN’ mesti korang tahu apa itu ‘MONDAY COUPLE’! ‘MC’ adalah pasangan 

ciptaan RUNNING MAN bagi Song Ji Hyo dan Kang Gary J (konon match making 

la). Hahh! Macam mana MC ni boleh terjadi? Ni nak cerita lah ni J


Jika anda menonton episod 10.. Ha Dong Hoon (HaHa) telah mencadangkan 

supaya mereka meninggalkan Gary dan Ji Hyo berdua-duaan sementara mereka 

keluar mencari gambar untuk misi mereka. Situasi itu amat ‘awkward’ bagi Gary

 dan Ji Hyo. Ji Hyo memberitahu bahawa mereka sebenarnya rapat dan 

kemudiannya di-‘kantoi’kan oleh Suk Jin dengan soalan “Awak tahu nombor 

telefon Gary?” kepada Ji Hyo! Gary kemudiannya membuat situasi bertambah

 gamat apabila dengan bersahaja meluahkan “Four letters for love to death” untuk

 empat tahun perbezaan umur di antara mereka J (comel je) Ji Hyo pada mulanya

 keberatan dan agak kekok berdua-duaan dengan Gary tetapi setelah Gary 

mencuba untuk bergurau dengannya dan memberi Ji Hyo secawan kopi ais yang 

kemudiannya dikongsi bersama. Itulah detik-detik permulaan kisah ‘MC’!


Di sini saya sertakan sekali video tentang ‘Monday Couple’ J


Kredit video: liana flowersformylife



1 comment: